bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Tuesday, 17 January 2012

Pemuda BN Ingatkan Ambiga Jangan Terus Ugut Kerajaan Untuk Bersih 3

KUALA LUMPUR 17 Jan - “Saya nasihatkan Ambiga jangan terus mengugut kerajaan. Kerajaan telah banyak bertolak ansur dengan mereka. Dahulu mereka desak untuk guna dakwat kekal, kita dah setuju. Banyak yang telah kerajaan lakukan demi memastikan pilihan raya yang diadakan telus. Tak perlu nak adakan Bersih 3 sebab Pilihan Raya Umum (PRU) sudah semakin dekat. Tempoh matang pun dah nak sampai. Tunggu sahaja PRU nanti,” demikian ingatan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ambiga yang berura-ura mahu mengadakan Bersih 3 sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Menurut Khairy, tindakan Ambiga yang seakan mengugut kerajaan itu melampau kerana kerajaan telah banyak kali berlembut malah permintaan mereka juga dituruti oleh kerajaan termasukkan penggunaan dakwat kekal.

“Kita juga mahu pastikan kita melalui pilihan raya yang bersih dan telus. Kita tidak mahu menang dalam keadaan tidak bermaruah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah bersetuju untuk membersihkan daftar pemilih.

“Jadi untuk apa mahu mengadakan perhimpunan Bersih 3? Tunggu sahajalah PRU 13. Biar rakyat tentukan. Jangan sibuk nak mengajar kita sedangkan negeri yang mereka jaga kucar kacir,” ujarnya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran BN Youth Ride Fest 2012 di PWTC di sini, hari ini.

Mengulas mengenai program berbasikal ini pula Khairy berkata, program ini adalah bertepatan dengan jiwa muda masa kini dan ini merupakan platform terbaik untuk mendekatkan golongan muda dengan dunia politik.

“Kita mensasarkan ribuan penyertaan dari orang ramai bagi menjayakan program yang bakal diadakan pada 17 dan 18 Februari akan datang. Perdana Menteri sendiri akan mengayuh basikal bersama kita di Dataran Merdeka. Inilah program yang menyatukan pelbagai kaum tanpa ada rasa tidak senang terhadap kaum yang lain. Inilah yang bakal menggambarkan 1Malaysia,” ujarnya lagi.

Sesiap yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah menghubungi BN Youth Ridefest Secretariat di talian 03-20355777 atau facebook, BN Youth Ride Fest 2012. – MediaUMNO


disunting dari umno online @ disiarkan pada 17 Januari 2012

No comments:

Post a Comment