Apakah yang kita betul-betul cari apabila kita bercakap tentang kebebasan berpolitik di kalangan mahasiswa? Adakah apa yang kita mahu ialah mahasiswa bersuara lantang menyampaikan pendapat mengenai politik negara atau yang kita harapkan mereka sebagai barisan depan berceramah di universiti?
Adakah sebenarnya kebebasan berpolitik tadi bermaksud mahukan mahasiswa bertanding sebagai calon pilihanraya atau sekadar menjadi jentera penampal poster?
Apapun tuntutan dan kemahuan tadi, sebenarnya ini adalah kehendak siapa? Adakah ia merupakan tuntutan orang ramai rakyat Malaysia? Adakah ia kehendak ibu bapa mahasiswa sendiri atau kehendak mahasiswa secara majoriti di universiti?
Hakikatnya melabelkan mahasiswa sebagai orang bebas berpolitik dan menjadi orang parti hanyalah kehendak pemimpin-pemimpin parti politik tertentu yang mempunyai agenda dan segelintir kecil mahasiswa yang berangan bertanding dalam politik partisan.
Gambaran yang lebih besar tentang mahasiswa dan politik adalah mahasiswa sebagai suara anak muda terpelajar yang memberi idea non-bias sebagai pemerhati kepada landskap politik tanah air. Mereka boleh menegur, memuji, memberi pendapat berbekalkan ilmu yang ada di dada sebagai orang terpelajar yang menuntut di universiti.
Suara-suara ini penting kerana mereka membawa suara dan idea yang tidak menyebelahi dan boleh menjadi kritikan membina buat negara.
Adakah sistem sedia ada yang wujud sebelum ini menghalang mahasiswa untuk mengetahui dan mempelajari politik? Tidakkah pindaan yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 2010 telah membolehkan penglibatan pelajar untuk mempelajari politik dengan lebih dekat?
Difahamkan dalam pindaan tersebut, pemimpin parti politik dari kedua kubu kerajaan dan pembangkang dibolehkan untuk hadir ke universiti-universiti dalam program mahasiswa dan mahasiswa yang ingin berkecimpung dalam politik juga diperbolehkan atas kebenaran Naib Canselor.
Sudah tentu Naib Canselor terdiri dari orang-orang akademik yang bijaksana dan adil dalam membuat keputusan. Mereka yang berpotensi dan tidak ada masalah dari segi akademik sudah tentu diluluskan permohonannya.
Maklumat dari Kementerian Pengajian Tinggi, tidak ada satu pun permohonan yang dibuat tetapi ramai pelajar mengadu domba katanya tak diluluskan permohonan-permohonan mereka. Auta.
Seperti mana yang kita ketahui antara alasan kenapa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan suatu ketika dahulu adalah supaya mahasiswa di universiti menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak selama beberapa tahun mereka berkuliah.
Siapa kata mahasiswa tidak boleh mengeluarkan pendapat mengenai isu semasa negara, politik? Media massa, internet, sentiasa terbuka bagi mana-mana pihak mengeluarkan pendapat.
Sebagai mahasiswa yang sudah tentu lebih banyak membaca pasti mengetahui bahawa sejarah-sejarah penting di dunia ini banyak bermula dari tulisan-tulisan di media dalam menyampaikan idealisme dan pemikiran. Ilmu selalu mendasari perjuangan. Inilah cara yang bijak. Cara yang seharusnya lebih difahami dan digunapakai oleh mereka yang bijak dan terpilih ke universiti.
Cara bijak untuk mereka yang mengatakan diri mereka pejuang dan ingin mengambil serta dalam perubahan ke arah lebih baik ketika masih berkuliah. Bukan demo jalanan, provokasi, dan mainan emosi!
