bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Monday, 22 August 2011

Saya tidak minta maaf, jumpa di mahkamah - Mustafa

MAKKAH, 22 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan segala bukti penglibatan Umno di belakang isu pemeriksaan Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama apabila beliau di saman oleh Umno nanti.

Sehubungan itu, beliau tidak bercadang untuk meminta maaf kepada Umno dan akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti, kata Mustafa yang bercakap dengan Harakahdaily dari Makkah.

"Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," kata Mustafa.

Mustafa yang sedang menunaikan umrah sehingga Aidil Fitri ini didesak memohon maaf oleh Umno ekoran dakwaannya bahawa Umno terlibat di belakang Jais dalam pemeriksaannya ke atas gereja itu.

Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa Ali berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

“Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta.

“Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri,” kata Mohd Zin pada sidang media di sini.

Menurut Mustafa, pada asalnya beliau bercadang untuk memberikan bukti yang beliau ada kepada Pengarah Jais, namun oleh kerana Jais tidak mahu bertemu dengan PAS, maka bukti itu akan diserahkannya kepada mahkamah nanti.

PAS telah mengambil keputusan bertemu dengan Jais dan GMDU sebelum mengambil sebarang pendirian berhubung dengan isu pemeriksaan Jais ke atas GMDU itu.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ekoran itu, PAS telah menghantar surat kepada kedua-duanya.

Jais dari awal lagi menolak permohonan PAS untuk bertemu dengan pihaknya dengan alasan nasihat Baginda Sultan Selangor.

GMDU pada awalnya bersedia untuk bertemu pada 16 Ogos lalu namun membatalkannya sehari sebelum itu dengan alasan isu ini sudah terlalu panas.

Mustafa pula dalam sidang medianya di Kuala Terengganu telah meminta para ahli dan pemimpin PAS tidak terperangkap dalam isu itu kerana beliau mempunyai bukti Umno terlibat di belakang tindakan Jais itu.

Harakahdaily @ 22 Ogos 2011

Isu Rumah Kos Rendah : Guan Eng Tiba-tiba Jadi Orang Bisu

GEORGE TOWN, 22 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar tidak menjadi pelakon bisu sebaliknya segera menunjukkan di manakah rumah kos rendah yang didakwanya telah dibina di negeri tersebut.

Tegasnya tindakan membisu Guan Eng hanya akan mengesahkan dirinya sebagai pemimpin yang sentiasa berbohong kepada rakyat.

Guan Eng sebelum ini lantang menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.

Sebaliknya Guan Eng mendakwa telah membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.

Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina.

“Kalau dah buat rumah tersebut mesti ada…kalau ada di mana? Ramai dah cabar Guan Eng tunjuk rumah tersebut tapi sampai sekarang Guan Eng tak tunjuk.

“Mungkin Guan Eng cuba cari rumah itu tapi tersesat tak jumpa sebab itu sampai sekarang dia tutup mulut”, kata Shaik Hussein secara sinis.

Beliau seterusnya berkata tindakan Guan Eng yang terus menyembunyikan kepala itu membuktikan bahawa bukan dirinya saja pemimpin yang tidak bertanggungjawab malah konsep Telus, Akauntabiliti dan Bersih yang kononnya diamalkan pentadbirannya tidak lebih sekadar satu retorik kosong semata-mata”, ujarnya.

Sebelum ini, ekoran daripada desakan UMNO Pulau Pinang mengenai isu pembinaan rumah kos rendah, Guan Eng telah mengadakan sidang akhbar dan menunjukkan bukti bahawa dia telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah namun tidak memberitahu di manakah projek tersebut dilulus dan dibina.

Sehingga kini, selama tiga tahun memerintah negeri tersebut, kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat gagal membela nasib rakyat termasuklah di dalam isu rumah kos rendah ini. -MediaUMNO



Berita Bertarikh 22 August 2011 Pada 5:11 PM








Sunday, 21 August 2011

Kaji mansuh 1 tol

HULU LANGAT: Keluh kesah penduduk di sini dan sekitarnya dibebani dua tol di jajaran Lebuhraya Cheras-Kajang kendalian syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kunjungannya ke kawasan kejiranan berkenaan semalam, Najib memberitahu akan mengarah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengkaji kemungkinan memansuhkan satu daripada dua tol itu berikutan membebankan penduduk.


Katanya, tuntutan itu walaupun disuarakan secara terbuka menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz, beliau tidak boleh membuat sebarang pengumuman terus tanpa melalui kajian menyeluruh.

“Sebabkan ini ada implikasi kewangan yang besar saya tidak boleh umum (buat keputusan terus)...kalau terus umum mungkin boleh dapat tepukan hebat (rakyat di sini) barangkali (boleh) runtuh khemah ini.


“Tapi sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya perlu mengkaji dulu perkara ini sedalamnya...tunggulah apabila masa sesuai nanti, akan kita umumkan.


“Apapun, saya akan arahkan Menteri Kerja Raya (Shaziman) kaji perkara ini dan bawa ke jemaah menteri untuk dikaji selanjutnya jika boleh kita tangani mengenai masalah tol,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat Selangor di Dataran Usahawan dan Masjid Hishamuddin Alam Shah Batu 14, di sini, semalam.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Johan yang juga Ketua Umno Hulu Langat.

Johan ketika berucap menyuarakan beberapa permintaan penduduk yang mahu masalah kesesakan diatasi termasuk isu dua tol di kawasan berkenaan dalam jarak dua kilometer dengan kadar tol sekitar RM2.00.


Beliau juga meminta kerajaan mempertimbangkan menaik taraf Hospital Kajang berusia lebih 100 tahun yang tidak mampu lagi menampung kepadatan penduduk mencecah 1.2 juta orang.


Menjawab itu, Najib berkata, kerajaan akan sentiasa dan terus berusaha melakukan yang terbaik bagi memberi keselesaan serta kesenangan kepada rakyat keseluruhannya.


Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan warga emas selain penyampaian komputer riba 1Malaysia serta menyempurnakan pelancaran Dataran Usahawan.


Najib turut solat Isyak dan Tarawih di Masjid Jamek Kampung Pasir Baru, Semenyih, dekat sini.


Maiamalina Mohamed Amin @ mymetro / 22 Ogos 2011

Tren langgar gajah

KUALA KRAI: Kira-kira 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu tren terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut sebelum terpaksa melanggar ibu dan anak gajah terbabit yang dilihat sedang melintasi landasan berkenaan.


Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Fazil Ismail berkata, situasi mencemaskan itu menyebabkan perjalanan tren terbabit tergendala kira-kira enam jam sebelum meneruskan perjalanan kira-kira jam 4.30 pagi sebaik koc digantikan dengan yang lain.

“Kejadian berlaku ketika tren KTM berada antara Bukit Abu ke Manek Urai. Ketika itu, dua ekor gajah berkenaan dilihat sedang melintas jalan menyebabkan tindakan memberhentikan kenderaan terpaksa dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini.


“Meskipun pemandu lokomotif sudah membunyikan hon, tetapi berikutan jarak terlalu hampir menyebabkan berlaku rempuhan sebelum kedua-dua gajah terbabit maut, termasuk anak gajah terbabit tersepit di bawah koc, manakala ibunya pula tercampak ke dalam gaung,” katanya ketika di temui di lokasi kejadian, semalam.


Katanya, berikutan kejadian itu, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat lokomotif dari Tumpat untuk membawa keluar tren berkenaan ke Kuala Krai, sebelum perjalanan diteruskan.

“Kami terpaksa menggunakan khidmat jengkaut untuk mengeluarkan anak gajah terbabit selepas tersepit di bawah lokomotif selepas terseret kira-kira 700 meter menyebabkan lokomotif berkenaan mengalami kerosakan sebelum ditunda ke Kuala Krai.


“Sebaik tiba di stesen terbabit, perjalanan kemudian diteruskan seperti biasa, manakala kejadian berkenaan tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada penumpang,” katanya.

Penduduk Kampung Slow Pak Long, Norzawawi Mohd Nor, 37, berkata kemalangan membabitkan dua ekor gajah itu diketahui kira-kira jam 9 pagi sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar.

Ramly Ibrahim @ mymetro / 22 Ogos 2011

Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah

KOTA BHARU, 21 Ogos: Setiap kali tiba 17 Ramadan umat Islam di seluruh dunia diingatkan peristiwa Nuzul al Quran, turunnya kitab suci kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tidak terkecuali juga di Malaysia, malah dijadikan cuti umum di kebanyakan negeri.

Biar pun lebih 1400 tahun al Quran diturunkan sebagai panduan bagi kehidupan manusia, malangnya di negara kita ia hanya sekadar dimusabaqahkan saban tahun.

“Musabaqah yang dianjurkan kerajaan sekadar untuk berlagu sahaja. Musabaqah hendak amalkan ajaran al Quran tidak ada,” kata pendakwah terkenal, Datuk Zawawi Yusof.

Menurutnya kesilapan yang berlaku itu berterusan sehingga ke hari ini.

Berlainan di Kelantan apabila kerajaan negeri bersungguh-sungguh mahu amalkan ajaran yang terkandung dalam al Quran.

Berbicara pada program Nuzul al Quran anjuran kerajaan negeri di Qaryah Ramadan baru-baru ini katanya juga, umat Islam sekarang lebih suka berbicara perkara-perkara yang kecil seperti memperdengarkan bacaan al Quran melalui pembesar suara sebelum solat Subuh.

