bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Monday, 9 January 2012

Puteri Desak Mahasiswa Yang Bertindak Biadap Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa, begitu juga dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang amat terasa dan tidak boleh menerima tindakan sekumpulan mahasiswa yang bertindak menurunkan bendera Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Abd Razak di PWTC pada 17 Disember lalu.

Susulan daripada kejadian tersebut, Biro Pelajaran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mewakili pergerakan tersebut telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap perbuatan tersebut kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya, semalam.

Penyerahan memorandum yang diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi itu adalah bagi melahirkan rasa sokongan padu kepada pimpinan Datuk Seri Najib dan menyarankan agar tindakan keras diambil terhadap mereka yang terbabit dalam kejadian tidak bermoral itu.

“Pandangan peribadi saya, tindakan tersebut adalah satu tindakan biadap dan tidak seharusnya terjadi. Kita mempunyai saluran yang betul untuk menyalurkan pandangan atau menyuarakan rasa tidak puas hati, jadi mengapa menggunakan cara yang tidak betul ini.

“Sebagai pelajar, masih banyak perkara yang harus dilakukan oleh mereka ini seperti memikirkan hala tuju selepas belajar. Bukannya membiarkan diri dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga melakukan perkara yang pada saya amat biadap dan tidak bermoral.

“Kami sebagai sayap UMNO, amat terasa apabila bendera gambar Perdana Menteri diturun dan dipijak. Perbuatan ini amat melampau. Sebab itu kami menyerahkan memorandum ini dan berharap tindakan sewajarnya dikenakan terhadap mereka yang terbabit,” jelasnya yang turut mengecam tindakan pakatan pembangkang yang tidak bertanggungjawab mempergunakan mahasiswa sebagai alat untuk memenuhi tuntutan politik kotor mereka.

Di antara intipati memorandum tersebut, Pergerakan Puteri mendesak supaya mahasiswa – mahasiswa yang terbabit dan Pengerusi BEBAS, Safwan Anang , melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri di atas tindakan tidak beradab itu.

Wakil gerakan mahasiswa ini dengan terbuka perlu mengakui kesilapan dan kebiadaban tindakan mereka seterusnya dengan merendah diri memohon maaf.

Selain itu, Puteri turut mendesak supaya kepimpinan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertindak tegas dalam menangani isu mahasiswa dan tidak terlalu berlembut dalam memenuhi tuntutan-tuntutan tanpa asas mereka.

“Kami juga mendesak supaya pihak Kementerian tegas dan tidak bertolak ansur apabila berdepan dengan isu seumpama ini demi menjamin keselamatan mahasiswa secara keseluruhannya,” ujarnya. -MediaUMNO


umno online @ 10 Januari 2012

Jingga 13 selar UPSI gantung Adam Adli

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Jingga 13 menyelar tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bertindak menggantung Adam Adli selama lapan belas (18) bulan tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Jingga 13 dalam satu kenyataan hari ini merasakan keputusan itu adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah serta membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa dan kecenderungan positif mereka.

“Adalah satu kerugian buat negara dan institusi perguruan itu yang telah menggantung mahasiwa yang begitu progresif dan berani menyatakan pendiriannya secara tegas di sebalik mahasiswa lain yang terjerut dengan akta terbabit,” kata Jingga 13 kepada Harakahdaily.

Adam Adli Abdul Halim penuntut Sarjana Muda Pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan semalam atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu dan mula menjadi perbualan hangat apabila menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menaikkan bendera Kebebasan Akademik.

Jingga 13 turut menyatakan sokongan padu kepada Adam Adli dan berharap tempoh penggantungan itu digunakan sebaiknya oleh beliau dalam mencapai cita-citanya untuk berkempen tentang kebabasan akademik.

