bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Tuesday, 17 January 2012

Pecat Dr Hassan Ali – Bukti Keangkuhan Dan Kuasa Kini Mengaburi Perjuangan Pas- KENAPA MESTI JADI MACAM NI?

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pemecatan keahlian dan pelucutan jawatan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai bukti keangkuhan parti Pas, seolah-olah parti ini berada dalam kedudukan yang cukup kuat, sehingga membuat pertimbangan seolah-olah tiada apa yang boleh mengugat mereka.

“Walaupun jelas apa yang berlaku ini bukti bahawa mereka (Pas) di bawah telunjuk “pakatan mereka”, bukan keputusan mereka semata-mata. Keduanya, membuktikan juga bahawa kuasa sudah mengaburi perjuangan di mana mereka sebenarnya tidak mempunyai prinsip yang jelas dan juga mereka bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya Pas sama seperti mana-mana parti lain.

“Jadi keangkuhan rasa terlalu berkuasa sehingga mengenetepikan soal-soal lain khususnya bahawa ada kuasa yang lebih besar dalam menentukan setiap gerakkerja kita ini sudah dilupakan oleh pimpinan Pas”, katanya ketika ditemui selepas pelancaran BN Youth Ride Fest di PWTC di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya percaya apa yang berlaku ini pasti ada hikmah dan lebih mustahak, masa depan negara pasti akan tetap menjadi keutamaan kepada Barisan Nasional, walaupun apapun yang berlaku di dalam Pas. -MediaUMNO

DISUNTING DARI UMNO ONLINE @ DISIARKAN PADA 17 JANUARI 2012

No comments:

Post a Comment