Perlu diingat juga apabila seksyen 15 dalam AUKU dipinda dan dibolehkan pelajar berpolitik dan mendaftar sebagai ahli parti politik tertentu kelak, kita khuatirkan idealisme murni seorang mahasiswa untuk menghasilkan pemikiran jujur tanpa mana-mana pengaruh yang baik untuk negara akan hilang.
Mereka yang kini cenderung menjadi orang parti akan secara majoriti berkata ya bila pemimpin kata ya, tidak bila pemimpin kata tidak. Ini hakikatnya.
Rakan-rakan sekalian, percayalah negara manapun akan hancur jika pendapat anak muda tidak diambil peduli. Negara juga akan hancur jika generasi muda tersebut tidak dididik baik dengan kemahiran dan ilmu.
Waktu di universiti digunakanlah sebaik mungkin untuk menguasai hal tersebut dan jadilah produk universiti yang penuh bersedia untuk meneruskan usaha menjadikan negara makmur, maju dan terus ke depan apabila tiba waktunya nanti.
Tiga atau empat tahun berkuliah bukannya lama sangat. Tidak rugi kalau kita fokus pada kuliah dalam jangka waktu ini daripada hendak berpolitik partisan secara serius.
ika hendak sampaikan komen, pemikiran dan idealisme ia sangat dialu-alukan tetapi sampaikan dengan cara berhemah dan efektif, ini baru cara bijaksana seorang mahasiswa.
Pada Disember 2011 yang lalu, Sondang Hutagalung seorang mahasiwa dari Universitas Bung Karno Jakarta membakar diri sendiri ketika selesai berdemo di depan istana presiden Susilo Bambang Yudhoyono, mendesak presiden meletak jawatan seperti tuntutan beberapa parti politik pembangkang di Indonesia.
Adakah ini contoh manipulasi parti politik yang mungkin saja terjadi pada anak muda yang emosi berpolitik? Adakah bila kejadian begini terjadi baru kita hendak membuka mata meminta anak-anak kita supaya tidak memilih cara berdemonstrasi jalanan? Renung-renungkan.
Mohd Rizal Abd Rahman
Ahli Kelab UMNO Jakarta dari Badan Perhubungan Negara Indonesia yang juga mahasiswa Jurusan Perubatan di Universitas Kristen Krida Wacana, Jakarta, Indonesia.
DISUNTING DARI: UMNO ONLINE @ DISIARKAN PADA : 3HB FEBRUARI 2012
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.
- translation by Abdullah Yusuf Ali
Thursday, 2 February 2012
ورڠ ملايو جاڠن جادي ڤڠخيانت بڠسا ملايو دڠن منجادي اهلي داڤ
کوالا لومڤور, ٣١ جن – “سايا منصيحتکن اݢر اورڠ ملايو, جاڠن جادي ڤڠخيانت بڠسا ملايو دڠن منجادي اهلي داڤ. اينيله ڤندڠن ڤريبادي ساي. باݢي ساي, سکيراڽا اورڠ ملايو منجادي اهلي داڤ دان ممبيارکن ديري مريک دڤرݢوناکن دمي کڤنتيڠن ڤوليتيک داڤ, مريک سبينارڽا اداله ڤڠخيانت بڠسا ملايو,” اوجار ناءيب کتوا ڤرݢرقن ڤوتري امنو مالايسيا, شاهانيم موهاميد يوسوفف.
بيلياو برکات دمکين کتيک دمينتا مڠولس مڠناءي ڤرݢرقن داڤ يڠ دليهت سماکين اکتيف چوبا مريکروت بڠسا ملايو منجادي اهلي ڤرتي ترسبوت دان کونونڽا باکل ديليتاککان سباݢاي چالون دي ڤيليهن راي عموم (ڤرو) اکن داتڠ.