“Proses ini adalah satu tempoh matang buat Adam Adli yang akan membuka jalan kepada kebebasan akademik yang lebih sempuna pada waktu-waktu mendatang. Syabas Adam Adli Abdul Halim,” tambah kenyataan itu.

harakah daily @ 10 Januari 2012

Mahasiswa Berpolitik Akan Hilang Tumpuan Belajar Tidak Tepat – Khairy

Shah Alam 13 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan pandangan pihak tertentu yang menyatakan mahasiswa akan hilang tumpuan terhadap akademik sekiranya diberi ruang dan kebebasan berpolitik adalah tidak tepat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, penglibatan mahasiswa dalam politik sepatutnya secara positif kerana ia dilihat mampu melahirkan golongan tersebut agar lebih berfikiran kreatif dan kritis yang sekaligus membantu dalam pengajian mereka.

Menyentuh mengenai cadangan pindaan Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang mahasiswa berpolitik, beliau menyatakan semua pihak tidak boleh menganggap semua golongan itu sebagai ‘anti establishment’, menentang kerajaan atau sebagainya.

“Kita berpandangan, kebebasan mahasiswa berpolitik tidak bermakna mereka menentang kerajaan. Jika kebebasan itu diberikan, golongan ini sebenarnya mahu tampil bersama-sama dengan kerajaan untuk mengutarakan pandangan mereka dalam pelbagai perkara.

“Apa yang kita lihat, kerana kengkangan inilah (larangan mahasiswa dalam berpolitik), merasakan mereka terpinggir tidak dapat bersama-sama dengan kerajaan. Walaupun ada di antara golongan ini dilihat memberikan pandangan yang kritis, namun ia tidak bermakna mereka tidak menyokong dasar aspirasi kerajaan dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Saringan Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Peringkat Zon Tengah anjuran Unit Pidato Pemuda UMNO di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, 11 Nov lalu yang menyatakan AUKU tidak perlu dipinda berkata, ia adalah pandangan peribadi Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Katanya, memberi kebebasan kepada mahasiswa dalam politik tidak semestinya golongan itu akan mengabaikan matlamat mereka di universiti untuk mencari ilmu pengetahuan.

“Politik itu sendiri membantu membentuk pemikiran kreatif dan kritis dalam sesuatu disiplin ilmu. Saya juga percaya tidak semua pelajar berminat dalam politik.

“Sekiranya ada mahasiswa mereka terlibat dalam bidang itu, saya yakin dan faham mereka sebenarnya tahu keutamaan mereka dalam pengajian masing-masing,” ujarnya. – MediaUMNO

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh @ Umno online 13 November 2012

Jangan lupa perjuangan anak muda

Iklan Premium Inside
Iklan A
Iklan D

Jangan lupa perjuangan anak muda

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pakatan Rakyat diingatkan bahawa ini bukannya masa untuk bergembira dan berseronok dengan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat kerana permainan politik Umno BN bersimpang siur dan tidak mampu dibaca.

Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor berkata, Umno BN boleh berbuat apa sahaja bagi memastikan kemenangan dalam PRU-13.

“Anwar sudah bebas, jangan lupa perjuangan anak muda.

“Mahasiswa merupakan antara suara terbesar dalam pentas politik tanah air,” ujarnya.

Justeru, ujarnya Auku mesti dimansuhkan dengan segera dan bebaskan mahasiswa daripada ditangkap oleh pihak pentadbiran universiti.

Katanya, dalam pada isu 5 mahasiswa KUIN masih tidak selesai, mahasiswa UPSI pula menjadi mangsa.

Baginya, pentadbiran UPSI telah mengambil keputusan 'gopoh' apabila ingin mengambil tindakan terhadap Adam Adli, sedangkan kerajaan sedang berusaha untuk meminda Auku.

“Saya kira UPSI sangat tidak bijak dan telah menjatuhkan kredibiliti sebagai institut pendidikan kerana dipengaruhi oleh beberapa pihak khususnya Umno,” ujarnya lagi.