“Sedangkan tuntutan yang lebih besar iaitu kewajiban melaksanakan Hudud dibiarkan. Sikap umat Islam sekarang perkara yang betul tidak dibuat secara betul-betul.

”Sebaliknya perkara tidak betul dibuat secara betul-betul (bersungguh-sungguh). Contohnya banyak berlaku dalam masyarakat sekarang,” ujarnya.

Hujah kepentingan penghayatan al Quran dalam kehidupan manusia dipertegaskan lagi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan mengatakan al Quran bukan sekadar untuk dibaca, sebaliknya diamalkan dalam kehidupan manusia.

”Manakala bagi mereka yang membaca al Quran hendaklah meningkatkan lagi darjah dengan belajar memahami dan mengamalkan segala ajaran yang terkandung dalam al Quran,” katanya.

Sementara itu pada program pengkisahan Badar Qubra di lokasi sama malam tadi Speekar Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, mereka yang melawan perjuangan Islam melakukan pelbagai cara dan muslihat.

”Kalau kita baca sirah di mana tentera kafir Quraisy menggunakan khidmat penyanyi-penyanyi wanita bagi membangkitkan semangat perajurit ketika berperang dengan tentera Islam di Badar.

”Maka tidak hairanlah apa yag berlaku pada zaman Abu Jahal turut berulang sekarang apabila artis wanita digunakan bagi mengganggu ceramah-ceramah PAS,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Fauzi Mat dan wakil Palestin, Dr Asyraf Abu Mahadi.

M Faqih@ harakah daily / 21 Ogos 2011

Akhbar Kompas Mohon Maaf Kepada Najib Dan Keluarga

JAKARTA, 21 Ogos – Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

“Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

“Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

“Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.

“Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).

“Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa,” Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana Menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.

Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistem yang telah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.

“Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat,” kata Najib.

Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri tentang perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas.

“Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat,” Najib menjelaskan.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri berkata rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.

Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.

“Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global – hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.

“Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat,” kata Najib.

Berita Bertarikh 21 August 2011 Pada 7:11 PM






Friday, 19 August 2011

Tindakan ganas Syria terhadap rakyat dikecam

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Kerajaan Syria di bawah pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dituntut agar melaksanakan perubahan-perubahan demokratik yang bermakna dan menghentikan tindakan keras terhadap pihak yang menuntut perubahan di negara itu.

Di antara perubahan yang dituntut oleh rakyat Syria ialah kebebasan berpolitik, bersuara dan memilih pemimpin sama ada melalui pilihanraya demokrasi atau berperlembagaan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, Syria telah dikuasai oeh satu keluarga dan satu parti sejak 40 tahun lalu dan kini sudah tiba masanya perubahan struktur pemerintahan dan budaya politik baru diperkenalkan di Syria, sesuai dengan semangat zaman ini yang menuntut perubahan.

Pengerusi Lajnah Antarabangsanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, oleh itu, Dewan Pemuda PAS menyertai masyarakat antarabangsa mengecam keganasan pasukan keselamatan Syria terhadap orang awam dan rakyat yang sedang menuntut perubahan demokratik di negara itu.

Menurut beliau, tindakan Kerajaan Syria melalui pasukan tentera yang telah membunuh rakyatnya secara rambang bagi mempertahankan kerajaan sedia ada dengan cara yang tidak munasabah amat dikesali.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat dilaporkan, tentera Syria telah bertindak ganas seperti menggunakan kereta kebal dan senjata berat menyerang tempat-tempat awam seperti masjid, sekolah, pejabat serta kawasan perniagaan.

"Tindakan terdesak Kerajaan Syria yang sanggup menyerang masjid-masjid di Damsyik sangat mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia," katanya seperti yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada kedutaan Syria, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menerusi memorandum tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat juga menuntut masyarakat dunia agar menyedari kepentingan politik kuasa-kuasa tertentu yang kelihatan mahu melemahkan Syria disebabkan peranannya sebagai penyokong gerakan-gerakan Islam yang dimusuhi Zionis.

Dunia Islam digesa mengambil sikap sewajarnya dalam hal ini dan tidak bertindak secara terpilih, setelah dunia dipertontonkan sikap 'double standard' pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani permasalahan yang mengaitkan kumpulan-kumpulan Islam dengan perkara yang ekstrem dan ganas.

Dewan Pemuda PAS berharap agar Syria tidak dijadikan Libya kedua yang ditangani secara keras dan bertentangan dengan norma-norma antarabangsa di sebabkan kepentingan politik kuasa-kuasa besar yang dilihat mempunyai kepentingan tertentu dalam hala tuju demokrasi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat dan diterima oleh pegawai bahagian pentadbiran kedutaan Syria, Latt Zaifizzul Mansor untuk dipanjangkan kepada duta Syria di Malaysia.

Selain Raja Ahmad dan Nik Abduh, antara kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat lain yang turut hadir termasuk Redzuan Mohd Noor, bersama beberapa orang kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan yang antara lain termasuklah Ketua Penerangannya, Mohd Nasaie Ismail.

Sebelum itu, mereka bersama puluhan orang pemuda PAS telah mengadakan perarakan dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Syria untuk menyerahkan memorandum tersebut sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Aziz Muda/ harakah daily @ 19 Ogos 2011

JK Khas Parlimen: PAS buat cadangan balas

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) membuat cadangan balas agar Jawatankuasa Khas Pilihanraya dibentuk bagi mengkaji sistem pilihan raya negara agar ia diterima dan diyakini oleh rakyat.

Cadangan ini dibuat beliau untuk memberikan keyakinan kepada rakyat berbanding Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang untuk membaikpulih sistem pilihanraya yang ada yang dianggap tidak bersih dan adil.

“Bayangkan lebih separuh daripada anggota dan ketua jawatankuasa ini terdiri daripada manusia-manusia yang merasakan sistem pilihanraya negara ini selama 54 tahun yang lepas adalah bersih, adil dan bebas, apa yang boleh rakyat harapkan daripada jawatankuasa khas ini?”

Tuan Ibrahim membuat cadangan ini sebagai reaksi terhadap pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya akan diketuai oleh seorang menteri, lima ahli parlimen BN, tiga dari PR dan seorang ahli bebas.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa tidak dinafikan rata-rata rakyat harapkan jawatankuasa ini akan berjaya mengemukakan satu cadangan konkrit bagi membentuk satu sistem pilihanraya yang bersih dan adil, tapi sebelum itu jawatankuasa ini mestilah ditubuhkan secara seimbang dan adil supaya tidak didominasi mana-mana pihak, pihak pemerintah mahupun pembangkang.

“Tanpa penglibatan secara terus Bersih 2.0, ia berupa penghinaan terbaru Nazri terhadap Bersih 2.0, apabila beliau menyoal secara angkuh, “Siapa Bersih?” – susah untuk rakyat untuk menerima bahawa penubuhan jawatankuasa ini sebagai satu tindakan ikhlas daripada Barisan Nasional untuk memulihkan semula sistem pilihanraya negara yang tempang ini

"Sebab itulah, satu perubahan terhadap penubuhan jawatankuasa khas parlimen ini harus dibuat agar semua pihak boleh berpuas hati dengan keputusan kajiannya nanti,” kata beliau.

Oleh sedemikian, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mencadangkan agar jawatankuasa khas parlimen ini diubah dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Reformasi Pilihanraya bagi memberi ruang keanggotaannya lebih terbuka dengan penyertaan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam sistem demokrasi berparlimen ini.

“Dicadangkan supaya jawatankuasa yang ditubuhkan ini bukanlah berbentuk jawatankuasa khas parlimen, kerana dalam bentuk ini, ianya akan menyekat keanggotaan pihak lain, seperti Bersih 2.0 dan rakyat biasa yang juga penting dalam proses pembaikan ini,” terang beliau.

Dengan melebarkan sayap jawatankuasa ini, kata beliau, maka keanggotaannya lebih terbuka bukan hanya kepada parti- parti politik bahkan ianya boleh disertai bersama oleh badan-badan NGO, Majlis Peguam, dan beberapa individu yang mewakili rakyat biasa yang difikirkan sesuai dan layak.

“Perkara yang paling penting dalam penubuhan jawatankuasa khas ini ialah badan ini mestilah diyakini mampu membuat perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih bersih dan adil. Sekiranya ia gagal meyakinkan masyarakat, maka ianya tiada makna ditubuhkan jawatankuasa sedemikian,” tegas beliau.

Di samping itu, Tuan Ibrahim juga mencadangkan agar keanggotaan jawatankuasa ini dirombak menjadi 12 orang, dengan 3 ahli parti pemerintah, 3 ahli daripada pembangkang, 3 ahli NGO, satu wakil SPR dan satu wakil JPN dan pengerusi yang dilantik oleh jawatankuasa terbabit mestilah seseorang yang diterima baik dan diyakini oleh semua lapisan rakyat sebagai seorang yang adil dan tegas dalam isu reformasi pilihanraya, seperti wakil dari Bersih 2.0 dan juga Suhakam.

“Jawatankuasa ini mestilah diberi tempoh segera, sekurang-kurangnya tiga ke enam bulan bagi menyiapkan cadangan untuk dibahas dan diluluskan di peringkat parlimen. Fokus utama jawatankuasa ini ialah mewujudkan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di negara ini,” tambah beliau.