کاتاڽا, ڤد هاري اين کواس ڤوليتيک اورڠ ملايو تله برڤچه کڤد تيݢ ياءيت امنو, ڤاس دان ڤ ک ر. اينيله يڠ منجادي انتارا ڤونچا دي مان اورڠ ملايو تيدق دهرمتي. ڤرتي-ڤرتي ملايو تله برڤچه بله دان اين مروڤاکن اݢيندا ڤوليتيک داڤ يڠ ماهو مراچيق-راچيککان ڤرڤادوان اورڠ ملايو اونتوق مڠيلقکن اورڠ ملايو دري تروس برساتو.
“داڤ سدر, سکيراڽا اورڠ ملايو برساتو, مريک اکن هنچور. جادي تيندقن داڤ مريکروت اورڠ ملايو منجادي ڤميمڤين داڤ دان موڠکين اکن ديلتاککان سباݢاي چالون دي ڤرو ننتي سبينارڽا اداله مروڤاکن ساتو انچمن کڤد بڠسا ملايو ايت سنديري.
“دي سيني ساي ايڠين تکنکن بهاوا داڤ تيدق اد لاݢي ريکود برجاس کڤد رعيت خوسوسڽا کڤد بڠسا ملايو. هاري اين داڤ مراساکن اوندي اورڠ ملايو ايت ڤنتيڠ. اڤاکخ اݢيندا مريک سبينارڽا. ڤد ڤرو ٢٠٠٨ داڤ ترڤقسا مڽرهکن ساتو جاوتن منتري بسر کڤد ڤاس کران مريک تيدق ممڤوڽاي ڤميمڤين ملايو دي کالڠن داڤ.
“جادي اينيله توجوان مريک مريکروت اورڠ ملايو منجادي اهلي داڤ کران ايڠين ممڤرݢوناکن مريک اين اونتوق برکواس. سکيراڽا مريک ممڤوڽاءي چالون بڠسا ملايو يڠ سسواي, سوده ڤستي ڤرتي مريک سماکين کوکوه دان دڠن موده مريک ممڤو مڽيڠکيرکن راکن سکوتو مريک.
“جادي تيدق هيرنله سکيراڽا ڤد ڤرو اکن داتڠ مريک اکن ملتقکن چالون ملايو مواکيلي داڤ کران مريک سڠݢوڤ ملاکوکن اڤ سهاج دمي کواس. سبب ايت ساي مراساکن داڤ اداله ساتو ڤرتي چووۏينيس,” اوجارڽا کڤد امنو-اونليني.
سلاکو ناءيب کتوا ڤرݢرقن ڤوتري امنو مالايسيا, شاهانيم برهارڤ اݢر اورڠ ملايو جاڠن ممبيار دان ممبري ڤلواڠ کڤد داڤ ممڤرݢوناکن بڠسا ملايو سمات-مات اونتوق داڤ منچاڤاي هسرت جاهت مريک. داڤ تيدق ڤرنه تلوس دالم برڤوليتيک دان ستياڤ تيندق تندوق مريک ڤستي اد اݢيندا يڠ ترسمبوڽي. -ميدياامنو
DISUNTING DARI UMNO ONLINE @ DISIARKAN PADA : 3HB JANUARI 2012

BMW, rumah TPJ Johor terbakar, dipercayai khianat
JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini.
Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.
"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.
"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.
Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.
Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.
"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.
"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.
Polis dan unit forensik dari Balai Polis Impian Mas yang datang sejurus kemudian telah menemui satu tong di hadapan rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol.
Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.
"Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini.
"Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.
Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.
Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.
"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.
template joomla
Harakahdaily, 03 Feb 2012
DISUNTING DARI : HARAKAH DAILY @ DISIARKAN PADA 3HB FEBRUARI 2012

Penggunaan nama SMM sekarang sudah dikhianati
Kebelakangan ini, setelah berlalu beberapa demonstrasi, dan cara pergerakan mahasiswa, ramai pihak mula menganalisis berkenaan corak pergerakan mahasiswa ini. Sehingga ramai pihak, rakyat mahupun mahasiswa sendiri menjadi muak dan memandang buruk serta sebahagian yang lain menanti-nanti bagaimana corak dan perjuangan mahasiswa seterusnya.
