KUANTAN, 2 Sept: Kedatangan Syawal pada tahun ini ternyata disambut dengan rasa kecewa dan hiba oleh sebilangan besar pekerja kilang W.R. Grace yang prihatin berkenaan kepentingan halal dan haram dalam mencari rezeki.
Semua ini di sebabkan oleh pertemuan yang di adakan oleh majikan dengan pekerja pada minggu lalu yang memuktamadkan keputusan syarikat untuk meneruskan keputusan untuk mengeluarkan produk ‘Daraclar’ dari kilang mereka di Gebeng, Kuantan.
Daraclar adalah salah satu komponen untuk membuat minuman keras. Ia dikeluarkan oleh kilang ini.
Menurut beberapa pekerja yang di temui, dalam pertemuan tersebut mereka telah di maklumkan oleh salah seorang pengurusan kanan syarikat bagi rantau Asia Pasifik bahawa syarikat bertegas akan meneruskan projek tersebut di sebabkan mereka telah melabur terlalu banyak untuk projek tersebut setakat ini.
Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan lagi merujuk kepada mufti berhubung kontroversi yang timbul hasil pendedahan yang di buat Harakahdaily baru-baru ini.
Yang lebih memilukan ialah pekerja telah di berikan dua pilihan samada untuk menjaga keimanan dan keberkatan rezeki yang akan di bawa pulang untuk anak dan isteri ataupun memejamkan mata dengan meneruskan pekerjaan mereka demi sesuap nasi.
Menurut pekerja berkenaan lagi, pekerja yang memilih untuk mengelakkan sumber yang haram tersebut akan di bayar 3 bulan gaji tetapi yang lebih memeritkan ialah mereka di kehendaki memberikan jawapan selewat-lewatnya sebelum 5 September ini.
“Ini jelas merosakkan ‘mood’ untuk kami berhari raya pada tahun ini. Notis yang begitu singkat dan juga tawaran 3 bulan gaji sebenarnya tidak ke mana memandangkan peluang pekerjaan yang terhad dan kos sara hidup yang melambung tinggi sekarang di samping tanggungan semasa seperti bayaran rumah, kereta dan sebagainya.
"Pihak syarikat seolah-olah tidak ingin melepaskan pekerja tetapi sekiranya pekerja berdegil mereka harus mengambil risiko sendiri. Itu belum mengambil kira tempoh masa seseorang itu menyumbang keringat demi syarikat selama ini,” ujar seorang pekerja dengan penuh kekesalan.
Mengulas isu tersebut Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad (gambar) jelas tidak dapat menyembunyikan rasa kesal beliau terhadap perkembangan terbaru yang berlaku.
“Kemuliaan bulan Ramadhan telah dicemari sebegitu rupa oleh mereka yang hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Yang lebih di kesali ialah terdapat orang yang mengaku Islam turut terlibat dalam menjayakan projek ini bermula dari peringkat syarikat hinggalah kelulusan dan kebenaran dari pihak kerajaan.
“Kita mendesak Menteri Besar Pahang agar menyatakan pendirian beliau dan kerajaan pimpinannya berhubung isu ini. Sudah tentu beliau telah di rujuk oleh pengurusan syarikat sebelum keputusan pelaburan di buat oleh mereka dan mengapa beliau boleh menerima pelaburan sebegini rupa?”
Tambahnya lagi “Bagaimana pula dengan pendirian Umno? Mereka yang seolah-olah amat galak kononnya ingin menjadi hero membela Islam kebelakangan ini sepatutnya memprotes habis-habisan dan mesti berkhemah di depan pejabat MB dan di depan kilang tersebut siang dan malam.
"Namun apa yang berlaku sebaliknya pula, mereka hanya galak dan bising jika ada isu di negeri Pakatan sahaja. Seolah-olah syiar dan syariat Islam hanya wujud di negeri yang di perintah oleh PR sahaja.
“Kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa para pekerja yang di duga sedemikian rupa dan mengharapkan agar mereka tetap dalam iman dan bersabar di atas ujian Allah ini.
“PAS mendesak kerajaan negeri bertindak menarik balik kebenaran pengeluaran produk ‘Daraclar’ ini agar sumber pendapatan pekerja dan juga negeri tidak di cemari oleh sumber yang jelas haram ini.