Kebelakangan ini, katanya Aspirasi semakin lantang untuk bersuara.

“Saya desak Aspirasi jangan 'menyalak' lagi. Tindakan Aspirasi hanyalah memberi kerugian kepada negara,” katanya.

Tegasnya, anak muda boleh menilai dengan sendiri, tidak perlu mengikut tunjuk ajar Umno.

Menurutnya, mahasiswa jelas bahawa kerajaan akan datang bukan lagi milik Umno BN, perubahan besar mesti dilaksanakan.

Justeru, ujarnya pilihan raya akan datang pastinya akan memberi nafas baru kepada Malaysia dan rakyat setelah berpuluh-puluh tahun berada dalam propaganda Umno.

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pakatan Rakyat diingatkan bahawa ini bukannya masa untuk bergembira dan berseronok dengan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat kerana permainan politik Umno BN bersimpang siur dan tidak mampu dibaca.

Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor berkata, Umno BN boleh berbuat apa sahaja bagi memastikan kemenangan dalam PRU-13.

“Anwar sudah bebas, jangan lupa perjuangan anak muda.

“Mahasiswa merupakan antara suara terbesar dalam pentas politik tanah air,” ujarnya.

Justeru, ujarnya Auku mesti dimansuhkan dengan segera dan bebaskan mahasiswa daripada ditangkap oleh pihak pentadbiran universiti.

Katanya, dalam pada isu 5 mahasiswa KUIN masih tidak selesai, mahasiswa UPSI pula menjadi mangsa.

Baginya, pentadbiran UPSI telah mengambil keputusan 'gopoh' apabila ingin mengambil tindakan terhadap Adam Adli, sedangkan kerajaan sedang berusaha untuk meminda Auku.

“Saya kira UPSI sangat tidak bijak dan telah menjatuhkan kredibiliti sebagai institut pendidikan kerana dipengaruhi oleh beberapa pihak khususnya Umno,” ujarnya lagi.

Kebelakangan ini, katanya Aspirasi semakin lantang untuk bersuara.

“Saya desak Aspirasi jangan 'menyalak' lagi. Tindakan Aspirasi hanyalah memberi kerugian kepada negara,” katanya.

Tegasnya, anak muda boleh menilai dengan sendiri, tidak perlu mengikut tunjuk ajar Umno.

Menurutnya, mahasiswa jelas bahawa kerajaan akan datang bukan lagi milik Umno BN, perubahan besar mesti dilaksanakan.

Justeru, ujarnya pilihan raya akan datang pastinya akan memberi nafas baru kepada Malaysia dan rakyat setelah berpuluh-puluh tahun berada dalam propaganda Umno.

harakah daily @ 09 Januari 2012

Khalid: Pembebasan Anwar rancakkan reformasi ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dari tuduhan liwat hari ini bakal merancakkan agenda reformasi pentadbiran dan politik negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, keputusan itu juga memberi lonjakkan moral kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk bekerja lebih keras.

“Dengan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor akan meneruskan agenda reformasi pentadbiran dan politik demi kebaikan rakyat,” tambah beliau lagi.

“Bagi Pakatan Rakyat, keputusan ini menjadi lonjakan moral kepada kami untuk bekerja lebih keras bagi merealisasikan agenda reformasi. Masih banyak yang perlu dilakukan kerana politik di Malaysia masih tidak sekata,” kata Khalid.

Dalam pada itu beliau juga menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai satu langkah positif ke arah sistem kehakiman yang bebas.

Katanya, keputusan ini jua membuktikan kematangan sistem kehakiman namun masih banyak yang perlu diperbaiki ke arah badan kehakiman yang benar-benar bebas.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penyokong Pakatan Rakyat kerana sekali lagi berjaya mengadakan perhimpunan secara aman dan bertanggungjawab selain berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal perhimpunan dengan berhemah.

Beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian letupan di luar Kompleks Mahkamah yang menyebabkan beberapa individu cedera.