Kita imbas kembali sejarah penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kini dianggap gerakan yang mula mendapat kritikan langsung dari rakyat dan aktivis mahasiswa sendiri. Pada hujung era 90-an, Gamis melihat bahawasanya perlu kepada mahasiswa ini bergerak untuk memastikan bukan hanya isu-isu Islam tetapi bergerak juga dalam memperjuangkan isu-isu yang melibatkan hak asasi secara universal.
Pada tahun 2001 dengan isu ISA, Gamis bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) kemudian pada tahun 2002 apabila Amerika menyerang Afghanistan, Gamis sekali lagi bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Anti Perang (Gempar). Tetapi gerakan-gerakan ini ianya hanya bersifat isu dan hanya sementara ataupun bergabung atas sebab isu-isu tertentu sahaja.
Pada akhir tahun 2002, Gamis mencari kesimpulan yang lebih baik, bagaimana hendak memastikan gerakan bukan hanya terhenti dengan isu tetapi pergi kepada suatu benda yang lebih besar iaitu satu solidariti di antara gerakan-gerakan mahasiswa ini baik mahasiswa Islam mahupun bukan Islam.
Pimpinan Gamis berbincang untuk mewujudkan satu pakatan dan Gamis bersama dengan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Persatuan untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) dan banyak lagi. Bahkan pada waktu itu ada 14 front mahasiswa dan anak muda termasuk Food Not Bomb (FNB), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan lainya. Hasil daripada perhimpunan gerakan-gerakan mahasiswa ini, diakhiri dengan satu kesimpulan untuk tubuhkan satu solidariti yang namanya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Itu secara ringkas sejarahnya.
SMM ditubuhkan pada tahun 2002 dan pengerusi pertamanya ialah Mohd Khairol Anwar Mat Zuki juga merupakan Presiden Gamis pada masa itu. SMM hanya bergerak atas muafakat bersama, bukan bergerak atas identiti sendiri dan bagi saya sepatutnya presiden Gamis merupakan pengerusi SMM ataupun bersepakat antara front-front ini bagi memutuskan mana-mana presiden lain sama ada presiden Dema, presiden Kami atau presiden PKPIM. Bagi memastikan SMM ini bergerak atas permuafakatan bersama bukannya satu identiti yang lain atau pertubuhan yang berbeza seperti mana yang terjadi pada ketika ini.
Saya melihat penggunaan nama SMM sekarang ini sudah dikhianati oleh individu dan kumpulan tertentu. Sepatutnya tidak boleh menggunakan nama SMM jika salah satu front gabungan tidak setuju. Sebagai contoh, jika Dema setuju dengan hak kebebasan beragama tetapi front gabungan lainnya tidak bersetuju lalu itu atas nama Dema sahaja. SMM ianya tidak mengikat. Saya bagi contoh, Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Walaupun ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak terikat dengan sebarang keputusan Anwar Ibrahim kecuali permuafakatan bersama dan keterikatan itu bukan bersifat mutlak. PR berjanji ingin mansuhkan Auku jika berjaya memerintah Malaysia pada masa akan datang, atas permuafakatan bersama PAS, PR dan DAP mesti melaksanakannya.
SMM dalam satu-satu keputusan dan gerakan yang ingin dibuat, mesti disepakati oleh semua front gabungan. Jika satu sahaja front tidak bersetuju, kita tidak boleh namakan statement kita, gerakan kita atas nama SMM, tetapi hanya nama individu. Saya berpandangan, keadaan ini perlu dipandang serius oleh semua aktivis dan gerakan mahasiswa. Saya cadangkan setiap kenyataan media yang dibuat SMM, memorandum dan sebagainya, mesti lampirkan persetujuan bersama Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM. Jika tidak dilampirkan atau salah satu nama front tidak ada, jangan sesuka hati menggunakan nama SMM. Bagi saya, Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM perlu bertegas soal ini, kerana mahasiswa dan rakyat melihat setiap tindakan SMM atas kebersamaan front-front yang ada dalam gabungannya.
