Semakin ramai nampaknya ahlul-ahlul Pakatan yang menyokong pendirian Mat Sabu 121 yang menyokong komunis. Dan ramai jugak nampaknya yang tuduh kerajaan ubah sejarah kononnya melupakan pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Inilah yang Mat Sabu mau sebenarnya. Dia sengaja bangkitkan isu komunis ni sebab nak balas dendam terhadap pihak Polis yang langgar dia semasa perhimpunan Bersih 2.0. Jadi, dia nak semua rakyat benci dan marah terhadap pasukan keselamatan dalam negara.
Tak pasal-pasal kesemua pejuang kemerdekaan dulu dikaitkan sekali semata-mata nak puaskan hati Mat Sabu ni. Nak cover malu punya pasal.., komunis pun sanggup Mat Sabu angkat sebagai pejuang memerdekakan tanahair kononnya.
Dua tiga hari lepas, Spy terbaca kenyataan Samsul AMK pasal sokongan dia terhadap Mat Sabu. Siap dengan suruh generasi muda tak kibarkan bendera negara pasal kerajaan UMNO/BN dah ubah sejarah kemerdekaan katanya.
Hari ni Spy baca pulak kenyataan Chegu Bard yang ucapkan tahniah pada Mat Sabu pasal berani melawan kerajaan. Kata Chegu Bard, Mat Sabu telah berjaya ubah persepsi anak-anak muda terhadap fakta sejarah kemerdekaan yang sebenarnya.
Betul ke anak-anak muda dan rakyat bersetuju dengan Mat Sabu yang memperjuangkan komunis? Apa yang Spy nampak, Mat Sabu hanya membuatkan rakyat Malaysia makin meluat dengan Pas serta Pakatan dalam isu ni.
Spy yakin, PRU akan datang, jangan mimpilah Pas dan Pakatan nak dapat undi dari anggota keselamatan macam Polis dan Tentera. Ni termasuklah anak cucu serta waris pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Tobat Lahum mereka-mereka ni nak bagi undi pada Pas.
Dan Spy rasa, lagi banyak pemimpin Pakatan yang buat kenyataan sokong Mat Sabu, lagi banyak lah rakyat yang akan tolak Pakatan di PRU depan. Isu komunis ni memang benar-benar menguntungkan UMNO/BN. Nampak sangat bodohnya Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Pakatan ni kann..
Sebab tu lah wakil-wakil DAP semua menikus dengan isu yang Mat Sabu bawak ni. Mereka tau yang rakyat mesti marah pasal rakyat bukannya buta sejarah macam Mat Sabu. Dan DAP tau.., lagi banyak isu ni dimainkan, lagi hilang sokongan rakyat pada mereka.
Sebab tu lah Karpal Singh marah sangat kat Mat Sabu sampaikan dia suruh Mat Sabu tarik balik kenyataan berkenaan isu komunis di Bukit Kepong tu..
Tapi yang jadi masalahnya, penyokong dan pengikut Pas serta PKR bukannya ada otak. Mereka tak tau sebenarnya isu sokongan pada komunis ni bukan saja buat orang melayu marah..
Tapi cina dengan india pun marah jugak sebab mereka-mereka tu pun tak terkecuali dari rasa macam mana peritnya kekejaman komunis.
Jadi, sekarang ni Pakatan berada dalam keadaan yang amat nazak dan tenat disebabkan mulut longkang Mat Sabu. Tak payah lah ahlul-ahlul PAS dan PKR nak pusing macam mana pun untuk salahkan UMNO.. Sebab sekarang ni zaman dah maju.. Bukti video ucapan Mat Sabu terang-terang sokong komunis..
Tunggu lah saja masa PRU13 nanti.. Pakatan akan kalah teruk disetiap kerusi yang mereka tandingi terutamanya Pas dan PKR. Hanya rakyat Malaysia yang bodoh saja akan bagi undi pada geng-geng penyokong fahaman komunis tu nanti..
mykmu.net
Berita Bertarikh 5 September 2011 Pada 6:22 PM @ umno online
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.