“Saya berharap polis menyiasat kejadian ini secara adil dan telus. Penjenayah yang terlibat dalam kejadian ini perlu menerima hukuman yang setimpal,” katanya.


harakah online @ 09 Januari 2012

Kebebasan Politik : Apa Yang Sebenarnya Mahasiswa Cari?

Apakah yang kita betul-betul cari apabila kita bercakap tentang kebebasan berpolitik di kalangan mahasiswa? Adakah apa yang kita mahu ialah mahasiswa bersuara lantang menyampaikan pendapat mengenai politik negara atau yang kita harapkan mereka sebagai barisan depan berceramah di universiti?

Adakah sebenarnya kebebasan berpolitik tadi bermaksud mahukan mahasiswa bertanding sebagai calon pilihanraya atau sekadar menjadi jentera penampal poster?

Apapun tuntutan dan kemahuan tadi, sebenarnya ini adalah kehendak siapa? Adakah ia merupakan tuntutan orang ramai rakyat Malaysia? Adakah ia kehendak ibu bapa mahasiswa sendiri atau kehendak mahasiswa secara majoriti di universiti?

Hakikatnya melabelkan mahasiswa sebagai orang bebas berpolitik dan menjadi orang parti hanyalah kehendak pemimpin-pemimpin parti politik tertentu yang mempunyai agenda dan segelintir kecil mahasiswa yang berangan bertanding dalam politik partisan.

Gambaran yang lebih besar tentang mahasiswa dan politik adalah mahasiswa sebagai suara anak muda terpelajar yang memberi idea non-bias sebagai pemerhati kepada landskap politik tanah air. Mereka boleh menegur, memuji, memberi pendapat berbekalkan ilmu yang ada di dada sebagai orang terpelajar yang menuntut di universiti.

Suara-suara ini penting kerana mereka membawa suara dan idea yang tidak menyebelahi dan boleh menjadi kritikan membina buat negara.

Adakah sistem sedia ada yang wujud sebelum ini menghalang mahasiswa untuk mengetahui dan mempelajari politik? Tidakkah pindaan yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 2010 telah membolehkan penglibatan pelajar untuk mempelajari politik dengan lebih dekat?

Difahamkan dalam pindaan tersebut, pemimpin parti politik dari kedua kubu kerajaan dan pembangkang dibolehkan untuk hadir ke universiti-universiti dalam program mahasiswa dan mahasiswa yang ingin berkecimpung dalam politik juga diperbolehkan atas kebenaran Naib Canselor.

Sudah tentu Naib Canselor terdiri dari orang-orang akademik yang bijaksana dan adil dalam membuat keputusan. Mereka yang berpotensi dan tidak ada masalah dari segi akademik sudah tentu diluluskan permohonannya.

Maklumat dari Kementerian Pengajian Tinggi, tidak ada satu pun permohonan yang dibuat tetapi ramai pelajar mengadu domba katanya tak diluluskan permohonan-permohonan mereka. Auta.

Seperti mana yang kita ketahui antara alasan kenapa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan suatu ketika dahulu adalah supaya mahasiswa di universiti menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak selama beberapa tahun mereka berkuliah.

Siapa kata mahasiswa tidak boleh mengeluarkan pendapat mengenai isu semasa negara, politik? Media massa, internet, sentiasa terbuka bagi mana-mana pihak mengeluarkan pendapat.

Sebagai mahasiswa yang sudah tentu lebih banyak membaca pasti mengetahui bahawa sejarah-sejarah penting di dunia ini banyak bermula dari tulisan-tulisan di media dalam menyampaikan idealisme dan pemikiran. Ilmu selalu mendasari perjuangan. Inilah cara yang bijak. Cara yang seharusnya lebih difahami dan digunapakai oleh mereka yang bijak dan terpilih ke universiti.