Menyatakan bahawa kredibiliti SPR dan JPN kini berada pada tahap yang amat meragukan dan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sebagai menghormati hak pengundi-pengundi yang berdaulat, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya pilihanraya umum tidak perlu dilaksanakan selagi penambahbaikan sistem pilihanraya ini belum dipulihkan.

Harakahdaily @ 19 ogos 2011

Thursday, 18 August 2011

Mahkamah Rayuan Putuskan Kerusi Kota Siputeh Tidak Kosong

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kota Siputeh tidak kosong dan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional masih wakil rakyatnya.

Panel tiga Hakim terdiri Datuk Ramly Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Aziah Ali, sebulat suara membenarkan rayuan oleh Abu Hassan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kerusi itu kosong dengan alasan Abu Hassan tidak menghadiri dua mesyuarat dewan pada 2009.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail kemudian membuat permohonan lisan supaya keputusan hari ini ditangguhkan bagi membolehkan beliau membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan tetapi ianya ditolak.

Sebaliknya beliau diminta membuat permohanan penangguhan pelaksanaan hukuman itu secara rasmi.

Mahkamah juga menolak rayuan balas Abdul Isa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan beliau mendapatkan writ quo warranto bagi meminta Abu Hassan membuktikan kenapa beliau berhak menjadi Anggota Dewan UndanganNegeri kawasan Kota Seputeh.

Mahkamah juga memerintahkan agar Abu Hassan dibayar kos RM5,000. SPR tidak memohon sebarang kos.

Pada 16 Nov 2009, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin (kini Hakim Mahkamah Rayuan), membenarkan permohonan Abdul Isa untuk mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi wakil rakyat bagi kerusi berkenaan selain memerintahkan SPR mengadakan satu pilihan raya kecil.

Pada 24 Nov 2009, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan SPR menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi supaya satu pilihan raya kecil diadakan, sehingga rayuan itu didengar hari ini.

Abdul Isa mengemukakan permohonan bagi semakan kehakiman pada 1 Okt 2009, selepas SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan menetapkan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Seputeh dan bahawa Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Dalam permohonannya, Abdul Isa berkata Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat dewan berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos 2009 tanpa kebenaran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Dalam prosiding rayuan hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili SPR, membangkitkan takrif “dua mesyuarat berturut-turut”.

Katanya kedua-dua mesyuarat yang Abu Hassan tidak hadir bukannya “mesyuarat berturut-turut” berdasarkan Perlembagaan Kedah memandangkan dua mesyuarat itu diadakan pada sesi persidangan dewan yang berbeza.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Abu Hassan, berhujah bahawa anak guamannya itu tidak sihat dan telah diberi cuti sakit untuk dua hari.

Katanya Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah telah berlaku tidak adil terhadap Abu Hassan kerana tidak menerima mahupun menolak surat penjelasan daripada Abu Hassan.

Beliau mempersoalkan kepantasan dan cara Speaker itu mahu diadakan satu pilihan raya kecil.

Sulaiman Abdullah, peguam yang mewakili Abdul Isa, pula berhujah bahawa Speaker itu bertindak betul dalam mengisytiharkan kerusi itu kosong kerana beliau tidak memberikan cuti kepada Abu Hassan.

Di luar mahkamah, Hafarizam yang juga penasihat undang-undang UMNO, berkata beliau bersyukur dengan keputusan hari ini memandangkan Abu Hassan tidak dibayar elaun wakil rakyat sejak 2009.

“Ia satu kemenangan buat UMNO dan BN,” katanya. Abu Hassan turut hadir pada prosiding hari ini.

Berita Bertarikh 18 August 2011 Pada 5:13 PM @ umno online

Qazaf: Anwar mohon lucut peguam Zainul Rijal

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan melucutkan peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili kerajaan dan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam saman qazafnya.

Pemohonan itu dibuat melalui peguam yang mewakilinya, Kamar Ainiah Kamaruzaman di Mahakamah Syariah pagi tadi.

Zainul adalah peguam mewakili tiga pihak yang disaman Anwar kerana didakwa mempengaruhi keputusan keengganan Jawi meneruskan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah ketua jabatan pendakwaan JAWI, Shamsuddin Hussain, pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan Shamsuddin mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.

Kes yang difailkan pada 2008 itu kini menjangkau lebih daripada tiga tahun tertangguh.

Dalam reaksinya, Anwar yang turut hadir di mahkamah bersama isteri hari ini berkata, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kes itu tertangguh.

Malah menurutnya, Zainul dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil.

"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita.

Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu.

Sementara itu, peguam Kamar Ainiah berkata tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie.

Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden.

“Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie.

"Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah," katanya.


Harakahdaily @ 18 Ogos 2011

'Saya dedah paderi Melayu, saya kena ISA'

TEMERLOH, 18 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ N berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.

Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Sederap Menjana Kemenangan’.

Mohamad Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu bahawa hakikatnya Umno bukan pembela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan main sentimen Melayu.

Mengenai pilihan raya, beliau berkata Pahang merupakan negeri penting kerana mempunyai banyak kawasan Felda tetapi berpotensi untuk menang jika bekerja kuat mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung.

“Umno/BN diselamatkan di seluruh negara dengan 45 kerusi parlimen yang mempunyai undi Felda, 25 kerusi undi pos jadi mereka hanya perlu 50 kerusi lagi untuk terus berkuasa.

“Tetapi jika undi di seluruh Pahang mengalami swing sebanyak 5 peratus sahaja saya kita Pakatan Rakyat sudah banyak kerusi yang menang,” jelasnya.

Selanjutnya beliau memberitahu, fokus jentera PAS ialah merampas undi Melayu daripada Umno justeru peserta yang hadir mempunyai peranan besar untuk mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung dengan memberi penerangan PAS bersedia ganti Umno.

Tambahnya, di beberapa tempat Umno telah meletakkan banner ‘Umno kalah DAP menang’ bagi menakutkan pengudi Melayu untuk berubah.

Mengenai electroral reform yang dicanangkan oleh Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dibentangkan di parlimen, beliau berkata tindakan tersebut berlaku setelah pemimpin Jerman yang akan datang lawat Malaysia telah menegur sistem pilihan raya negara ini ditambah lagi dengan asakan rakyat yang mahukan keadilan.

Khairil Abdul Rahim @ harakah daily/18 Ogos 2011

Wednesday, 17 August 2011

Ibu pejabat DAP Pulau Pinang dibakar

PULAU PINANG, 18 Ogos: Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan, lapor Malaysiakini.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

"Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

Harakahdaily @ 18 Ogos 2011

Setelah 54 Tahun Mengapa Baru Sekarang Bacaan Al Quran Dikatakan Mengganggu??

SEPANG, 18 Ogos Mengapa hari ini baru mempertikaikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang?.

Jika alasan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) yang memutuskan semua surau dan masjid di Pulau Pinang tidak dibenarkan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Qur’an menggunakan pembesar suara atas alasan ‘menganggu ketenteraman masyarakat sekitar yang sedang tidur di waktu Subuh’, adakah selama 54 tahun kita merdeka, baru sekarang ia menganggu ketenteraman awam.

Demikian persoalan yang dilontarkan Pengerusi Pertubuhan For Justice, Anuar Basiran yang hairan dengan keputusan terkini, namun percaya keputusan ini ada kaitan dengan pengaruh dan kuasa kerajaan negeri yang berpaksikan keputusan parti DAP yang rasis.

“Apa nak hairan kalau satu masa nanti, arahan sebegini akan menular ke negeri-negeri yang di bawah pemerintahan parti pembangkang lain. Mungkin juga arahan agar melarang Azan menggunakan pembesar suara akan dibuat oleh pihak-pihak ini.

“Kita juga hairan dengan sikap Pas yang nampaknya tidak konsisten dalam menyuarakan pendirian berhubung perkara ini,” ujarnya.

Namun pada masa yang sama, Anuar turut memuji dan bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Harun Taib baru-baru ini yang menegaskan bahawa Al-Quran mesti disampaikan kepada semua manusia tanpa tunduk kepada apa sahaja bentuk halangan.

“Nampaknya pandangan Harun bertentangan dengan pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong cadangan agar dihapuskan bacaan Al-Quran sebelum azan subuh jika mengganggu tidur orang lain dalam isu itu di Pulau Pinang.

“Kami juga berharap agar Nik Aziz tidak terlalu menjaga hati ‘sahabatnya’ dalam DAP dan terlalu menjaga undi ‘bukan Melayu’ semata-mata untuk mengekalkan kuasa yang mereka ada, sehingga terpaksa `menjual atau mempergadaikan’ Islam yang selama ini menjadi perjuangan mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Berita Bertarikh 18 August 2011 Pada 1:53 PM





Bogel: Siasat dakwaan wanita PSM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mendesak Menteri Dalam Negeri mengarahkan Ketua Polis Negara menyiasat dakwaan tiga wanita parti Sosialis Malaysia (PSM) bahawa mereka diperlakukan tidak sopan sewaktu dalam tahanan polis di Pulau Pinang Jun lalu.

Ketua Penerangan, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, insiden sedemikian tidak seharusnya berlaku khususnya selepas Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Polis (IPCMC) menegaskan bahawa tindakan membogelkan orang kena tahan (OKT) adalah salah dan wajar dihentikan serta merta.