Saya berharap, Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM perlu nyatakan pendirian tegas, supaya gerakan yang dibuat tidak disalah tafsir oleh rakyat mahupun mahasiswa. Akhirnya, semoga gerakan mahasiswa dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap gerakan mahasiswa dan terus menjadi ikon masyarakat dan pandangan mahasiswa terus dihormati.
Penulis adalah aktivis mahasiswa dan mantan Ketua Penerangan Gamis 2010/2011
Mohd Yusof Hadhari Saidon, 03 Feb 2012
DISUNTING DARI : HARAKAH DAILY @ DISIARKAN PADA : 3HB FEBRUARI 2012

Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik! - BIAR BETUL???
KUANTAN, 2 Feb: Jarum jam bom jangka Lynas telah bergerak! Itulah reaksi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas kelulusan lesen kendalian sementara (TOL) kepada projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam.
“Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang?
"Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut kenyataan AELB semalam, Lynas untuk dibenarkan memulakan operasi memproses nadir bumi di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas.
1) pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF);
2) pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu.
3) pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL.
4) Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran.
5) Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.
Namun begitu, kelulusan AELB itu dikira sebagai mengejutkan kerana sebelum ini ramai yang menghantar surat bantahan kepada AELB semasa membuka ruang untuk rakyat memberikan maklum balas terhadap paparan dokumen permohonan lesen sementara oleh Lynas.
“Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut?” soal Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS.
Pada masa yang sama, akhbar New York Times (NYT) semalam melaporkan bahawa kilang RM2.5 bilion itu mempunyai masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda, AkzoNobel dari projek tersebut.
AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan gentian fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan, telah dikatakan menarik diri akibat tidak yakin dengan rekabentuk tangki tersebut, yang dijangka akan menyebabkan kebocoran.
Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius.
Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil.
Menurut NYT, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh pengerusi Lynas Corporation Nicholas Curtis.
“Penarikan diri kontraktor utama ini menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan. Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian,” kata Tuan Ibrahim.
PAS, katanya turut mendesak kerajaan dan Lynas untuk menjelaskan kenapa firma AkzoNobel yang merupakan kontraktor utama dari Belanda menarik diri dari projek Lynas di Gebeng sedangkan ia adalah pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.
Untuk menyelesaikan masalah ini, Tuan Ibrahim menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang yang bertekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.
"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini,” tegas beliau.
Harakahdaily, 02 Feb 2012
DISUNTING DARI : HARAKAH DAILY @ DISIARKAN PADA :3HB FEBRUARI2012

Proses Gubal Undang-undang Baru Ganti ISA Tidak Ambil Masa Lama
KUALA LUMPUR, 16 Sept – Proses menggubal undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata
undang-undang baru itu akan merujuk undang-undang di negara lain sebagai contoh.
“Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, contohnya Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia, semua ini boleh dijadikan contoh dalam kita hendak memerangi keganasan,” katanya.
Beliau ditemui selepas ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana
Angkasapuri malam ini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan terus ISA selain kajian komprehensif pihak kerajaan terhadap beberapa undang-undang lain, antaranya Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Polis 1967.
Kajian itu akan dimulakan dengan mengambil kira pandangan pihak dan agensi
yang berkaitan, katanya.
Hishammuddin juga berkata fokus utama kerajaan selepas ini ialah mencari
keseimbangan antara kepentingan dan keselamatan, serta kepentingan suasana
demokrasi semasa dalam menggubal undang-undang baru itu.
Selepas pemansuhan ISA, kerajaan perlu lebih matang menangani risiko dengan pewujudan dua undang-undang baru yang bakal digubal.