"Tindakan kerajaan yang membelakangkan pandangan golongan agama dalam perkara ini jelas membuktikan hujah bahawa Umno menggunakan golongan agama bila mereka perlukan sahaja seperti mana terompah kayu yang di gunakan hanya untuk ke tandas.
“Penerimaan pelaburan sebegini menunjukkan betapa terdesaknya MB dan kerajaan negeri untuk mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment) sehingga terpaksa menerima pelaburan haram seperti ‘Daraclar’ dan yang merbahaya seperti Lynas.’
“Justeru kita meminta agar rakyat menilai sendiri kegagalan dan kemusnahan yang di buat oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN ini. Sudah tiba masanya rakyat bersama-sama dengan PR melakukan perubahan dengan menolak Umno/BN dalam PRU 13 nanti demi menyelamatkan maruah dan masa depan agama dan negeri ini,” ujar beliau lagi.
Harakahdaily @ 02 september 2011
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.
- translation by Abdullah Yusuf Ali
Thursday, 1 September 2011
Fahaman perkauman musuh negara nombor 1
Fahaman perkuaman adalah barah no. 1 negara dan ia bukan merupakan preskripsi ubat yang cocok untuk menyelesaikan masalah politik dan sosial negara ini. Jika dahulu penjajah menjual fahaman ini sebagai syarat utama peralihan pewarisan kuasa daripada tangan penjajah ke tangan kerajaan Persekutuan, kini ia masih digunakan sebagai senjata tembak terakhir apabila segelintir pihak gagal menyelesaikan sesuatu isu.
Bila Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, perkauman melayu ditiupkan da dilagakan dengan polisi kerajaan negeri. Bila Pilihanraya Sarawak 2011 menyaksika peningkatan undi pembangkang, rasis melayu terpekik melolong mengatakan kaum Cina bersatu menghancurkan melayu.
Bila isu gereja menyuap makanan kepada fakir miskin melayu, perkauman sekali lagi dikumandangkan walaupun ada cara agama yang labih baik dan sesuai boleh digunakan.
Selepas Abdullah Badawi kini Perdana menteri terbaharu Najib pula kelihatan ingin dguling oleh rakan-rakannya sendiri atas nada perkauman walaupun diberikan alasan ekonomi, sosial dan kestabilan politik.
Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang dikatakan tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
Isu siapa lebih melayu antara Najib atau mahyudin yasin memberi kesan besar kepada masa depan UMNO lebih daripada isu sispa lebih bertaqwa atau siapa lebih bermoral antara najib dengan mahyudin.
Dengan banjirnya NGO perkauman seperti PERKASA yang bukan sahaja taksub dengan DNA Melayu (yang tidak akan ditanya oleh Allah di mahsyar kelak) malah cukup aktif mengeluar kenyataan jahil dan dangkal minda berhubung denga isu semasa (isu BERSIH, Kes tuduhan Liwat dan sebagainya). NGO sebegini diproksikan untuk menjadi tajdid semangat taksub bangsa, sebagai timbangtara jika UMNO tersasar daripada matlamat perkaumannya atau cenderung kepada Malaysian.
Najib dimomokkan sebagai pelopor fahaman Malaysian apabila giat mengantikan islam hadhari dengan fahaman 1Malaysia yang semestinya ada nilai kejamakan kaum dalamnya. Sedangkan dahulu DAP pernah diserang teruk di Pulau Pinang apabila giat berkempen fahaman malaysian untuk semua warganegara.
Jika perkauman melayu digunakan untuk menjatuhkan dan memburuk kerajaan pakatan rakyat, kini ia menjadi senjata merosakkan dalaman UMNO.
Mahathir sendiri dalam blognya cuba melegitimasi fahaman perkauman;
“Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan” . (http://chedet.cc/blog/?p=566#more-566 )
Biarlah digelar perkauman asalkan semua kaum ada peluang dalam negara ini. Ini bukan alasan yang bijak untuk menghalalkan semangat perkauman etnik yang jelas rekos pentadbiran beliau penuh dengan kronisme dan ketidak adilan.
Adalah lebih baik beliau berkata “ walaupun saya penganut islam dan menobatkan syariah Islam, agama lain masih boleh diamal secara bebas di negara ini”. Inilah jawapan yang kita inginkan daripada pemimpin etnik Melayu.