"Muslimat PAS mendesak Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn selaku Menteri yang bertanggungjawab segera mengarahkan Ketua Polis Negara menjalankan siasatan ke atas dakwaan ini dan wajib mengambil tindakan lebih tegas kepada semua anggota Polis yang terlibat dalam kejadian tidak bermoral, biadab, tidak menghormati martabat insan, membelakangi syor-syor IPCMC hatta sangat tidak Islamik ini," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tiga wanita terbabit, G Packialetchumy, P Indra dan P Jody yang ditahan bersama lebih kurang 28 orang yang lain pada 25 Jun lalu di Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang sewaktu menyertai program jelajah parti itu.

Sewaktu di dalam lokap, mereka dipaksa menanggalkan pakaian dan berbogel di hadapan anggota polis wanita dan juga anggota polis lelaki.

Aiman berkata, tindakan tersebut jelas menjatuhkan maruah manusia dan memburukkan imej serta mencemar kecantikan Islam di mata rakyat apatah lagi majoriti Menteri Kabinet, pimpinan-pimpinan tertinggi Polis dan anggota polis itu sendiri adalah beragama Islam.

"Hatta, pentadbiran BN sendiri telah dengan bangganya mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam namun budaya kerja anggota polis yang terbabit ini sangat jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Justeru DMPP mendesak Hishammuddin dan Tan Sri Ismail Omar segera mengemukakan permohonan maaf kepada seluruh Wanita Malaysia atas kebiadapan anggota dan kakitangannya.

Sekiranya mereka tidak berbuat demikian , DMPP bersama badan bukan kerajaan (NGO) wanita tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan satu Himpunan Wanita bagi menuntut agar kerajaan menghormati maruah seluruh kaum ibu yang ada di negara ini.

"Isu membogelkan tahanan dan menanggalkan pakaian tahanan secara paksa adalah kejadian yang sering berulang. Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sewajarnya berasa malu kerana ternyata gagal memastikan kakitangan dan anggota mereka daripada melakukan tindakan terkutuk seperti ini.

"Ini termasuk juga tindakan kekerasan seperti memukul dan menendang tahanan. Apatah lagi yang terlibat ini ternyata bukan penjenayah, tetapi lebih bersifat ”tahanan politik”, lantaran mereka berbeza parti daripada pemerintah iaitu Barisan Nasional.

"Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara wajar menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah seperti ini dan seterusnya memastikan agar ianya sama sekali tidak akan berulang.

"Hukuman lebih berat wajar dipertimbangkan terhadap anggota-anggota polis yang terlibat melakukan kesalahan ini termasuk kemungkinan hukuman seperti ”Qisas” (balas balik – bogelkan pula anggota polis yang terlibat) agar mereka belajar memahami apakah maknanya menghormati martabat insan itu," tegasnya.

Semalam tiga wanita terbabit diiringi pimpinan parti menyerahkan memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengadu mengenai perkara tersebut.

Harakahdaily @18 Ogos 2011

Tuesday, 16 August 2011

Dana Kutipan Asyraf Didermakan Semula Kepada Mangsa Rusuhan Lain

LONDON, 16 Ogos - Pelajar Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera diserang dan disamun oleh sekumpulan belia di London awal minggu lalu akan menyalurkan wang kutipan untuknya daripada orang ramai kepada mangsa lain yang terjejas akibat rusuhan di London baru-baru ini.

Bagaimanapun, Asyraf berkata, buat masa ini dia belum pasti siapa akan diberikan sumbangan itu.

Bapanya Rossli Harun yang tiba bersama isteri dan anak bongsunya di London pada Isnin turut menyokong tindakan Asyraf itu.

“Matlamat saya satu saja iaitu untuk melihat Asyraf belajar sampai habis. Biarlah dia terikat dengan Mara. Mengenai derma itu, saya rasa tidak perlu bagi kepadanya sebab dia ditanggung sepenuhnya oleh Mara,” katanya.

Rossli menambah, “dia datang ke sini bukan untuk mencari dana tetapi untuk belajar.”

“Walaupun hidup kami sederhana, saya mahu lihat anak saya berjaya. Dana itu berilah kepada orang yang lebih perlu,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Datuk Zakaria Sulong di London, pada Isnin.

Pada majlis itu, Zakaria juga menyampaikan salinan surat daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian yang menimpa Asyraf.

Lelaki yang menyerang dan menyamun telah dihadapkan di mahkamah London hujung minggu lalu.

Turut diserahkan kepada Asyraf ialah surat Perdana Menteri Britain, David Cameron yang menyuarakan rasa simpati beliau serta rasa malunya terhadap kejadian yang berlaku.

Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College dan keluarganya juga dijemput ke Parlimen British oleh Jawatankuasa Select Parlimen Britain.

Dalam pada itu, Muhyiddin memuji semangat Asyraf kerana tidak menyimpan perasaan negatif terhadap penyerangnya, selain mahu meneruskan pengajiannya.

Sambil mendoakan supaya Asyraf segera sembuh selepas selamat menjalani pembedahan, Muhyiddin dan isteri berkata: “Kami berbangga kerana Asyraf tabah dan berani menghadapi ujian Allah pada Ramadan.”

Berita Bertarikh 16 August 2011 Pada 12:13 PM




'Ajak' tuntut RM10 juta dari Berita Minggu

TEMERLOH, 16 Ogos: Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan.

Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.

[Gambar: Ajak (berdiri, kiri) bersama pekerja di kedainya.]

Dalam notisnya, pihak berkenaan juga diminta memberhentikan penyebaran fitnah dan menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat.

“Tindakan ini perlu bagi membersihkan imej saya yang tercemar teruk akibat penyiaran gambar dan ulasan akhbar berkenaan,” katanya kepada Harakahdaily.

Akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Julai iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur di halaman muka depannya telah menyiarkan gambar seorang pemuda bertubuh sasa dan bertopeng sambil memegang pisau.

Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana kapsyen di bawah gambar akhbar berkenaan tetapi gambar tersebut telah diubah suai.

Bercerita lanjut, Abdul Razak berkata beliau turun ke Kuala Lumpur pada perhimpunan tersebut sebagai anggota Unit Amal PAS yang diajar dengan disiplin tinggi. Beliau diarahkan mengawal keselamatan puluhan ribu rakyat di hadapan menara Maybank.

Katanya, pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, beliau sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya lagi, gambar yang disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas ke tepi.

Serentak dengan itu, beliau menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan fitnah sehingga merosakkan nama baik serta reputasinya serta dipandang rendah oleh masyarakat.

“Saya merupakan seorang peniaga dan imej yang dipaparkan oleh akhbar berkenaan amat negatif menyebabkan saya boleh dipandang serong oleh masyarakat dan pelanggan. Sebab itu saya mahukan keadilan dan imej saya dibersihkan.

“Saya juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Jadi jika gambaran ganas itu tidak ditarik akan terus merosakkan imej saya di mata masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Razak memberitahu notis yang telah dihantarnya itu memberi tempoh 21 hari kepada pihak akhbar berkenaan untuk dipatuhi. Jika tidak, tindakan undang-undang seterusnya akan diambil.

Khairil Abdul Rahim @ harakah daily ,16 ogos 2011

Monday, 15 August 2011

Kerajaan Pandang Serius Serangan Penggodam

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan akan memberi kesan besar kepada sistem maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) untuk rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kerajaan memandang serius serangan penggodam tersebut dan sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.

“Kita akan tunggu laporan bagaimana perkara ini hendak ditangani dan berharap agar tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan, kita perlu beri perhatian dan pihak bertanggungjawab iaitu SKMM kini memantau perkara ini,” katanya kepada selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan yang bergelar “Anonymous” yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

Kumpulan itu bertindak demikian kerana mendakwa Malaysia menyekat hak asasi dengan membuat sekatan, bukan saja Internet malah tayangan filem dan siaran televisyen.

Muhyiddin berkata kerajaan memberikan jaminan bahawa dasar kerajaan untuk tidak menyaring internet akan terus dilaksanakan.

“Tetapi kalau ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan ataupun melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara maka SKMM ada hak dan kuasa untuk ambil tindakan.

“Ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang menyekat hak kebebasan untuk kita dapatkan perkhidmatan menerusi internet. Kita pantau sama ada apa-apa perkara yang boleh membawa kesan kepada keselamatan negara,” katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa Kementerian Pelancongan membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook untuk mempromosikan pelancongan negara, Muhyiddin berkata kabinet akan mendapatkan laporan lengkap daripada menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yenesok.

“Saya tidak dapat maklumat secara terperinci sama ada kadar yang ditetapkan itu munasabah atau tidak, ia telah dibawa ke Parlimen dan dijelaskan. Mungkin kabinet esok akan dapatkan laporan dari menteri dan beliau boleh jelaskan apa asas-asasnya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak akan berselindung mengenai perkara yang melibatkan soal perbelanjaan negara dan beliau yakin kementerian tersebut telah membuat pertimbangan yang agak munasabah mengenai angka itu.

“Ada sesetengah pihak katakan ia agak tinggi sebenarnya, tetapi bagi kementerian itu kadar yang berpatutan, kita tidak boleh lihat Facebook itu macam buka akaun sahaja, urusan-urusan lain mungkin melibatkan kos-kos tambahan,” katanya.

Semalam, Ng menjelaskan kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta untuk mewujudkan, mengurus dan memantau kempen pelancongannya dalam media sosial melalui penyiaran iklan enam acara utama yang memerlukan kos tinggi, sekaligus menolak dakwan kononnya peruntukan itu hanya digunakan untuk mewujudkan laman Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia.