- translation by Abdullah Yusuf Ali
Tuesday, 6 September 2011
Dr Mariah: Ancaman Kristianisasi, Apa perana Mais dan LZS?
Hampir semua ugama mengajar penganutnya untuk membuat baik terhadap golongan miskin dan yang kesempitan. Samada ianya ugama Buddha, Kristian, Hindu, Taoist ataupun Islam, soal membantu golongan miskin adalah dianggap amalan baik yang dipercayai akan mendapat balasan kebaikan dari Tuhan. Walaupun sebagai orang Islam kita yakin bahawa hanya Islam diterima Allah sebagai ugama yang menyembahNya tanpa sekutu, namun ini tidak bermakna bahawa kita perlu melihat semua ugama lain sebagai mengajar kejahatan dan kezaliman terhadap manusia. Beza utama diantara Islam dengan ugama yang lain bukan soal amalan2 kebajikan yang digalakkan oleh semua ugama, tetapi pegangan terhadap ke-Esaan Allah yang tidak ada persamaan dengan ugama lain serta keyakinan bahawa Muhammad (SAW) adalah RasulNya. Inilah yang terkandung di dalam Syahadatain yang diucap oleh setiap yang ingin menjadi seorang Muslim.
Sebagai orang Islam, kita tidak juga diajar untuk mempunyai buruk sangka terhadap amalan kebajikan yang dilakukan oleh penganut ugama lain. Mereka ingin mengamalkan ugama mereka dan tidak semestinya ianya dilakukan dengan niat yang jahat terhadap umat Islam. Sekiranya mereka membantu seorang Muslim, tidak semestinya ianya bertujuan untuk memurtadkan orang Islam tersebut. Ini adalah lebih benar dalam keadaan sekarang, ia itu zaman pasca penjajah. Semasa zaman penjajahan sememangnya pihak penjajah berusaha seribu upaya untuk memutuskan hubungan umat Islam dengan ajaran Islam. Ini adalah kerana ajaran Islam merupakan asas penentangan terhadap penjajah dan sekutu-sekutu tempatan mereka di bumi Islam.
Dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, sekiranya seseorang Islam terpikat dengan kebaikan serta akhlak seorang bukan Islam, dan dengan itu tertarik untuk menganut ugamanya, ianya bukan salah orang bukan Islam tersebut. Ianya salah umat Islam sendiri yang gagal menunjukkan sifat2 yang baik sehingga saudara seislam mereka menjumpainya hanya di kalangan bukan Islam! Kita tidak boleh persalahkan yang bukan Islam kerana menghayati dan mengamalkan ajaran ugamanya sedangkan kita sendiri tidak menunjukkan akhlak yang sepertimana yang dituntut Islam. Adakah apabila kita tidak menghayati Islam maka semua penganut ugama lain ingin kita halang dari mengamalkan ajaran ugama mereka?
KRISTIANISASI DAN MASALAH SEBENAR
Isu orang Kristian ingin memurtadkan orang Islam telah banyak dimainkan dalam media. Samada ianya benar atau sebaliknya masih tidak lagi dibuktikan tetapi yang jelas terbukti punca ‘perginya orang Islam ke Gereja’ adalah atas sebab kelembapan dan kelewatan perkhidmatan zakat serta ketidak-mesraan perkhidmatannya. Ini katanya, telah menyebabkan beberapa orang Islam meminta dan memperolehi bantuan dari pihak Gereja setelah ditolak oleh pihak LZS.
Sudah pasti kesimpulan sebegini merungsingkan golongan yang menimbulkan isu ini, kerana apa yang mereka inginkan ialah untuk mengapi-apikan bahang perkauman dan mengadu-dombakan ugama, bukan mendedahkan pekong di dada umat Islam! Akhirnya senjata mereka makan tuan! Pihak Gereja hanya membantu orang yang datang meminta bantuan, sepertimana dituntut oleh ajaran ugama mereka, tetapi ini hanya berlaku apabila umat Islam telah gagal mendapatkan bantuan dari pihak yang berwajib di kalangan ummat Islam! Ia itu Lembaga Zakat Selangor yang berada di bawah kawalan MAIS.