Fahaman perkauman umpama konsep ‘daurr’ dan ‘tasalsul’ dalam ilmu kalam (Aqidah) iaitu tiada kesudahannya, tiada penyelesaian, malah Hitler sendiri keletihan akhirnya apabila berjuang atas nama ras Aryan. Yang masih mendabik dada atas nama kaum hanyalah Zionis atas nama ras yahudi bani Israel. Adakah kita menjejak langkah Israel?
Walaupun Ibnu Khaldun menyarakankan penggunaan konsep asobiyyah untuk kelancaran proses pentadbiran serta mengelakkan kesusahan kepimpinan, ia buka suatu lesen besar untuk kita membina negara melalui formula perkauman. Asobiyah atau perkauman (qaumiyyah) adalah nilai semulajadi sejajar dengan penciptaan Allah namun ia perlu dikawal sebaiknya sehingga kita memahami batas pemisah manusia hanyalah iman da taqwa kepada Allah.
Adakah pemimpin etnik Melayu Malaysia tidak mengambil iktibar betapa negara yang diasaskan oleh dasar perkauman seumpama Singapura tidak selamanya berada di atas persada dunia. Lambat laun fahaman itu pasti menggigit pemimpin-pemimpinnya. Kita hingga kini gagal bersaing dengan Singapura apabila fahaman perkauman Cina Lee Kwan Yew cuba diatasi dengan kesatuan semangat perkuaman Melayu suatu ketika dahulu.
Penulis adalah Ketua Penerangan DPPK Gopeng
Muhammad Nuruddin Bashah @ harakah daily /03 september 2011

Two million turn out in Makkah for prayer concluding the Qur'an
MAKKAH, Aug 29: More than 2 million including hundreds of thousands of pilgrims attended Khatm Al-Qur’an prayer (conclusion of the Holy Qur’an) at the Grand Mosque here Sunday. Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, imam and khatib of the mosque, led the prayers.
A CITY IN PRAYER... An aerial view of the illuminating Grand Mosque and surrounding buildings on the 29th night of Ramadan.
The mosque was overcrowded with worshippers since the early hours of the day as most of them wanted to take part in the prayers to mark the end of the recitation of the holy book during tarawih and qiyamullail (night) prayers at the mosque.
Sheikh Al-Sudais prayed to God to strengthen Muslim unity in order to help the Ummah face its growing challenges. He also prayed for improving the situation of Muslims all over the world. He invoked God to forgive the sins of Muslims and encourage them to lead a better life on the basis of Islamic teachings.
Thousands of worshippers were standing in the courtyards and streets around the mosque to attend the prayer. Most of them had come seeking the blessings of Lailat Al-Qadr (the 'night of power'), which according to a Hadith of the Prophet (peace be upon him) falls in the odd nights in the last 10 days of Ramadan.
The first verses of the Holy Qur’an revealed to the Prophet in Lailat Al-Qadr, which according to the Qur’an is better than a thousand months. The Qur’an plays an important role in the lives of Muslims as they read its verses while praying and follow its teachings.
The worshippers experienced their spiritual moments in an atmosphere of tranquility, peace and security provided by the Saudi authorities as part of many other services aimed at enabling pilgrims and worshippers to do their rituals in ease and comfort.
Assistant Director of Public Security Maj. Gen. Saad Al-Kilaiwi, there were about 1,700 police officers and privates around the Haram directing people toward their destinations and showing them the assembly places using signboards in various languages.
He said the main task of the police force is to maintain security and prevent friction and stampedes that might be fatal to the worshippers.
Commander of Security of the Holy Haram Col. Yahya Al-Zahrani said a total of 1,600 privates, 29 officers and 280 cadets are working inside the Grand Mosque to prevent pilgrims blocking the passages and stop those who are not performing Umrah from entering the Mataf area to allow pilgrims to perform their rites peacefully.
He said worshippers not wearing ihram (special cloth worn during rites of Umrah and Hajj) would be directed toward the roof of the mosque, the underground floor and the outside plazas.
Al-Zahrani said the Grand Mosque is monitored around the clock by more than 750 cameras.
Abdullah Hassanain of Makkah waters said the water would be pumped mainly to the central area and those accommodating pilgrims and visitors and added that any shortage would be compensated from the reserve of more than a million cubic meters.