Berita Bertarikh 16 June 2011 Pada 4:25 PM









Isu Mismah : KDN, SKMM Perlu Ambil Tindakan Tegas Pembohongan Laman Web

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kementerian Dalan Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap portal berita pro pembangkang kerana sering menyiarkan berita yang mengelirukan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata,penyiaran berita yang mengelirukan itu bukanlah pertama kali, malah sering dilakukan termasuk membuat spekulasi untuk menimbulkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan.

“Pelbagai perkara telah diputar belit, bagi saya banyak perkara yang hendak saya jawab dalam blog, bila saya rujuk kepada kedua-dua portal ini (malaysiakini dan malaysiainsider) hati saya sebagai warganegara kecewa kerana lapaoran yang diberikan oleh kedua-dua portal ini hendak menghancurkan negara kita.

“Ini harus diberi perhatian serius oleh KDN dan SKMM, tindakan harus diambil, kita beri kebebasan akhbar bukan sewenang-wenangnya menggunakan media alternatif ini untuk menghancur, memfitnah sesuatu perkara, “katanya kepada UMNO-Online.

Berhubung dakwaan portal pro pembangkang bahawa seorang pemegang kad penduduk tetap mendapat taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, Syed Ali menyifatkan berita yang disebarkan itu boleh menyebabkabn rakyat hilang kepercayaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan Malaysia.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu adalah suatu yang merbahaya kerana boleh menimbulkan suatu suasana tidak sihat di kalangan rakyat kerana mudahnya orang asing memperolehi kerakyatan di negara ini.

“Bab Mismah ini, hari ini rakyat negara hilang kepercayaan, kalau betul apa yang dikatakan itu dalam masa empat jam, sebenarnya mereka tidak tahu Mismah ini dah pohon 12 tahun yang lalu, sebelum ini dia adalah penduduk tetap.

“Perkara ini diputar belitkan, kerana mereka mempunyai niat tidak baik, sebab itu saya desak kepada KDN dan SKMM kena buat suatu tindakan yang serius supaya menajdi pengajaran kepada semua media, portal, media cetak termasuk media nasional supaya lebih bertanggungjawab dalam apa yang dilaporkan,” katanya.

Menurutnya jika tiada tindakan tegas, perkara sebegini akan terus berlarutan dan akan lebih berani menyiarkan apa sahaja berita walaupun tidak mempunyai kesahihan kerana sehingga tiada tindakan dikenakan terhadap mereka hanya sekadar amaran sahaja. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 15 August 2011 Pada 1:47pm




PAS harap Jais cepat kemuka hasil siasatan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS berharap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dapat mengeluarkan hasil laporan siasatan berhubung pemeriksaan ke atas Methodist Church, Damansara Utama secepat mungkin.

Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia perlu disegerakan bagi mengelakkan kontroversi berterusan berhubung isu ini yang memberikan kesan buruk kepada masyarakat berbilang agama di negara ini.

Jais sebelum ini memberi jaminan akan mengeluarkan hasil laporan siasatannya selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Saya anggap itu tempoh masa yang lama kerana ini akan menimbulkan pelbagai kontroversi yang tidak baik kepada pelbagai pihak.

"Selagi tidak ada satu penyelesaian dan kata putus apa bentuk tindakan, maka akan timbul pelbagai kenyataan yang tidak baik yang boleh memberikan gambaran yang tidak sihat kepada masyarakat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

PAS juga, katanya tetap mahu bertemu dengan Jais bagi mendapatkan penjelasan mengenai apa yang berlaku.

"Kami harap selesai siasatan, Jais sedia bertemu PAS kerana kita nak dengar dari Jais apa yang berlaku pada hari itu.

"Kami nak jumpa Jais, nak jumpa gereja, nak dengar sendiri dariapda mereka sebab Jais kata tak serbu, gereja kata serbu.Jadi nak dengar daripada kedua-dua pihak," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

PAS sepatutnya bertemu dengan Jais hari ini namun terpaksa dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor.

"Memang kita minta jumpa hari ini tetapi jawapan JAIS telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara kerana kes itu masih dalam siasatan dan atas nasihat Sultan, Jais tidak lagi bertemu dengan mana-mana pihak untuk menjaga maklumat siasatan agar tidak terlepas kepada pihak lain," katanya.

Manakala pertemuan dengan pihak gereja akan berlangsung esok seperti yang dirancang.

Sepuluh pimpinan PAS akan terlibat dalam pertemuan dengan pihak gereja tersebut.

Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmod, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman.

Hazayani Zakaria @ harakah daily ,15 ogos 2011

Sunday, 14 August 2011

Jangan manipulasi isu akidah

SHAH ALAM, 14 Ogos: NGO Islam mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Demikian antara resolusi Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam bertajuk Isu Aqidah Ummah: Apa Sikap Kita anjuran Ikatan Ilmuan Malaysia (Ilmuan) yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, semalam.

NGO yang terlibat ialah PIMPINAN, ILMAM, Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, ILMUAN, Pro – Guam, Perubatan Islam Darus Syifa’, PAPISMA, GAMIS, INTELEK, BISA - Belia Islam Ampang, IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia, IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional, Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim, MPM - Majlis Perundingan Melayu, GAGASAN, PMRAM, UKP - Usrah Kebajikan Profesional, FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad, Umah Care, Terap Care, Tabung Kebajikan Al-Masakin dan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Berikut adalah resolusi penuh sidang meja bulat berkenaan.

1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

3. Kami menggesa supaya Jais dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.

10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

Penerbangan Pertama Jemaah Haji Malaysia Berlepas 29 September

KOTA BAHARU, 14 Ogos – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia ke kota Mekah dijadualkan berlepas pada 29 September, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.

Beliau berkata sejumlah 27,000 jemaah Malaysia akan menunaikan haji seperti yang diluluskan pihak berkuasa Arab Saudi tahun ini.

Mereka akan berlepas secara berperingkat dengan penerbangan terakhir dijadualkan pada 30 Oktober.

“Penerbangan pertama jemaah kita dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus ke Mekah,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan sempena Ihya’ Ramadan peringkat Tabung Haji Jajahan Kota Baharu malam ini.

Abi Musa Asa’ari berkata jadual penerbangan jemaah haji disusun berdasarkan hari wukuf di tanah suci yang dijangka pada 5 November.

Katanya, ibu pejabat TH di Kuala Lumpur kini dalam peringkat menghantar surat tawaran dan jadual berlepas jemaah haji yang layak mengerjakan ibadah itu tahun ini.

Ditanya mengenai kuota haji tahun ini, Abi Musa Asa’ari berkata seperti tahun sebelumnya, bilangan jemaah yang dibenarkan ialah 0.1 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk sesebuah negara.

Katanya, TH akan mengendalikan kursus haji perdana serentak di seluruh negara, selain kursus haji mingguan yang diadakan di peringkat negeri.

Beliau berkata TH juga menetapkan setiap jemaah yang ingin menunaikan haji kali kedua atau seterusnya, dibenar berbuat demikian selepas lima tahun pemergian terdahulu.

“Kini seramai 700,000 ada dalam senarai menunggu yang telah mendaftar untuk menunaikan fardu haji dari seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata bagi pemergian kali pertama, kadar bayaran bagi setiap jemaah ialah RM9,980 berbanding RM14,000 untuk kali kedua dan seterusnya.

Abi Musa Asa’ari berkata pihaknya mengeluarkan RM2.3 juta wang zakat perniagaan untuk diagihkan kepada Majlis Agama Islam seluruh negara, dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menjadi penerima tertinggi.

Berita Bertarikh 15 August 2011 Pada 7:39 AM





Friday, 12 August 2011

Larang Baca Al Quran Guna Pembesar Suara, Satu Lagi Kejayaan DAP

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin amat terkejut, kecewa dan marah dengan tindakan samberono Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Katanya, beliau berasa musykil dengan keputusan tersebut kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.

“Saya percaya bahawa wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam di negeri tersebut melihat alasan yang diberikan untuk membolehkan larangan tersebut bukanlah sesuatu yang munasabah kerana ada dalil lain yang boleh digunapakai.

Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

“Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam dan ia bukan hanya tertakluk di Pulau Pinang saja tetapi di seluruh Malaysia. Tambahan pula amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-maan pihak kerana ia telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

“Dengan adanya bacaan al-Quran sebelum subuh, ia dapat memberi makluman bahawa waktu Subuh semakin hampir apatah lagi dalam bulan Ramadan ini, ia mengingatkan bahawa waktu imsyak juga akan berakhir,” katanya lagi.

Tegas beliau, sekiranya benar bahawa amalan tersebut adalah bertentangan dengan hukum syarak maka tentulah akan ada teguran oleh para ulama-ulama terdahulu yang tentunya lebih arif berkaitan hal tersebut.

“Jika bacaan al-Quran ini ditolak dalam Islam kenapa tidak ada apa-apa tindakan oleh para ulama malah mustahil mereka yang berpendidikan lebih tingga dan tahu hukum-hakam dalam Islam akan membiarkan kepincangan sedemikian atas agama tersebut.”

Jelasnya lagi, kekecewaannya berhubung perkara tersebut semakin tebal apabila Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim yang memberikan jawapan mengelak seakan tidak bersedia bagi memberikan ulasan berkaitan isu tersebut.

“Itulah padahnya meletakkan orang yang jahil seperti Abdul Malik dalam bidang yang seharusnya disandang oleh orang bertauliah dan berkredibiliti kerana saya tahu bahawa Abdul Malik tidak mempunyai latar belakang yang boleh melayakkannya menjawat Exco ini,” katanya.

