SEREMBAN, 10 Feb – Pentadbiran dan pengurusan yang cekap Kerajaan Barisan Nasional telah memungkinkan perkembangan positif ekonomi negara, termasuk kejayaan mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi, sebanyak RM1.3 trilion tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata angka itu sekaligus bererti nilai dagangan keseluruhan negara meningkat dua kali ganda berbanding pendapatan kasar negara (GDP) yang mencatat RM560 bilion.
Pencapaian itu katanya telah meletakkan Malaysia antara negara yang paling tinggi dari segi nisbah GDP dengan nilai dagangan keseluruhan.
“Apabila ekonomi negara berkembang, hasil negara bertambah, dan bila kita urus kutipan hasil dengan baik, kita akan dapat pendapatan yang bertambah.
“Sebab itu bila saya bentang Bajet 2012, saya boleh, dengan keyakinan membantu meringankan beban rakyat,” katanya pada majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Kampung Abok dan Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang, di sini hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumudin, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ir Idris Haron.
Najib tiba di sini pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan.
Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan pencapaian Malaysia mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi tahun lepas iaitu RM1.3 trilion, naik 8.7 peratus daripada 2010.
Pencapaian itu menempatkan Malaysia dalam kedudukan lima teratas dari segi perdagangan antarabangsa, selepas Singapura dan Hong Kong, melepasi Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Kanada dan United Kingdom.
Mustapa turut menyasarkan pertumbuhan antara lima dan enam peratus jumlah dagangan Malaysia tahun ini.
Najib berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, perancangan induk negara harus dilihat dalam konteks yang besar dan meluas.
“Kalau tidak ada perancangan besar, negara kita bukan sahaja tidak akan maju, malah kita tidak akan mempunyai dana dan hasil yang cukup yang boleh kita agihkan dan diperturunkan kepada rakyat,” katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak membuat pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi kewangan luarm termasuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), untuk membiaya bantuan kerajaan, termasuk wang ehsan persekolahan, baucer buku 1Malaysia (BB1M) dan BR1M.
“Jadi, kalau ada pembangkang yang mendakwa kononnya kita pinjam daripada World Bank atau IMF, ini cerita karut, fitnah dan dongeng yang patut ditolak oleh rakyat Malaysia,” kata Najib.
DISUNTING DARI: UMNO ONLINE @ DISIARKAN PADA : 9HB FEBRUARI 2012
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.
- translation by Abdullah Yusuf Ali
Friday, 10 February 2012
Keluarga Sharizat belanja atasi 523 sekolah Tamil?
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan BN telah membelanjakan RM200 juta untuk sekolah-sekolah Tamil sejak tahun 2009.
“Adakah jumlah ini cukup besar untuk dibanggakan?” tanya Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Tronoh mendakwa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menganak tirikan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.
Katanya, perbelanjaan RM200 juta itu tidak memadai untuk menaik taraf semua sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada.
Menurutnya, banyak sekolah Tamil di negara kita berada dalam keadaan yang usang dan perlu dinaik taraf dan diperbaiki dengan segera tetapi kerajaan tidak mengambil langkah-langkah proaktif untuk membantu menyelesaikan masalah sekolah-sekolah itu.
Menurutnya, pemberian wang untuk beberapa sekolah Tamil baru-baru ini adalah satu gimik politik untuk mendapat sokongan orang-orang India untuk memenangi PRU13.
Katanya lagi, jumlah RM200 juta bagi sekolah-sekolah Tamil yang telah dibelanjakan untuk beberapa tahun bukanlah satu jumlah yang besar dan boleh dibanggakan.
Baginya, sedangkan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil telah membelanjakan wang sebanyak RM250 juta di bawah NFC secara sewenang-wenangnya yang mana wang rakyat didakwa telah disalahgunakan untuk ‘membela lembu di kondo’.
Katanya, kerajaan BN sanggup mengalami kerugian RM250 juta yang didakwa telah disalahgunakan oleh Ketua Wanita Umno tetapi tidak berminat untuk membantu sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan yang buruk.
Menurutnya lagi, sekolah-sekolah Tamil hanya diberi peruntukan RM200 juta untuk beberapa tahun sejak tahun 2009.
“Saya mencabar Menteri Pelajaran untuk memberitahu kepada rakyat jumlah peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil bagi tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, dan 2011 secara berasingan,” ujarnya.
Beliau berkata, RM200 juta yang diberikan untuk 523 sekolah Tamil yang mempunyai murid-murid lebih kurang 100,000 orang bukanlah satu jumlah yang besar, jika dibandingkan dengan skandal keluarga Sharizat yang didakwa menyalahgunakan RM250 juta untuk kepentingan sendiri.
DISUNTING DARI ; HARAKAH DAILY @ DISIARKAN DARI : 10 FEBRUARI

Subscribe to:
Posts (Atom)