He said there are 15 maintenance centers in Makkah with 149 teams to intervene immediately to fix pumps and repair water networks.
arab news@harakah daily @2 september 2011

wilayah pantai timur Amerika Syarikat= kerete selam,,,hehehehehehehe
BANJIR... Jalan raya dan kenderaan di Paterson, New Jersey ditenggelami air berikutan Taufan Irene yang melanda
, semalam. - Foto REUTERS
, semalam. - Foto REUTERS
Sultan Pahang pulih daripada demam
KUANTAN: Keadaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang gering akibat mengalami demam kembali pulih.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, bertitah ayahandanya mengalami demam pada Hari Raya pertama menyebabkan Sultan Ahmad Shah tidak dapat bersama rakyat menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun, Tengku Abdullah bertitah ayahandanya kini sembuh namun masih perlu berehat.
Baginda bertitah demikian selepas melawat mangsa kebakaran dalam tragedi yang memusnahkan enam buah rumah era lombong bijih timah di Kampung Baru Seberang, Sungai Lembing dekat sini, Selasa lalu.
Hadir sama, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail.
Tengku Abdullah yang melahirkan rasa simpati terhadap mangsa kejadian itu mengumumkan bantuan berjumlah RM100,000 melalui peruntukan Parlimen Paya Besar untuk membina semula enam rumah yang musnah selain baginda juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa.
Sementara itu, baginda juga menyarankan supaya Jabatan Bomba Dan Penyelamat dapat menubuhkan satu unit bomba tetap berbanding bomba sukarela sedia ada untuk beroperasi di sekitar Sungai Lembing.
Dalam kejadian pada jam 5.45 petang Selasa lalu, enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka yang dibina syarikat perlombongan lebih 50 tahun lalu musnah dalam kebakaran itu. - BERNAMA
berita harian @ 01 september 2011

Tumpu daftarkan belia sebelum turunkan had umur mengundi
ANTUBONG: Semua parti politik dan agensi berkaitan harus memberi tumpuan untuk mendaftarkan belia yang berumur antara 21 dan 25 tahun dulu sebelum membuat sebarang cadangan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18, kata Ketua Penerangan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Aziz Adenan.
Beliau berkata, terdapat berjuta pengundi yang masih belum berdaftar dalam kumpulan usia berkenaan walaupun had minimum yang sah untuk mengundi adalah pada usia 21 tahun.
Sehubungan itu, isu untuk menyedarkan golongan ini mengenai kepentingan menjalankan tanggungjawab mereka di peti undi harus ditangani dulu, katanya.
"Ini adalah agak mencabar, terutama untuk generasi sekarang, yang dihujani dengan e-mel, laman sosial Facebook dan laman web, dengan maklumat yang kebanyakannya propaganda politik dari kedua-dua belah pagar, sama ada secara langsung atau halus," katanya.
Beliau ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri oleh Menteri Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, terdapat juga keperluan untuk melihat kematangan politik pengundi berkenaan dari segi pengetahuan dan tanggungjawab untuk membuat pilihan mengundi terbaik.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini berkata, bahawa perancangan atau peta laluan perlu dimulakan untuk membolehkan rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 secara automatik didaftarkan sebagai pemilih.
Saifuddin juga berkata, beliau menyokong untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18, jadi dengan itu mereka yang berusia 18 tahun juga termasuk untuk pendaftaran secara automatik. - BERNAMA

Kerajaan perlu kaji cadangan Perkasa
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan pertubuhan itu supaya kerajaan menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan kementerian berkenaan amat penting bagi mengendalikan pelbagai isu melibatkan umat Islam.
“Dalam keadaan umat Islam semakin banyak digugat termasuk dari segi akidah, maka adalah wajar jika kementerian seumpama itu ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Perkasa mengemukakan cadangan itu berlandaskan kepada fakta bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti rakyatnya beragama Islam.
utusan online@ 31 ogos 2011

Masyarakat Islam Indonesia bingung
JAKARTA: Perbezaan penetapan 1 Syawal 1432 Hijrah oleh Menteri Agama dengan beberapa pertubuhan Islam lain negara itu membingungkan sebahagian kaum Muslimin Indonesia.
Keputusan mesyuarat Kementerian Agama kelmarin menetapkan Aidilfitri jatuh hari ini (Rabu). Suri rumah, Nunung, berkata, dia bingung dengan keputusan itu.