Tegasnya, ini adalah antara usaha terancang pihak tertentu yang berselindung dalam politik bagi menghina Islam dan meletakkan bangsa Melayu dalam kedudukan yang amat rendah.

“Kita lihat bagaimana isu pembaptisan yang berlaku di gereja Selangor yang dengan mudah membuat Menteri Besarnya memohon maaf kepada paderinya sedangkan JAIS belum pun memberikan sebarang laporan.

“Agenda terancang mereka ini kemudian disambung dengan keputusan oleh JHEAIPP kerana mahu memberikan tekanan dan penghinaan kepada bangsa Melayu dan pastinya inilah kejayaan Dap,” tegasnya.

Terang beliau, secara jelas telah terbukti bahawa Dap adalah parti politik yang anti Islam dan anti Melayu sejak tahun 1969 lagi dan ia berlarutan sehingga hari ini.

“Dap ini masih sama dari dahulu hingga sekarang cuma formula politiknya hari ini dijelmakan dalam hubungan diplomatik yang akrab dengan kononnya berbaik-baik dalam pakatan Pas dan PKR tetapi agenda mereka tetap sama.”

Sehubungan itu, beliau menuntut Majlis Fatwa Kebangsaan dan menyeru semua ulama-ulama seluruh negara untuk bersatu dan bersama-sama memberikan keputusan yang sewajarnya berlandaskan kepada dalil yang kukuh demi kepentingan ummah. - MediaUMNO

Berita Bertarikh 12 August 2011 Pada 4:42 PM @ UMNO ONLINE






Thursday, 11 August 2011

Siar Gambar Khinzir Juadah Ramadan : KDN Panggil Ketua Pengarang The Star

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

Berita Bertarikh 11 August 2011 Pada 5:22 PM

Wednesday, 10 August 2011

Krisis Ekonomi: PRU 13 tidak akan berlaku tahun ini?

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka terpaksa menangguhkan pilihan raya umum dari diadakan tahun ini ekoran kemelut ekonomi yang sedang meruncing di seluruh dunia sekarang.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menjangka, Najib terpaksa menangguh pilihan raya umum ke 13 ekoran krisis ini yang juga mula melanda Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, PAS masih akan terus mempersiapkan semua jenteranya untuk menghadapi pilihan raya ke 13 jika ia terus akan diadakan November ini iaitu sebaik sahaja selepas perbentangan Bajet 2012.

Menurut beliau, Bursa Malaysia sedang mengalami susut RM91 bilion dalam tempoh lapan hari lalu berdasarkan rekod yang beliau perolehi jam 10 pagi ini.

Kedudukan panik kini sedang melanda seluruh dunia khasnya Eropah dan Amerika.

"Saya yakin, krisis yang sedang melanda London sekarang tentunya ada hubungkait dengan tekanan hidup akibat ramai yang hilang pekerjaan dengan kos saraan hidup terus meningkat," kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Kota London, England berdepan dengan krisis dan huruhara dengan rusuhan merebak ke seluruh kota lain sekarang yang bermula dengan protes kecil Sabtu lalu apabila seorang remaja kulit hitam ditembak mati.

Sementara itu Indeks FTSE London sudah jatuh RM245 bilion sejak seminggu lalu manakala Indeks Dow Jones di Amerika Syarikat jatuh 4.1 peratus dalam masa 10 hari, kejatuhan terbesar sejak tahun 2008.

Ekoran itu, mata wang Euro di Eropah jatuh dengan mendadak dan hampir lumpuh.

Pasaran saham Asia juga merudum sejak beberapa hari ini termasuk di Tokyo, Taipei, Shanghai dan juga Sydney.

"Apabila kemelesetan berlaku kepada gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika, ia akan membawa kemelesetan ke seluruh dunia," kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Menurut beliau, suasana ini akan mencetus satu krisis kewangan dan kemelut ekonomi yang telah masuk ke kemelesetan kedua sejak 2008 (double-dip recession).

Ini bakal ditambah-buruk lagi apabila harga komoditi makanan beras, gandum, gula terus meningkat akibat permintaan yang tinggi dan bekalan yang merosot akibat ketidaktentuan cuaca.

Suasana ini meletakkan Perdana Menteri terhimpit dengan suasana serba salah untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.


"Cakap-cakap yang PM akan adakan pilihan raya mengejut tahun ini saya rasa tidak munasabah lagi kerana para penganalisis politik dan ekonomi hanya menjangkakan krisis ini akan pulih tahun depan.

(Sebuah pasaraya di Tottenham kosong dicuri para perusuh ekoran keadaan gawat di London sekarang)

"Saperti telahan ramai pihak penganalisis dan pundit politik, saya sukar meramalkan Najib akan berani membuat pilihanraya mengejut dalam bulan September. Permintaan global akan menguncup dan pertumbuhan ekonomi negara juga terjejas kerana penguncupan permintaan global. Saya yakin PM tak akan buat pru tahun ini," kata Dr Dzulkefly.

Menurut beliau, dengan unjuran ekonomi yang akan merudum ini, Perdana Menteri tidak wajar mampu bermewah seperti lazim dalam budget 2012 yang bakal dibentang pada 7 hb Oktober. Ini adalah Budget pra-PRU 13 .

Projek besar yang disebutkan beliau dalam ETP seperti MRT dan Bandar Malaysia juga hanya akan dapat dilihat atau bermula tahun depan dengan kewangan dunia yang tidak menentu ini.

"PM hanya akan mampu memanggil pru jika projek-projek ini boleh berjalan tetapi kini dengan krisis ini ia akan tergendala," tegas beliau.

Menurut beliau, dua tahun lalu PM mendapat kelebihan kerana harga minyak mentah tinggi yang menyebabkan beliau boleh berbelanja besar tetapi dengan keruntuhan ekonomi global ini, harga petrol akan merudun, eksport merudun, "Ia bakal menjadi mimpi ngeri yang bakal menjadi kenyataan untuk Najib."

Bursa Malaysia mula mengalami pengucupan sejak Jumaat lalu (5 Ogos) ketika penerapan hutang Amerika Syarikat mengalami kejatuhan teruk yang memberikan kesan kepada bursa saham seluruh dunia.

Untuk menjadikan bajet 7 Oktober nanti sebagai bajet pilihanraya, Najib akan dikekang dari berbelanja besar untuk tidak mencetuskan defisit fiskal yang melebihi 7 peratus KDNK seperti 2009, katanya.

Pada waktu sama juga, katanya, Najib akan berdepan dengan tekanan inflasi yang sudah hampir ke paras 4 peratus sekarang ini dengan CPI (Indek harga pengguna) bulan Jun mencecah paras 3.5 peratus. Program rasionalisasi subsidi dalam perkara asas keperluan bahan bakar - minyak, diesel dan gas, sangat tidak membantu Najib dalam memenangi sokongan rakyat teramai, sementara monopoli dan pengepungan pasaran terus berlaku akibat permit diberikan kepada kroni tertentu.

Jadikan Rusuhan Di London Sebagai Iktibar

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengambil iktibar tentang rusuhan yang berlaku di London.

Beliau berkata rakyat Malaysia haruslah mengambil iktibar tentang apa yang berlaku di kota London dan mengelakkan politik demonstrasi jalanan kerana negara telah menyediakan pelbagai saluran bagi rakyat menyatakan rasa ketidakpuashatiaan mereka.

“Ada negara-negara di luar sana, mereka hanya boleh berkempen ketika parlimen dibubarkan tetapi di Malaysia ini kita dibenarkan berkempen hampir tiap -tiap hari, bukan sahaja melalui media maya dan media cetak dan oleh itu jika mereka masih mengatakan Malaysia ini tidak mempunyai kebebasan bersuara maka itu adalah sebenarnya tidak betul,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Umno bahagian Pandan di sini malam ini.

Banyak kesan daripada demonstrasi jalanan ini bukan sahaja pelabur takut untuk melabur malah persepsi masyarakat luar terhadap sesebuah negara itu akan jatuh hingga menyebabkan pelancong bimbang untuk ke negara tersebut, katanya.

“Sebagai contoh terdekat anak saya yang ingin menyambung pelajaran ke London
pada bulan hadapan terpaksa ditangguhkan sehingga suasana menjadi tenteram
semula dan saya mengambil contoh ini kerana perkara ini baru berlaku kepada diri
saya dan belum lagi berlaku kepada masyarakat di seluruh dunia,” katanya.

“Ini peringatan kepada kita. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Kita ada peluang untuk betulkan keadaan ini,” kata beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan kira-kira 2,000 bubur lambuk kepada anggota Polis di Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya dan penyerahan bantuan berbentuk barangan keperluan kepada keluarga berpendapatan rendah di Pandan Utama, Kampung Pandan.

Berita Bertarikh 11 August 2011 Pada 7:51 AM




Britain Sampaikan Simpati Kepada Penuntut Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih berhubung insiden yang menimpa seorang penuntut Malaysia yang cedera semasa rusuhan di Timur London semalam dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga mangsa.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles berkata beliau telah menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

“Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rossli.

“Kami terkejut dengan kecederaan yang dialaminya dan kami sentiasa berhubung
dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai beliau. Suruhanjaya Tinggi juga mengutuk
tindakan itu,” katanya kepada pemberita mengenai keadaan terkini di United Kingdom di pejabatnya di sini, hari ini.