Cara bijak untuk mereka yang mengatakan diri mereka pejuang dan ingin mengambil serta dalam perubahan ke arah lebih baik ketika masih berkuliah. Bukan demo jalanan, provokasi, dan mainan emosi!

Perlu diingat juga apabila seksyen 15 dalam AUKU dipinda dan dibolehkan pelajar berpolitik dan mendaftar sebagai ahli parti politik tertentu kelak, kita khuatirkan idealisme murni seorang mahasiswa untuk menghasilkan pemikiran jujur tanpa mana-mana pengaruh yang baik untuk negara akan hilang.

Mereka yang kini cenderung menjadi orang parti akan secara majoriti berkata ya bila pemimpin kata ya, tidak bila pemimpin kata tidak. Ini hakikatnya.

Rakan-rakan sekalian, percayalah negara manapun akan hancur jika pendapat anak muda tidak diambil peduli. Negara juga akan hancur jika generasi muda tersebut tidak dididik baik dengan kemahiran dan ilmu.

Waktu di universiti digunakanlah sebaik mungkin untuk menguasai hal tersebut dan jadilah produk universiti yang penuh bersedia untuk meneruskan usaha menjadikan negara makmur, maju dan terus ke depan apabila tiba waktunya nanti.

Tiga atau empat tahun berkuliah bukannya lama sangat. Tidak rugi kalau kita fokus pada kuliah dalam jangka waktu ini daripada hendak berpolitik partisan secara serius.

ika hendak sampaikan komen, pemikiran dan idealisme ia sangat dialu-alukan tetapi sampaikan dengan cara berhemah dan efektif, ini baru cara bijaksana seorang mahasiswa.

Pada Disember 2011 yang lalu, Sondang Hutagalung seorang mahasiwa dari Universitas Bung Karno Jakarta membakar diri sendiri ketika selesai berdemo di depan istana presiden Susilo Bambang Yudhoyono, mendesak presiden meletak jawatan seperti tuntutan beberapa parti politik pembangkang di Indonesia.

Adakah ini contoh manipulasi parti politik yang mungkin saja terjadi pada anak muda yang emosi berpolitik? Adakah bila kejadian begini terjadi baru kita hendak membuka mata meminta anak-anak kita supaya tidak memilih cara berdemonstrasi jalanan? Renung-renungkan.


Mohd Rizal Abd Rahman

Ahli Kelab UMNO Jakarta dari Badan Perhubungan Negara Indonesia yang juga mahasiswa Jurusan Perubatan di Universitas Kristen Krida Wacana, Jakarta, Indonesia.


Umno online @ 09Januari 2012

Tahun 2012 Lebih Mencabar Buat Penjawat Awam

PUTRAJAYA, 9 Jan – Tahun 2012 bakal menjadi tahun lebih mencabar buat penjawat awam dalam memastikan segala peruntukan, program serta dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, penjawat awam perlu menentukan peruntukan besar yang diputuskan dalam Belanjawan negara tahun ini dapat diurus tadbir dengan baik.

“Dalam situasi tidak menentu maka tugas dan tanggungjawab penjawat awam menjadi lebih utama dan penting, tahun lepas penting juga tetapi tahun ini lebih penting,” katanya sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata beban tugas dan tangungjawab penjawat awam kini lebih besar iaitu bagi memastikan kesan perbelanjaan peruntukan itu dapat memberikan impak untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kita tahu rakyat berada dalam keadaan lebih sukar, kenaikan kos hidup sudah mula terasa sebab itu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengambil langkah berani dengan memberikan tumpuan dan perhatian bagaimana beban hidup rakyat dapat dikurangkan,” katanya.

Justeru itu, Muhyiddin berkata pelbagai program dilaksanakan, di Kementerian Pelajaran misalnya, lebih setengah bilion diperuntukkan bagi membiayai pelbagai program antaranya bantuan awal persekolahan, baucer buku RM200 untuk pelajar Tingkatan 6, matrikulasi dan universiti.