Pengumuman Menteri Agama, Suryadharma Ali bermakna kerajaan Indonesia secara rasmi menyambut hari raya hari ini, begitu juga dengan anggota Nahdlatul Ulama, pertubuhan Islam terbesar negara itu.
Bagi pengikut Muhammadiyah, mereka sepakat menyambutnya semalam.
Keadaan itu menyebabkan ada sebahagian umat Islam Indonesia masih berpuasa semalam dan ada sudah berhari raya dengan menunaikan solat Aidilfitri.
Ada juga yang sudah tidak berpuasa semalam tetapi akan menunaikan solat sunat itu hari ini kerana tidak ada masjid berhampiran kediaman mereka yang melakukan solat itu semalam. - Agensi
my metro@ 01 september 2011

Laporan isu gereja hujung September
SHAH ALAM: Laporan berhubung polemik membabitkan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir September depan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata, Jais meminta tempoh sebulan bagi menyiapkan laporan lengkap berhubung isu itu dalam pertemuan Jawatankuasa Pendengaran pada 25 Ogos antara beliau bersama Jais serta penganjur program di gereja itu, Harapan Komuniti.
Pada 3 Ogos itu penganjur berkenaan menganjurkan majlis makan malam Thanksgiving di DUMC yang mencetuskan kontroversi seluruh negara apabila turut dihadiri 12 individu bergama Islam.
Abdul Khalid berkata laporan itu hanya akan disediakan selepas Jawatankuasa Pendengaran bertemu dengan pegawai Jais dan wakil daripada penganjur majlis makan malam Harapan Komuniti sekurang-kurangnya dua kali lagi.
“Ketika mesyuarat (25 Ogos) itu, Jais memberitahu mereka belum menyelesaikan laporan berkenaan dan kami membuat keputusan untuk memberikan mereka lebih masa untuk menyelesaikan laporan dan tindakan lain.
“Jais tidak boleh dihukum tanpa alasan yang sah,” katanya yang enggan mengulas lanjut berkenaan mesyuarat Jawatankuasa Pendengaran itu.
Bagaimanapun, beliau ditemui selepas majlis rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam memberitahu dalam mesyuarat minggu lalu, Jawatankuasa Pendengaran sudah mengesahkan fakta daripada kedua-dua pihak.
Abdul Khalid berkata, sebanyak dua lagi pertemuan akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk mengenal pasti proses berkenaan (pemeriksaan) iaitu membabitkan bidang kuasa apa yang diguna pakai jabatan itu ketika pemeriksaan itu dilakukan.
Beliau berkata, Jais memaklumkan mereka percaya ada kes prima facie, manakala Harapan Komuniti memaklumkan majlis itu sekadar perjumpaan.
Sementara itu, pada majlis rumah terbuka yang ditaja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dihadiri lebih 20,000 jemputan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Exco kerajaan negeri.
Oleh Amir Abd Hamid @ mymetro /01 september 2011

GCM Alukan Penubuhan Unit Selamatkan Aqidah
Shah Alam, 31 Ogos- Gerakan Cegah Murtad (GCM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam yang mengumumkan penubuhan Unit Selamatkan Aqidah semalam.
Jurucakapnya, Hamidzun Khairuddin berkata, penubuhan unit ini tercetus dari polemik Dumc yang berjaya membangkitkan kesedaran umat Islam Selangor mengenai dakwah kristianisasi yang sangat pantas berkembang di Selangor sejak tiga tahun ini.
“GCM mengalu-alukan Unit baru ini dan mencadangkan agar ianya diperluaskan kepada seluruh pejabat Agama Islam Daerah Negeri Selangor ini.
Disamping itu GCM menggesa Dr Hassan Ali melihat perspektif yang lebih besar iaitu meferomasikan institusi Lembaga Zakat Selangor yang dilihat gagal untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada asnaf muallaf berbanding dengan asnaf-asnaf yang lain.
Ini dapat dilihat dari jumlah pengagihan zakat asnaf muallaf yang jauh lebih rendah dari asnaf amil, fakir, miskin atau fisabillilah,” ujarnya.