Muhammad Asyraf, 20an, seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan Mara, diserang semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh para perusuh yang juga telah merompaknya.

Penuntut yang berasal dari Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Kyles berkata beliau tidak mempunyai laporan terkini mengenai Muhammad Asyraf dan keadaan di sana tetapi yakin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengannya dan status kesihatannya.

“Kita juga tahu Kementerian (Luar) Malaysia di sini sentiasa berhubung dengan keluarganya dan seperti yang saya telah katakan kami telah sampaikan simpati kami kepada keluarganya melalui Kementerian Luar dan kami amat berharap beliau lekas sembuh,” katanya.

Laporan menyebut bahawa kerajaan Britain mengerahkan 16,000 polis di seluruh London untuk mengawal keadaan dan menamatkan keganasan jenayah.

Kyles berkata peningkatan pasukan keselamatan tidak bermakna bahawa keadaan
itu di luar kawalan tetapi ia merupakan bahagian penting dalam strategi untuk
menamatkan segera keganasan.

“Mereka yang melakukan kesalahan itu sudah mula merasai kesan tindakan mereka dengan lebih 650 tangkapan dilakukan di London sahaja dan menyebabkan sekitar 111 individu didakwa setakat ini,” katanya.

Disebalik kejadian itu, Kyles berkata Suruhanjaya Tinggi akan terus menggalakkan mereka yang merancang untuk melawat Britain tidak lama lagi atau minggu akan datang atau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di sana supaya meneruskan rancangan mereka.

“Pada masa sama, kita juga menyokong nasihat Kementerian Luar Malaysia supaya individu sentiasa berwaspada dan mengelakkan melawat kawasan yang berlaku
keganasan sehingga keadaan benar-benar pulih,” katanya.

Berita Bertarikh 11 August 2011 Pada 7:55 AM




Tuesday, 9 August 2011

Pemuda PAS Kelantan desak Najib ke mahkamah

KOTA BHARU, 9 Ogos: Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Rosmah hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi memenuhi permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), ketika dihubungi memberitahu Najib dan Rosmah amat wajar ke mahkamah sebagai saksi demi untuk menegakkan keadilan terhadap kes liwat Anwar yang sedang dibicarakan sekarang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Najib dan Rosmah bagi kes perbicaraan liwat yang sedang dihadapinya.

Latif bagaimanapun berkata sekiranya kata dua diberikan kepada Najib dan Rosmah kemungkinan mereka tidak akan menghadiri mahkamah dengan mudah.

“Jadi Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak agar keduanya hadir ke mahkamah demi untuk menegakkan keadilan serta menyelesaikan isu yang berlarutan.

“Tahniah kepada mahkamah di atas keputusan itu, namun kita berharap kehadiran Najib dan Rosmah dapat menyelesaikan masaalah yang entah bila akan berakhir,”ujarnya.

Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata Najib, Rosmah, Musa Hasan (bekas IGP) dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disapina.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Rizal Tahir @ harakah daily / 09 ogos 2011

Bonus tidak bantu golongan berpendapatan rendah

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pengumuman pemberian bonus setengah bulan kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri dikhuatiri tidak membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahrir Syed Mohamud berkata, para penjawat awam khususnya yang berpendapatan RM1,500 ke bawah mengharapkan pengumuman yang lebih baik.

"Kita tidak tahu jumlah sebenar sebab gaji berbeza-beza. Pengumuman ini terlalu umum.

"Kumpulan yang berpendapatan rendah misalnya gaji mereka RM1,000 mereka akan dapat RM500. Adakah ianya boleh menceriakan keluarga itu untuk menyambut hari raya?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR dan Ketua Cabang Kelana Jaya turut berkata, penjawat awam khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana mengharapkan jumlah yang lebih tinggi.

"Memang mereka mengharapkan sesuatu yang lebih baik tapi apa yang diberi setengah gaji kurang sesuai.

"Kita tahu sekarang kuasa beli tinggi dan pemberian ini tidak cukup untuk menampung keperluan yang ada," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada penjawat awam dengan bayaran minimum sebanyak RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini.

Beliau turut mengumumkan pemberian bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan, dibayar pada tarikh sama.

Sementara itu, Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri, dua bulan lalu.

Hazayani Zakaria @ harakah daily/09 ogos 2011

Kuiz Mengenai Islam Di Gereja Perlu Disiasat – Bekas Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein hari menggesa pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan terperinci berhubung pendedahan wujud 12 soalan kuiz mengenai agama Islam ketika pemeriksaan agensi berkenaan di Gereja Methodist baru-baru ini

Serentak itu juga beliau menyarankan agar JAIS tidak gentar dengan mana-mana pihak berhubung tindakannya itu kerana ianya adalah menjadi tugas dan kewajipan kepada agensi tersebut untuk mencegah daripada sebarang anasir yang boleh menyebabkan Islam tergugat selain mengelakkan keharmonian kaum dan agama yang ada pada hari ini terjejas.

“Jika benar seperti yang didakwa bahawa wujud 12 soalan kuiz mengenai agama Islam ketika pemeriksaan oleh JAIS di Gereja Methodist baru-baru ini, ianya adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak gereja.

“Bukankah Perlembagaan ada menyatakan bahawa agama lain tidak dibenarkan disebarkan kepada umat Islam, manakala bukan Islam bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sekatan daripada mana-mana pihak. Bukankah itu sudah jelas.

“Jadi bagi saya, tindakan JAIS membuat pemeriksaan ke Gereja berkenaan baru-baru ini adalah munasabah dan kita kena pertahankan dalam apa jua keadaan jika betul dan sahih bahawa wujud unsur yang mengelirukan. Namun jika tidak ada bukti sekalipun, pencegahan harus dilakukan agar Islam terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penemuan bukti oleh JAIS ketika serbuan ke Gereja Methodist di Damansara minggu lalu yang antara lain menemui soalan berbentuk kuiz tentang agama Islam.

Wakil 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor yang juga Pengerusi Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Hussain berkata soalan berkenaan amat mengelirukan terutama kepada penganut Islam.

Antara kandungan soalan dalam kertas cetakan itu ialah malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad ? Apakah maksud perkataan ISLAM? Apakah maksud perkataan MUSLIM? Apakah maksud perkataan QURAN?.

Bagaimana pun katanya apabila JAIS dan Polis berjaya masuk membuat pemeriksaan selepas 20 minit menunggu di ruang luar, pihak gereja didapati membuang dan mengoyak kertas kuis berkenaan ke dalam tong sampah.

Dr Yusoff seterusnya melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sesetangah pihak yang masih lagi sanggup mengutamakan kepentingan politik dan bukannya melihat kepentingan agama untuk duduk bersatu di bawah satu payung agar Islam terpelihara.

Tegas beliau jangan sesekali meletakkan politik melebihi kepentingan agama kerana agama mesti berada di atas walaupun dalam apa jua keadaan.

“Dalam hirarki, paling atas adalah agama dan dibawahnya itu barulah ada pecahannnya politik, ekonomi sosial dan sebagainya. Jangan sesekali meletakkan politik melebihi agama,” katanya. – MediaUMNO


Berita Bertarikh 9 August 2011 Pada 3:11 PM @ UMNO ONLINE




Thursday, 4 August 2011

Kerajaan PKR Selangor membazir guna dana RM1 juta bantah daftar pengundi

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggunakan dana rakyat untuk membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baharu.

Menurut mereka, sepatutnya bantahan yang dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menggunakan wang parti politik.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tindakan tersebut merupakan satu pembaziran kerana dana rakyat seharusnya digunakan untuk tujuan pembangunan negeri bukannya bagi kepentingan politik.

"Tindakan tersebut dilihat hanya sebagai gimik politik. Jika mereka berasa sistem daftar pemilih yang ada sekarang tidak telus, mengapa tidak bantah dari dulu dan saya lihat mereka seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, PKR Selangor kini telah jauh menyimpang dari landasan politik sebenar kerana dilihat menggunakan kuasa pemerintahan yang ada secara sewenang-wenangnya.

"Saya lihat perkara ini sebagai satu salah satu cara untuk mengalihkan pandangan dan fokus rakyat terhadap kelemahan mereka. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berpendapat, tiada salahnya kerajaan PKR Selangor membuat keputusan menyediakan dana untuk membuat bantahan itu bagaimanapun ia mestilah menggunakan wang parti.

"Mereka boleh menyediakan dana tetapi bukan dengan cara menggunakan wang rakyat kerana ia seharusnya digunakan untuk tujuan lebih berfaedah termasuk kebajikan dan rancangan pembangunan negeri," katanya.

Sementara itu, Presiden Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tindakan PKR Selangor menyediakan dana kepada rakyat di negeri itu sebagai sesuatu yang wajar.

"Biarpun duit yang mereka gunakan adalah duit rakyat di negeri itu tetapi ia digunakan untuk membantu kepentingan rakyat yang hendak membuat bantahan dan tidak semestinya dana disediakan oleh parti yang memerintah," katanya.

utusan online @ 5 Ogos 2011

RM748,800 bayaran elaun khas MPPP

PULAU PINANG, 5 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM748,800 setahun kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) iaitu tambahan elaun sebanyak RM150 seorang kepada 238 penguatkuasa dan 178 pekerja awam sebagai penghargaan jasa mereka meningkatkan status MPPP walaupun terpaksa terdedah dengan bahaya dan kotoran.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) berkata, kenaikan elaun tersebut membolehkan mereka bekerja dengan lebih tekun, rajin, penuh kesabaran, mengikut lunas undang-undang dan berintergriti.