Sepatutnya orang Islam di Selangor tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan bantuan. Zakat yang dikutip mencecah RM 300 Juta setahun. Jumlahnya cukup besar dan ianya semakin meningkat. Masalahnya pengagihannya seolah-olah tidak secekap pengutipannya. Semenjak 2008 apabila naiknya kerajaan PR di Selangor, MAIS tetap dikendalikan orang-orang lama. Oleh itu, tidak khairanlah mengapa kecekapan kerajaan baru seolah-olah tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas pentadbiran dan pengurusan MAIS. Lembaga Zakat Selangor yang dikawal dengan begitu cemburunya oleh MAIS tetap ditahap yang sama. Malahan, baru baru ini dengan pindaan Enakmen yang dibawa, MAIS menjadi semakin bebas dari kawalan kerajaan Negeri. Ini hanya menjamin bahawa ia tidak akan terkesan dengan dasar ketelusan dan kecekapan yang mewarnai pentadbiran PR. Ini amat sayang sekali kerana kedua-dua prinsip pengurusan tersebut adalah dituntut Islam.
MAINAN MAIS?
Pengamatan saya, MAIS, di bawah Dato’ Adzib kekal sebagai pusat pengaruh kelompok lama, ia itu UMNO dan dengan itu mempengaruhi JAIS, yang dianggap sebagai Jabatan suruhannya, untuk bertindak demi kepentingan UMNO. Kenyataan Dato’ Adzib baru-baru ini yang mengaitkan JAIS dan MAIS serta DYMM Sultan Selangor sebagai institusi-institusi yang berangkai satu sama lain dan tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Negeri Selangor, jelas memperlihatkan sikap ingin membelakangkan kerajaan Negeri. Dato’ Adzib melalui kenyataan itu bagaikan mengambarkan dirinya sebagai ‘bayangan DYMM Sultan Selangor’ dan sebagai bayangan Sultan, tindakan beliau dan tindakan MAIS serta JAIS tidak boleh dipersoalkan.
Sehingga hari ini JAIS masih gagal mengemukakan laporan kepada Menteri Besar dan dengar khabarnya tidak dapat menamakan siapakah yang membuat aduan kepadanya mengenai peristiwa kristianisasi yang kononnya akan berlaku di DUMC yang membawa JAIS untuk ‘memeriksa’ DUMC pada 3hb Ogos yang lalu.
Namun, walau apa yang diinginkan pada asalnya melalui isu serbuan Gereja DUMC, tumpuan semua sekarang adalah terhadap MAIS, khususnya Lembaga Zakat Selangor yang dianggap telah gagal memenuhi peranannya secara berkesan. Tiada yang mengesahkan ketidak keberkesanan LZS sejelas tindakan Exco Ugama, Dato’ Dr. Hassan Ali, apabila beliau tampil ke depan untuk menawarkan khidmat khas bagi membantu golongan yang ‘diambang Kristianisasi’. Ini mengesahkan perlunya campur tangan EXCO ugama untuk membenteng akidah orang Islam daripada meminta bantuan atau dibantu oleh pihak gereja. Akan tetapi hanya untuk kes yang melibatkan mereka yang menerima atau ingin menerima bantuan dari Gereja! Bagi yang lain, yang istiqamah dengan pegangan akidah mereka sehingga tidak mendampingi Gereja, mereka terpaksa menikmati ‘kecekapan’ perkhidmatan lama.
PENYELESAIAN DARI PEMIKIRAN BERCELARU
Malangnya, tanpa disedari, tawaran Exco Ugama boleh menyebabkan lebih ramai orang Islam memohon bantuan dari Gereja atau mengugut untuk ke Gereja demi melayakkan diri untuk mendapat perkhidmatan Zakat secara segera! Dalam erti kata yang lain ‘terima kasih Gereja kerana menjadikan LZS semakin cekap!’