GCM ingin berkongsi pandangan dan maklumat dengan Dr Hassan Ali. Kami sedia bekerjasama dengan Unit ini dan Pejabat Exco Agama Islam Selangor untuk memperkasa dan menghakupayakan peranan Institusi dan Ngo Islam di Selangor dalam menangani cabaran penukaran aqidah umat Islam di Selangor.
Berita Bertarikh 31 August 2011 Pada 2:33 PM @ umno online

Pembangkang Perlu Mohon Maaf Tipu Penduduk Kuantan Isu Lynas
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Pembangkang khususnya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sepatutnya memohon maaf kepada penduduk di Kuantan kerana telah menyebarkan maklumat yang salah hingga penduduk di kawasan tersebut keliru dengan implikasi kilang Lynas yang kononnya membahayakan kesihatan dan sebagainya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata tindakan mereka yang mengembar-gemburkan berita yang tidak tepat seperti kesan yang akan timbul kelak menyebabkan kerajaan negeri dipandang serong.
Menurut beliau ekoran mpenyebaran maklumat yang tidak benar itu, kerajaan negeri hingga ke hari ini berterusan menerima pelbagai kritikan kononnya tidak prihatin dengan rakyat serta penduduk setempat dan sebagainya.
“Pengakuan berani Ahli Parlimen Pas kawasan Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat bahawa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan selamat dan tidak membahayakan perlu dilihat oleh Fuziah dan pemimpin pembangkang lain dengan mendalam.
“Takkan rakan sendiri dan dari parti yang sama masih tak percaya lagi……Kalau apa yang dikeluarkan oleh panel penilai dan pelbagai pihak lain yang membuat kajian mendapat kritikan daripada mereka, itu bukan perkara mustahil kerana mereka nak berpolitik semata-mata” katanya.
Dari pengakuannya dalam interview dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ‘ untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.
Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.
Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : “Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”
Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.
“Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang Pas juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”
Sharkar yang juga Ketua UMNO Temerloh seterusnya berkata pembohongan demi pembohongan oleh pembangkang telah mula terongkar satu persatu dan mereka akan terherat dengan gaya politik mereka sendiri.
“Yalah…..Semua pembohongan mereka nampaknya makan diri. Dulu kata kerajaan Pahang hampir muflis dan sebagainya, namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan kerajaan negeri khususnya telah berjaya menafikan benda ini tidak betul.
“Jadi kepada pembangkang, cukup-cukuplah membonhongi rakyat kerana percayalah satu masa nanti pembohongan mereka itu akan menjerat leher mereka sendiri,“ katanya. -MediaUMNO
Berita Bertarikh 26 August 2011 Pada 3:34 PM @ umno online

PRU-13: PAS sasar 60 kerusi Parlimen
KUALA TERENGGANU, 1 Sept: PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," kata beliau di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu.
Majlis perjumpaan Hari Raya ini diadakan di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.
Turut menyertai majlis itu adalah pimpinan PAS Terengganu yang dipimpin pesuruhjayanya Mohamad Abdul Wahid Endut.
Seluruh penyokong PAS yang pulang bereya di Terengganu berkumpul di situ bersama keluarga masing-masing.
Di samping menyediakan juadah raya, kanak-kanak diberikan duit raya yang disampaikan oleh Abdul Wahid.
Dalam pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS menjadi pemimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak jatuh kembali apabila dirampas melalui pembelian tiga Adun Pakatan.
Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.
"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.
Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.
"Kalau nak undi -slam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatandakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah.
"Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kitan," kata Abdul Hadi.
Harakahdaily @ 01 september 2011

Cincin RM24 juta: SAMM bidas Utusan
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor membidas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang mendakwa pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard sebagai penakut kerana tidak melaporkan isu pembelian cincin berharga RM24.45 juta oleh Rosmah Mansor kepada SPRM.
Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata, akhbar Umno itu cuba untuk mengelirukan orang-orang Melayu di kampung-kampung yang tidak mempunyai akses internet apabila sengaja menerbitkan kenyataan dari Anuar Shaari dengan membayangkan
seolah-olah CheguBard seorang penakut yang tidak berani untuk melaporkan isu cincin ini kepada SPRM.
Sedangkan katanya CheguBard melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun membuat satu laporan SPRM pada 13 Julai 2011 lagi tetapi disenyapkan media arus perdana.
"SAMM Negeri Johor sangat kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang
seolah-olah seperti "pencuri di siang hari," katanya.