“Kita perlu memastikan tidak ada kesan-kesan sampingan lain yang boleh menyebabkan rakyat rasa tidak puas hati, sebaliknya rakyat harus rasa lebih lega kerana kelegaan rakyat itu menjadi ukuran kepuasan kita sebagai penjawat awam,” katanya.

Beliau menjelaskan untuk memberi impak yang lebih besar kepada rakyat, satu lagi perkara yang tidak boleh diabaikan ialah tanggungjawab dalam menentukan kerjasama dengan pengusaha, industri dan sektor swasta.

Dalam program transformasi nasional umpamanya, yang menjadi pemaju ekonomi negara pada tahun akan datang ialah sektor swasta, bermakna penjawat awam terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menentukan sektor swasta berperanan lebih berkesan, katanya.


Umno online @ 09 Januari 2012

Untuk Halalkan Roboh Madrasah, Pas Cuba Selewengkan Fakta Kompleks Al-Bukhary

LOR SETAR, 5 Jan – Kerajaan Pas Kedah telah menyeleweng fakta dengan memberi gambaran tindakan meroboh Madrasah Salihiah sama seperti pembangunan Kompleks Al-Bukhary di Alor Malai yang dilaksanakan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata dalam kes Madrasah Salihiah itu kerajaan Pas ingin merobohkan sebuah surau serta mengambil tanah wakaf untuk didirikan sebuah kompleks membeli belah.

“Dalam pmbangunan Kompleks Al-Bukhary, masjid yang sedia ada dirobohkan untuk pembinaan sebuah masjid yang lebih baik, luas dan selesa juga di kawasan yang sama,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, masjid baru itu boleh menampung lebih 3,000 jemaah berbanding masjid lama yang hanya dapat menampung kira-kira 500 jemaah.

Sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan semasa pembangunan projek Kompleks Al-Bukhary yang dimulakan sekitar tahun 2003, katanya penduduk juga telah menyatakan persetujuan bagi pembinaan masjid baru itu.

“Berbanding dengan Madrasah Salihiah itu para jemaah dan waris tanah wakaf berkenaan menentang tindakan meroboh madrasah dan kemudian mahu membina surau ganti di dalam kompleks membeli belah,” kata Ahmad Bashah.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abdul Ghani Ahmad dalam sebuah akhbar harian yang mendakwa tindakan kerajaan negeri yang mahu merobohkan Madrasah itu pernah dilakukan kerajaan BN dahulu yang merobohkan Masjid Alor Malai untuk membangunkan kompleks Al-Bukhary.

Umno online @ 05 Januari 2012

Surat pemecatan telah dihantar kepada Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS telah menghantar surat pemecatan sebagai ahli kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali tengahari tadi.

Surat itu telah disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.

(Gambar: Presiden PAS ketika mengumumkan pemecatan Hasan Ali)

Surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS itu telah diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari tadi.

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat AJK PAS Pusat semalam membuat keputusan memecat Hasan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, Hasan dipecat berdasarkan Fasal 82(9) Perlembagaan PAS.

(Gambar: Hasan menyerang pemimpin PAS lagi dalam ucapan di rumah beliau malam tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani)

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily semalam.

Malam tadi, Hasan sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS bertindak berdasarkan seorang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan yang dibuat di rumahnya, Hasan mendakwa, PAS memecatnya kerana mengkritik Anwar.

Harakah daily @09 Januari 2012

Iklan Premium Inside Iklan A Iklan D Adam Adli digantung 3 semester

TANJUNG MALIM, 9 Jan: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapati bersalah kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, keputusan menggantung Adam diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI hari ini.

"UPSI ada tiga pilihan, memberikan amaran, menggantung pengajian atau memecat Adam dari UPSI...nampaknya UPSI memilih hukuman pertengahan iaitu menggantung beliau tiga semester," kata sumber kepada Harakahdaily.

Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.

Sebelum ini, tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.

Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada beberapa blogger Pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.

Adam Adli, Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester pengajian.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.

Adam Adli merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester lagi sebelum menamatkan pengajian.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.

Harakah daily @09 Januari 2012

Pembebasan Anwar Tak Bawa Erti, Rakyat Tahu Siapa Sebenarnya Bersalah

KUALA LUMPUR, 9 Jan – “Saya kini ternanti-nanti apakah puak-puak Anwarinas ini akan bercakap selepas mahkamah mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah. Jika sebelum ini, selama bertahun-tahun mereka menjaja cerita sehingga ke luar menuduh sistem kehakiman negara ini tidak adil dan dikawal oleh UMNO dan BN.

“Tetapi selepas Anwar terbukti tidak bersalah, apakah mereka masih mahu menuduh UMNO dan BN yang mengawal sistem kehakiman negara ini,” ujar Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebas Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya tiga tahun lepas.

Katanya, walaupun Anwar didapati tidak bersalah, namun harus diingat bahawa ini bukan membawa makna bahawa dia tidak bersalah kerana teman-teman rapat Anwar tahu cerita sebenar apa yang terjadi.

“Keputusan mahkamah ini adalah kerana kelemahan teknikal. Bagi saya, dia bersalah atau tidak itu tidak penting kerana siapa Anwar yang mahu kita berikan tumpuan.

“Biarpun terlepas hukuman dunia, di akhirat dia tidak akan terlepas. Selain rakan-rakan rapatnya, dia sendiri tahu adakah dia bersalah atau tidak. Dengan manusia dia boleh berbohong tetapi adakah dia mampu berhujah dan berbohong dengan Allah yang maha mengetahui segalanya?”, kata beliau.

Di sebalik keputusan ini juga tegasnya lagi terlerai dua perkara penting iaitu pertama, terbukti UMNO dan BN tidak terbabit dalam keputusan terhadap Anwar Ibrahim dan sistem kehakiman negara ini adalah telus dan adil.

Pembangkang jelas beliau lagi terbukti selama ini hanya menfitnah UMNO dan BN untuk menanam rasa benci rakyat.

“Kedua, rakyat tidak lagi percaya dan dan sudah jelak dengan tipu muslihat pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim. Sebelum ini mereka penuh yakin mencanangkan bahawa seramai 100 ribu orang akan hadir di perkarangan mahkamah Jalan Duta bagi mendengar keputusan Anwar Ibrahim tetapi ternyata, sasaran itu terlalu jauh tersasar.

“Daripada 100 ribu, hanyalimaribu yang datang. Ini membawa signal bahawa rakyat sudah muak dengan kelakuan Anwar yang suka ‘mengrakyatkan’ hal peribadi,” ujar beliau.

Katanya, jumlah yang jauh daripada jangkauan sebenar ini seharusnya menyedarkan Anwar Ibrahim bahawa dia tidak boleh sewenangnya lagi mempergunakan rakyat demi kepentingan diri sendiri.



Sokongan yang diharapkan oleh Anwar untuk membina tembok ‘kebal’ melindungi segala keselahannya kini tidak lagi berdiri teguh, katanya.

Anwar seharusnya sedar, disebalik kemenangannya ini, dia juga harus menerima ‘kekalahan’ kerana rakyat tidak lagi boleh diperalatkan demi kepentingan peribadinya.

“Sudah-sudahlah bermegah diri. Terima kenyataan, kemenangannya ini tidak membawa sebarang erti kerana rakyat sedar dan tahu siapa yang bersalah sebenarnya,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Umno online @10 Januari 2012

Keputusan Mahkamah Kes Liwat Anwar Bukti Badan Kehakiman Negara Bebas

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu.

“Penghakiman sudah diputuskan…dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada ‘rule of law’ atau keunggulan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Rais berkata Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan tersebut membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.