Menyentuh mengenai integriti ia bukan tertakluk kepada menangani rasuah sahaja tetapi juga mesti menekan aspek kebijaksanaan, amanah, tanggungjawab, cemerlang dan mengutamakan nilai murni.

"Kerajaan negeri bersetuju menambah elaun kepada 238 orang penguatkuasa dan 178 pekerja awam di MPPP sebanyak RM150 seorang sebagai penghargaan yang tidak ternilai tahun ini. Ia melibatkan sejumlah wang RM748,800," jelasnya semasa berucap di Majlis Penyampaian Cek Elaun Khas kepada anggota penguatkuasa dan pekerja awam 3D semalam.

Beliau berharap semangat kekitaan dan semangat berpasukan diterap dalam diri warga MPPP.

Sikap itu, katanya akan menjadi contoh kepada rakyat yang lain untuk lebih prihatin dan sekaligus dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang matang dan berdisiplin barulah boleh melahirkan negeri yang lebih bersih, hijau dan selamat.

Ia juga, ujarnya membolehkan mereka lebih fokus kepada kerja keselamatan, penyelesaian aduan rakyat, penjagaan dan pemulihan alam sekitar serta urus tadbir bandar yang lebih berkesan.

Ini, katanya selaras dengan usaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri antarabangsa Plan Pengurusan Stratejik MPPP memberi penekanan kepada key result area (KRA) 3C dan 1R iaitu cleanliness, congestion, crime dan revenue seperti meningkatkan kebersihan, kecerian bandar, menerapkan amalan budaya menyelenggara kemudahan awam dengan baik, melaksanakan program bandar selamat, mencari jalan penyelesaian masalah pengurusan lalu lintas, memperkukuhkan kedudukan hasil majlis serta terakhir meningkatkan sistem penyampaian majlis supaya perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik untuk rakyat.

"Sebagai warga MPPP mesti mempamerkan sikap yang baik sebagai contoh untuk rakyat lain melakukan kebaikan selari dengan usaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri bertaraf antarabangsa. Bila berjaya kelak semua orang rasa bangga," katanya.


by ;Mohd Sabri Said @ harakah daily /5 Ogos 2011

Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Pelakon Video Seks – MAGARAN

Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Pelakon Video Seks – MAGARAN



KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) hari ini telah menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Undang-Undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut bagi mengenal pasti pelakon video seks tersebut, berdasarkan Seksyen 2 (1) (D) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

“Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ini memberikan kuasa kepada Duli Paduka Tuanku untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat apa-apa perkara yang berfaedah bagi kebajikan awam. Sesungguhnya hasil siasatan Suruhanjaya Di Raja nanti akan memberikan faedah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya untuk memilih pemimpin terbaik untuk negara.

“Sehubungan dengan itu, saya mewakili rakan-rakan NGO, bloger dan facebooker serta rakyat biasa yang ingin mengetahui kebenaran, memohon kepada Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam rakaman video lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Zubir Abdullah, wakil kepada Setiausaha Sulit Kanan YDP Agong sebentar tadi di Istana Negara.

Ujar beliau lagi pada 21 hb Mac 2011, masyarakat dikejutkan dengan berita penayangan satu klip video lucah di Carcosa Sri Negara oleh pihak yang bergelar Dato T kepada sekumpulan wartawan.

Pada 22 hb Mac 2011, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis berkaitan penayangan video lucah di Carcosa Sri Negara dan seterusnya membuat satu sidang media menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

“Semenjak dari tarikh tersebut, masyarakat telah mula bertelagah dan berpolemik tentang siapa lelaki pelaku dalam video seks berkenaan tanpa ada kesudahannya sehingga menimbulkan suasana tidak selesa dan fitnah memfitnah di kalangan masyarakat.

“Semua kekusutan ini perlu diselesaikan dengan menurut saluran perundangan yang betul demi untuk mengelakkan fitnah terus berleluasa menjadi budaya di kalangan masyarakat kita. Maka sebuah panel bebas sewajarnya ditubuhkan untuk menyiasat identiti siapa pelaku dalam video seks berkenaan”, terangnya.

Ini penting tegas beliau kerana wujud kebarangkalian pelaku dalam video seks berkenaan berkemungkinan akan menjadi calon Perdana Menteri Malaysia.

“Sebagai warganegara Malaysia yang menjunjung perlembagaan dan rukunegara serta nilai-nilai moral untuk terus maju ke hadapan dengan acuan kita sendiri, setiap daripada kita bukan sahaja seharusnya bersih tetapi seharusnya dilihat bersih, tanpa mengira status samada rakyat biasa atau pemimpin negara.

“Oleh itu, bagi menzahirkan kebenaran, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui samada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video lucah itu atau tidak. Apa jua keputusan Suruhanjaya DiRaja ini akan menghentikan fitnah dan akan membolehkan pihak-pihak yang teraniaya untuk membersihkan nama masing-masing.

“Laporan siasatan Suruhanjaya Di Raja ini juga akan dapat menyelamatkan negara daripada dipimpin oleh pemimpin yang berakhlak keji, yang berpura-pura dan hipokrit,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 4 August 2011 Pada 1:06 PM

PAS Pahang bantah kilang keluar 'penyeri' arak ,,,,,!!!!!!! ( ABES SEME MABUK NANTI,,,,HAHAHAHA)

KUANTAN, 4 Ogos: PAS Pahang membantah tindakan sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini yang akan memproses ‘bahan penyeri’ arak Daraclar kerana boleh mencemar maruah Islam.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata berdasarkan maklumat kakitangan, syarikat berkenaan sedang membina kemudahan pengeluaran produk berkenaan dan di jangka akan memulakan operasinya dalam masa terdekat.

Menurutnya, Daraclar atau beer stabilizer ialah bahan yang dicampurkan dalam arak bagi tujuan penyeri.

Bahan tersebut dikatakan produk baru syarikat berkenaan yang sebelum ini hanya mengeluarkan silika.

“Serentak dengan itu PAS Pahang memandang serius dan kesal berhubung isu pembinaan kemudahan baru bagi pengeluaran produk yang berkaitan arak itu kerana sebahagian daripada pekerja syarikat berkenaan beragama Islam,” katanya.

Tambah Suhaimi, sebelum ini terdapat fatwa dari Jabatan Mufti Pahang dikeluarkan pada 31 Julai 2004 yang mengatakan harus bekerja di kilang yang mengeluarkan silika bagi tujuan menapis arak atau digunakan untuk perusahaan lain seperti cat dan kaca.

Namun, katanya PAS berpendapat maklumat yang jelas dan terperinci mesti diberikan oleh pihak syarikat kepada Jabatan Mufti berhubung produk Daraclar dan kedudukan semasa syarikat di peringkat dunia dalam pengeluaran produk bagi industri arak.

PAS, ujarnya bertegas satu kajian semula secara terperinci dengan meletakkan kebajikan pekerja Islam yang merupakan pekerja majoriti di syarikat tersebut dan juga rantaian yang bakal menerima tempiasnya seperti mereka yang bertugas di syarikat lori, pelabuhan, perkapalan dan lain-lainnya.

“PAS juga menuntut ketegasan kerajaan negeri agar meneliti dengan sehalus-halusnya setiap permohonan yang dibuat agar tidak memperjudikan keselamatan, maruah dan kemuliaan agama dan diri dalam membuat sesuatu keputusan walaupun pada asasnya dilihat mempunyai keuntungan kewangan.

“Tetapi pada jangka panjang industri ini merugikan dan tidak mempunyai keberkatan di sisi Allah di dunia dan akhirat,” katanya.


ARTIKEL DARI HARAKAH DAILY@ 4/8/2011= MINTAK TOLONG BACA DAN BAGI PANDANGAN DAN KOMEN ,,,,TERIMA KASIH

Wednesday, 3 August 2011

Peneroka Felda Dapat Peruntukan Duit Raya RM42.6 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6juta.

Beliau berkata pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

“Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.

Seramai12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta,” katanya.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.

Najib berkata bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.

Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang.

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara, katanya.

“Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,” katanya.

Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan.

Berita Bertarikh 2 August 2011 Pada 12:32



kakkitangan kerajaan tak der ker?

JOM GANDAKAN RM20 ANDA!!!!!

Modal Rendah Hanya RM20.00 SAHAJA!!

100% komisyen milik anda!!

Web promosi percuma!!

Tanpa melalui akaun bank admin

Komisyen terus ke akaun bank ANDA

Terima SMS duit dah masuk ke AKAUN!!!

Cara paling mudah dan berkesan skali!

ANDA BOLEH JANA PENDAPATAN RM100-RM500 SEMINGGU!!

Ramai yg telah berjaya!!!! Saya ingin berjaya ……..dan ANDA pun pasti tidak mahu terkecuali……Marilah Bersama-sama saya kita cuba untuk mencari pendapatan sampingan dengan cara yang lebih mudah dan selamat
Tapi bagaimana??


Anda hanya perlu DAFTAR DI SINI --->>>pada laman web saya :
http://www.rm20segera.com/​?r=mohdhilmi

ataupun menghantarkan pesanan ke FB saya sekiranya anda BERMINAT untuk meyertainya ..........


Pastikan anda berdaftar dgn saya "mohdhilmi"sebagai PENAJA anda
Sy akan follow up anda by email... =)