Sebagai sebuah akhbar yang sepatutnya memainkan tanggungjawab sosial membentuk fikrah masyarakat, sikap Utusan Malaysia yang tanpa segan silu terus menyebarkan berita yang tidak benar itu wajar dikecam.
Beliau yakin tindakan itu semata-mata untuk menutup pekung di dada pemerintah negara apatah lagi dalam keadaan negara sedang menyambut hari raya Aidilfitri dan ulangtahun kemerdekaan.
"Adakah Utusan Malaysia hari ini merupakan pengkagum Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip “The Big Lie” iaitu satu prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan
dipercayai rakyat jelata.
"Sesuatu yang amat dahsyat, disebalik 54 tahun kemerdekaan tanahair dan kredibilitinya yang ditubuhkan pada tahun 1939 dengan hasrat asal untuk membangkitkan pendapat penduduk Tanah Melayu terhadappenjajah British, namun kini Utusan Malaysia seolah-olah hilang jatidiri dalam membentuk fikrah rakyat khususnya masyarakat
Melayu," katanya lagi.
CheguBard sebelum ini ada mendedahkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Beliau yang juga Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.
Bagaimanapun, Rosmah pada Julai lalu menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu.
CheguBard dalam blognya sebelum ini juga menegaskan, beliau tidak menuduh sesiapa dalam dakwaannya itu, tetapi kewujudan borang kemasukan cincin itu dengan jelas tertera nama “orang yang menyamar wanita pertama negara.”
Justeru kata beliau, Rosmah perlu membuat penjelasan.

Aidilfitri Istimewa Bersama Hari Kemerdekaan Ke-54
KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Umat Islam di Malaysia hari ini menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama-sama keluarga dan tradisi rumah terbuka yang turut diraikan bersama dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 esok.
Di setiap pelusuk negara, masjid menjadi tumpuan jutaan muslimin untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Syawal selepas genap sebulan
berpuasa.
Budaya balik kampung, satu ciri penting bagi memelihara hubungan kekeluargaan diteruskan sehinggakan ibu kota Kuala Lumpur lengang pada hari lebaran.
Selain amalan Rumah Terbuka, suatu tradisi di kalangan pelbagai kaum di Malaysia ketika sambutan perayaan masing-masing, sambutan kali ini turu dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang di rumah kediaman, pusat peniagaan dan
pusat membeli-belah bagi menandakan sambutan serentak “Merdeka Raya”
Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara bersama-sama 15,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala khutbah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Berita Bertarikh 30 August 2011 Pada 2:12 PM @ umno online

"Saya akan beri kerjasama kepada polis," - Mohamad
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putarbelit akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Bercakap ketika dihubungi Harakahdaily hari ini beliau sebaliknya berkata akan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah mengumumkan untuk memanggilnya untuk disoal siasat.
"Pasal apa saya nak mintak maaf, biarlah polis siasat," katanya merujuk kenyataan pihak polis yang mahu menyiasatnya di bawah Seksyen 505 B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.
Sementara itu Mohamad juga memberitahu beliau telahpun dihubungi pihak polis berhubung siasatan yang akan dijalankan terhadapnya.
Bagaimanapun katanya, belum ada tarikh khusus ditetapkan kepada beliau untuk hadir disoal siasat.
"Saya telah terima panggilan telefon dari pihak polis nak panggil beri keterangan.
"Saya akan beri kerjasama penuh kepada pihak polis," katanya lagi.
Dalam laporan muka depannya baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
Kenyataan itu menurut akhbar Umno itu diucapkan timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
Ekoran itu, isu itu menjadi 'peluru' pemimpin Umno dan medianya menyerang Mohamad Sabu dan PAS kononnya parti itu menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.
Sejak itu juga, berpuluh laporan polis dibuat terhadap Mohamad khususnya oleh Umno dan menggesa beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataannya.
Mohamad bagaimanapun menafikan laporan akhbar itu yang didakwa cuba memfitnah dirinya dan tidak akan sesekali memohon maaf.
Dalam penjelasannya, beliau memberitahu tidak pernahpun menyatakan Mat Indera itu Komunis, namun dimainkan Utusan sebaliknya.
Beliau juga telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
Nazri Abdullah @ harakah daily / 01 september 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)