Gelombang terkini dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia, katanya.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata dengan keputusan itu juga, rakyat harus terus berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang.

“Tiada siapapun berada di tahap lebih tinggi daripada undang-undang negara.

“Dan saya yakin dengan keputusan ini, pengikut dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasionalkan kedaulatan undang-undang negara yang tersisip dalam Rukun Negara,” katanya.

Beliau berharap tidak akan ada lagi spekulasi atau gesaan yang boleh memecah-belahkan institusi atau elemen pentadbiran negara serta perpaduan di negara ini.

“Keputusan dan pendapat mahkamah yang mencerminkan keadilan wajar kita hormati.

“Saya sendiri amat bangga dengan badan kehakiman Malaysia yang menjalankan tugas tanpa memilih bulu,” katanya.

umno online @10 Januari 2012

Polis digesa bertindak segera insiden letupan

SHAH ALAM, 10 Jan: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam sekeras-kerasnya insiden pengeboman yang berlaku di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, menyifatkan adalah sesuatu yang memelikkan, di saat Kompleks Mahkamah Jalan Duta boleh diiktiraf sebagai kawasan paling selamat di Malaysia dengan kawalan rapi ratusan anggota polis, masih ada ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab melakukan perancangan bodoh sebegitu.

Kejadian tersebut telah menyebabkan lima orang tercedera dan beberapa buah kenderaan turut rosak, di mana tidak kurang 3 letupan telah berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

"AMK mengesyaki wujud unsur-unsur sabotaj yang mahu dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu di sebalik perhimpunan aman kempen 901 hari ini.

"Berkemungkinan besar, letupan itu dirancang kerana mereka daripada awal mengesyaki Anwar didapati bersalah, maka imej PKR akan dipalitkan kononnya ada cubaan menghuru-harakan situasi dan gagal mematuhi perjanjian awal antara pihak polis dan PKR," jelasnya.

Tambahnya lagi, sayang sekali, perancangan jahat mereka terencat kerana mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan.

Lantas, ujarnya letupan berskala kecil pula yang dilakukan hingga mengakibatkan berlaku kecelakaan pada beberapa individu dan harta awam.

"AMK menegaskan bahawa perancangan kotor dan jijik seumpama ini adalah perancangan yang bodoh dan merendahkan kredibiliti rakyat yang matang menilai.

"14 tahun cukup untuk mengajar rakyat bahawa sememangnya ada pihak yang cuba menjadi 'api dalam sekam', mengotorkan perjuangan murni rakyat menuntut keadilan dengan insiden-insiden yang tidak diingini," sambungnya lagi.

Katanya, AMK mendesak pihak polis bertindak segera menangkap mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan insiden itu.

“AMK percaya dengan kawalan rapi pihak polis, termasuk dengan fasiliti lengkap CCTV di sekitar kawasan berkenaan, pihak tersebut boleh diberkas segera,” ujarnya.

Muhammad Faizal@harakag daily@10 januari 2012

Keputusan Mahkamah Kes Anwar Sangkal Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Kerajaan

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu.

“Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakimanMalaysiaadalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan,” katanya.

Najib berkata ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang kerajaanMalaysia, dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.

“Sebagai ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada satu lawatan ke Afrika Selatan.

Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 2008.

Najib berkata kes ini dibawa oleh seorang individu persendirian dan adalah penting tuduhan beliau itu didengar di mahkamah.

“Jauh daripada menjadi satu perbicaraan bermotifkan politik, ia telah menjadi satu gangguan yang tidak dialu-alukan daripada hal yang lebih penting untuk mentadbir negara kita demi kepentingan rakyatMalaysia,” katanya.

Ini merupakan tuduhan meliwat yang kedua dihadapi Anwar. Pada 8 Ogos, 2000, dia disabitkan dan dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun kemudian, dia dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1, mengubah sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.