Sebenarnya apa yang patut dilakukan Exco Ugama adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan LZS secara menyeluruh tanpa dikaitkan dengan persoalan Gereja. Umat Islam tidak akan ke Gereja sekiranya perkhidmatan LZS cekap, berkesan dan mesra. Ini akan tercapai apabila semua pegawai LZS, termasuk pengarah dan pengurusannya, disedarkan akan amanah yang besar yang ditanggung oleh mereka. Peningkatan kecekapan dan keberkesanan akan hanya tercapai dengan membawa MAIS mendampingi corak pengurusan PR dan bukan sebaliknya. Ini akan hanya berlaku apabila anggota MAIS dirombak sehingga tidak lagi dijadikan kubu kelompok lama. Perlu dimasukkan muka-muka baru, ia itu muka-muka dari kalangan PR yang membawa falsafah ketelusan dan kecekapan serta kebertanggung jawaban.
Pada masa yang sama kekurangan yang wujud seperti kurangnya pusat rawatan penyakit Aids dan HIV yang dikendalikan oleh institusi Islam seperti MAIS, perlu ditangani. Adalah difahamkan NGO Harapan Kommuniti yang menganjurkan program makan malam di dewan DUMC pada malam tersebut merupakan NGO yang memberi sokongan material dan moral kepada mangsa dan keluarga HIV-AIDS. Ramai dari pesakit mereka adalah dari kalangan orang Melayu Islam. Mangsa HIV- AIDS yang sebahagian besar daripada mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam mendapat sokongan rawatan dari mereka kerana tiada atau kurangnya NGO atau pusat sokongan atau rawatam sebegini yang diuruskan orang Islam. Ramai di antara sukarelawan NGO-NGO sebegini bukan dari kalangan orang Islam. Mangsa HIV-AIDS sering dipinggirkan oleh masyarakat dan juga tidak diberi perhatian serius oleh MAIS.
Janganlah kita bersikap hipokrit dengan menolak pesakit-pesakit ini sebagai ‘sampah masyarakat’ tetapi apabila pihak lain membantu mereka dan dengan itu mereka terpikat dengan kasih sayang yang ditunjukkan, maka kita menuduh pihak ini sebagai berniat jahat terhadap umat Islam! Sebaliknya perlu kita sediakan perkhidmatan yang diperlukan sambil berterima kasih atas bantuan yang telah diberikan selama ini.
AGENDA TERSEMBUNYI
Setelah satu bulan berlalu, kita masih tidak dapat melihat penyelesaian isu ini. MAIS berdiam diri dan tidak mengemukakan langkah MAIS seterusnya untuk menghadapi ‘ancaman’ Kristiniasasi ini. Selepas episod ‘pemeriksaan’ DUMC akhbar Melayu perdana termasuk Sinar (yang selama ini boleh dianggap salah satu akhbar yang agak objektif) telah memainkan isu Kristiniasasi yang mengancam akidah umat Islam sehinggakan menimbulkan ketegangan dan marah penganut Kristian dan Islam. Orang politik anti Pakatan pula cuba menggambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat tidak mahu menyebelahi JAIS kerana takut hilang undi Kristian dan bukan Melayu dan kononnya kerana takut kepada DAP. UMNO tidak bersuara secara langsung tetapi NGO-NGO pro UMNO sibuk untuk menunjukkan bantahan terhadap kerajaan negeri. Semuanya menunjukkan keperihatinan terhadap ancaman akidah dan memberi gambaran orang Melayu Islam sedang berbondong-bondong akan murtad. Agenda pihak tertentu jelas untuk mengadu-domba umat Islam dengan Kristian sambil memberikan gambaran bahawa DAP adalah parti Kristian. Dengan itu mereka mengharapkan umat Islam akan bersatu menolak PR dan menyokong UMNO/BN dalam PRU ke 13 yang menjelang tiba.
Maka tidak khairanlah bantuan dari Gereja disifatkan sebagai ‘perangkap’ dan ancaman terbesar terhadap akidah umat Islam adalah Kristianisasi. Gendang dipalu mengikut apa yang diinginkan UMNO/BN. Hakikatnya, sekiranya ianya ‘perangkap’ sekalipun, maka LZS adalah pihak yang mendorong umat Islam memasukinya atas sebab ketidak-kecekapannya. Hakikat ini diakui oleh Exco Ugama sendiri melalui tindakannya.
