bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Friday, 13 January 2012

Wanita ditemui mati dibunuh

KUANTAN: Seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu ditemui mati dibunuh di rumahnya di Kg Chemang, Lipis.

Mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui berlumuran darah di ruang dapur rumahnya dengan beberapa kesan tikaman di badan serta kesan kelar di leher.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa ditemui suaminya kira-kira 5.40 petang semalam ketika ia pulang ke rumah.

"Hasil bedah siasat, mangsa didapati tidak dirogol atau disamun," kata Abdul Razak ketika dihubungi di sini hari ini.

disunting dari mymetro @ disiarkan pada 13 Januari 2012

banjir oh air




AZHAR Osman, 50, mendukung anaknya Mohd Haikal Osman, 11, meredah banjir di Kg Gudang Rasau, Kuantan. Foto: Luqman Hakim Zubir (13/01/2012)
d

409 mangsa banjir di Kuantan dan Pekan dipindahkan

KUANTAN:Sejumlah 409 orang daripada 113 keluarga di daerah Kuantan dan Pekan dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 246 orang daripada 65 keluarga dari Kampung Cenderawasih Sungai Miang dan mereka ditempatkan di Sekolah Sinar Mutiara, Pekan.

"Selebihnya melibatkan lima penempatan di daerah Kuantan iaitu di Batu 6 Jalan Gambang, Kampung Cendering, Kampung Seri Damai, Kampung Jaya Gading dan Kampung Paya Pancing," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua 163 orang daripada 48 keluarga yang terjejas akibat banjir itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Panching, Dewan Orang Ramai Seri Damai dan Sekolah Menengah Pandan.

Sementara itu, dua jalan utama iaitu km30 dan km36 Jalan Kuantan-Sungai Lembing serta Jambatan Kampung Sungai Kolek, Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan selepas digenangi air setinggi 1 meter. - Bernama

disunting dari harian metro @disiarkan pada 12 Januari 2012

Kedutaan Amerika ditutup Isnin

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada Isnin ini sempena cuti memperingati ulang tahun hari kelahiran mendiang Dr Martin Luther King Jr, pejuang hak asasi manusia negara itu yang mati dibunuh 44 tahun lalu.

Semua perkhidmatan di kedutaan itu, termasuk yang melibatkan pengeluaran visa dan pasport, akan disambung semula pada Selasa, demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Kedutaan itu boleh dihubungi menerusi telefon 03-21685000 untuk kes-kes kecemasan.

King, yang terkenal dengan kata-katanya "I Have A Dream", menerima Hadiah Nobel Keamanan pada 1964, dibunuh pada April 1968 di Memphis, Tennessee. - Bernama

disunting dari metro harian @ disiarkan pada 12 Januari 2011