KUALA LUMPUR, 1 Nov- Pelaburan langsung asing (FDI) dan jumlah dagangan negara melonjak pada setengah tahun pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany berkata dalam tempoh itu, FDI negara meningkat 110 peratus kepada RM21.2 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lepas.
Beliau berkata dalam tempoh itu juga, jumlah dagangan negara naik kepada RM614.3 bilion, peningkatan 7.9 peratus berbanding RM569.3 bilion tahun lepas.
“Ini membuktikan program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) dapat mendatangkan hasil yang sangat lumayan kepada rakyat dan negara,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Devamany berkata usaha yang berterusan akan dilipatgandakan bagi memberi impak yang paling maksimum kepada rakyat dan negara ini
disunting dari umno online @ disiar dari 12 Januari 2012
No comments:
Post a Comment