Pada masa yang sama, adalah merupakan satu hakikat juga bahawa lebih ramai dikalangan umat Islam diancam penyakit kejahilan dan ketidak-taatan kepada ajaran Islam serta fahaman sekular dan perkauman yang turut boleh menyebabkan gugurnya syahadah mereka. Ancaman terhadap ummat Islam hasil dari fahaman-fahaman ini yang diperjuangkan UMNO/BN adalah lebih dahsyat dan lebih merbahaya kerana ianya boleh menyebabkan umat Islam memperlekehkan undang-undang Islam. Ini boleh membawa kepada kekufuran tanpa disedari.
KESIMPULAN
Sebagai rakyat Malaysia kita ingin melihat rakyat bersatu atas dasar saling hormat menghormati hak masing-masing. Kita ingin melihat wujudnya masyarakat yang bersifat saling berkasih sayang di mana semua pihak saling membantu satu sama lain dengan ikhlas tanpa mengira kaum ataupun ugama. Sifat saling bantu membantu perlu digalakkan bukan dihalang. Dari segi keikhlasan bantuan dan samada adanya udang disebalik batu, kita serahkan kepada Allah untuk menzahirkan. Sekiranya ianya wujud, di mana bantuan hanya diberi atas syarat meninggalkan ugama sendiri, maka Allah pasti akan dedahkannya. Dengan itu pihak yang mengambil kesempatan dan mengamalkan rasuah ugama ini boleh didakwa dan dihukum selayaknya.
Selagimana tiada bukti akan kelakuan sedemikian rupa, maka apa jua bantuan terhadap golongan miskin walau dari mana golongan sekalipun, amat sangat dihargai.
“Dan sekiranya mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglah kamu juga kepadanya dan bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”
(Al-Anfal 61).
Dr Siti Mariah Mahmud @ harakah daily dibaca pada 06 september 2011

Mat Sabu Punca… Pas Kelantan Cabar…. Biar KJ Lawan Mat Sabu*****(jgn pecah org melayu sudah la yer)
KUALA LUMPUR, 6 Sept - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau hanya mahu berdebat dengan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu kerana Mat Sabulah punca kontroversi mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.
Selain itu tegasnya cabaran debat dengan Mat Sabu ini juga adalah jemputan asal dari kerajaan Pas Kelantan.
“So, saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia”, katanya menerusi mesej di laman sosial twitternya di sini, hari ini.
Mengenai tawaran Pas untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Pas, Nasharuddin Tantawi dan Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad pula, beliau berkata sudah pun berdebat dan berforum dengan kedua-dua pemimpin tersebut.
“Kali ini saya hanya mahu debat dengan Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari Kerajaan Pas Kelantan”, katanya.
Jelasnya beliau dimaklumkan bahawa Pas Pusat tidak benarkan Mat Sabu berdebat dengannya tetapi menawarkan Khalid Samad.
“..sekarang Mat Sabu tolak ke Pemuda Pas Johor, Pemuda Pas pusat pun hantar surat debat saya dan YB Khalid Samad ditawarkan. Tiga offers!.
“Tapi bagi saya yang penting Mat Sabu sebab dia punca kepada kontroversi hari ini. Mereka nak tawar org lain tak pa, tapi asal KJ vs Mat Sabu. Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu oleh Kerajaan Kelantan. Jadi, saya anggap tiada debat akan berlaku sebab original offer itu ditarik balik oleh Pas sendiri”, ujarnya.
Semalam Khairy menyifatkan Mat Sabu sebagai bacul dan tiada maruah apabila enggan berdebat dengannya walaupun sebelum ini Khairy dicabar untuk berdebat dengan Mat Sabu berhubung kenyataan Mat Sabu mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.
“Yang pasti saya sedar hari ini Pas pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah dan tewas sebelum tempur”, katanya. -MediaUMNO
Berita Bertarikh 6 September 2011 Pada 7:52 PM @ umno online

Subscribe to:
Posts (Atom)