bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Sunday, 11 September 2011

Kepelbagaian Budaya Dan Agama Sumber Kekuatan Malaysia

LONDON, 11 Sept – Kepelbagaian budaya dan agama masyarakat berbilang kaum menjadi sumber kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, ia harus digunakan sebagai satu peluang untuk terus maju ke hadapan dan bukannya menjadi penghalang kepada negara untuk terus mencipta kejayaan.

Menurut beliau, sikap saling hormat-menghormati di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama membolehkan kebudayaan setiap kaum berkembang di Malaysia yang sehingga ke hari ini diterima sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan negara.

“Ini menunjukkan bahawa perbezaan budaya dan agama di negara kita tidak pernah menghalang rakyatnya daripada mengecapi keamanan dan keharmonian.

“Malah, kepelbagaian budaya inilah yang merupakan kebanggaan dan kemegahan yang sering kita pamerkan kepada masyarakat dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Merdeka 2011 di Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), Brickendonbury, di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berada di London untuk lawatan kerja empat hari ke United Kingdom, bermula Khamis lalu. Beliau ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Datuk Dr Ong Hong Peng dan Ketua Pegawai Eksekutif TARRC Dr Kamarudin Malek dan Lord Lieutenant of Hertfordshire, Kolonel Kevin Fitzgerald.

Selain penuntut dan komuniti Malaysia di United Kingdom, sekumpulan veterantentera British turut hadir meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54.

Mengulas lanjut, beliau berkata menyedari pentingnya perpaduan di kalangan penduduk berbilang bangsa dipertahankan, kerajaan memperkenalkan pendekatan baru seperti gagasan ’1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Katanya ia bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat selain meningkatkan kecekapan kerajaan dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Gagasan ini amat penting untuk dihayati oleh setiap rakyat Malaysia memandangkan tempoh 54 tahun negara merdeka, perpaduan di kalangan rakyat adalah ramuan utama kejayaan dalam mengekalkan kestabilan politik dan memacu kemajuan negara.

“Saya percaya perpaduan nasional akan terus menjadi faktor utama kejayaan kita untuk memacu kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya.

Berita Bertarikh 11 September 2011 Pada 11:06 AM @ Umno Online

Hina Islam: Jingga 13 mohon mengadap Agong

SHAH ALAM, 11 Sept: Kegagalan serta sikap lepas tangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menangani isu sebuah laman web yang menghina Agama Islam serta boleh memesongkan akidah, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan memorandum berhubung dengan isu berkenaan.

Jurucakapnya, Fariz Musa yang dihubungi mengesahkan NGO terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana kecewa dengan sikap Jamil Khir dan juga JAKIM yang tidak mahu bertindak malah menyifatkan isu tersebut bukan dalam bidang kuasa mereka.

"Inilah jalan yang perlu kita ambil dan bukan niat kita untuk memanjangkan permasalah tersebut kepada Agong tetapi bila melihat sikap Jamil Khir dan juga JAKIM yang tidak mahu bertindak maka kami rasa wajar perkara ini diketengahkan.

"Sehingga sekarang kita belum mendapat apa-apa jawapan dari pihak Jakim mahupun kementerian, jadi kita berpendapat mereka memang tidak mahu bertindak," jelas Fariz

Tambah Fariz lagi pertemuan yang akan diadakan pada 12 September jam 10 pagi itu akan turut disertai pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat.

"Kami bersama semua pemimpin akan mengadakan satu pertemua dengan Yang di-Pertuan Agong di atas penghinaan kesucian agama Islam telah dihina oleh individu yang tak bertamadun di halaman sosial.

"Jingga 13 akan menyerah memorandum tentang gagalnya Menteri menyelesaikan masalah ini walaupun laporan yang telah di buat," sambungnya lagi.

Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak agar dapat bersama dengan Jingga 13 pada pertemuan tersebut supaya kesucian Agama Islam terus terpelihara.

"Bagi memelihara kesucian Islam dari terus dihina serta mengharapkan agar Jamil Khir mahupun Jakim tidak memandang mudah tentang permasalah ini, saya menyeru mana pihak diluar turut serta bersama dalam pertemuan itu esok," tambah beliau.

Pada 7 September yang lepas, Jingga 13 telah menyerahkan memorandum kepada SKMM dan juga Jakim dalam aduan individu yang menghina Islam di internet, namun ia gagal diserahkan kerana Jakim memberi alasan bahawa isu menghina Islam itu bukan bidang kuasa Jakim.

harakah daily /11 september 2011