“Risikonya berhubung kait dengan mencari keseimbangan antara keselamatan dan kepentingan negara, selaras dengan tuntutan dan suasana demokrasi semasa, jadi risiko dalam apa jua keadaan sentiasa wujud.
“Saya yakin dengan apa yang diumumkan malam ini, perjalanannya bermula dua tahun dahulu, dan ia telahpun mengambil kira pandangan pihak berkuasa seperti polis, tentera dan agensi yang terlibat dengan ISA,” katanya.
Kira-kira 700 wakil agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
kakitangan awam menghadiri acara khas itu, yang diakhiri dengan nyanyian lagu sempena sambutan Hari Malaysia bersama-sama Perdana Menteri.
disunting dari UMNO ONLINE @ disiarkan pada2HB FEBRUARI 2012

Laporan Polis Terhadap Pejabat Tanah Kota Setar Kerana Keluarkan Notis Mengenai Madrasah -JADIKAN MADRASAH PUSAT DAKWAT DAN KEBAJIKAN BAGI NGO ISLAM UNTUK JALAN FISALBILILLAH ...AMIN
ALOR SETAR, 2 Feb – Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) membuat laporan polis terhadap Penolong Pentadbir Tanah (Pembangunan) Kota Setar, Syed Shafulamin Syed Ahmad, kerana telah mengeluarkan notis supaya mengosongkan bangunan Madrasah Salihiah di sini sebelum isu mengenai diputuskan oleh mahkamah.
Pengerusi BBSMS Mansor Ahmad berkata laporan itu dibuat kerana perbuatan pejabat tanah mengeluarkan notis supaya bangunan madrasah itu dikosongkan adalah tindakan yang bertentangan dengan prinsip undang-undang.
“Kita telah mengemukakan writ saman injunksi dan saman interim pada bulan lepas bagi menghalang perobohan dan pengambilalihan tanah wakaf khas Madrasah Salihian oleh pentabdir tanah Kota Setar, dan pada minggu depan (6 Feb) kedua-dua saman ini akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar.
“Jadi, notis pengosongan yang kami terima pada 18 dan 31 Jan lepas yang telah ditandatangani oleh Syed Shafulamin jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini.
Mansor berkata tindakan wakil pejabat tanah dan kerajaan negeri yang mendahului keputusan mahkamah bersifat prejudis dan merendahkan wibawa dan integriti Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar.
“Ia juga bercanggah dengan undang-undang kerana pejabat tanah serta kerajaan negeri sama ada secara rasmi atau tidak mengetahui bahawa isu madrasah ini telah difailkan untuk perbicaraan di mahkamah,” katanya.
Mansor berkata sepatutnya pihak pentadbir tanah atau kerajaan negeri menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu dan membuka ruang bagi proses perbicaraan dijalankan dengan sempurna agar keputusan muktamad berhubung isu itu dapat diperoleh.
“Tidak perlulah terburu-buru kerana kita mempunyai undang-undang. Sepatutnya mereka (pejabat tanah dan kerajaan negeri) bersabar dan menunggu tarikh 6 Feb ini bagi membolehkan mahkamah mendengar dan membuat keputusan,” katanya.
disunting dari UMNO ONLINE @ disiarkan pada 2hb februari 2012

Kerajaan Tiada Kaitan Dengan Angpau Putih Perkasa – Najib
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pemberian angpau berwarna putih pada satu perhimpunan Tahun Baru Cina anjuran Perkasa pada Ahad lepas, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pemimpin Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Anggota Parlimen bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”, Najib berkata : “Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.
“Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial.”
Semalam Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong meminta Perkasa memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak menghormati adat budaya kaum Cina.
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar telah menjelaskan bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu tetapi disebabkan ia telah kehabisan, envelop putih terpaksa digunakan.
disunting dari UMNO ONLINE @ disiarkan pada 2HB FEBRUARI 2012

Subscribe to:
Posts (Atom)