In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.
- translation by Abdullah Yusuf Ali
Thursday, 12 January 2012
Walaupun Dikecam, KR1M & PMR1M Dapat Sambutan Tinggi Di Selangor, Kedah
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Selangor merupakan antara negeri yang mencatat jumlah permohonan paling tinggi bagi mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Program Menu Rakyat 1Malaysia (PMR1M), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata jumlah itu menunjukkan usaha berkenaan mendapat sambutan rakyat termasuk di dua negeri berkenaan yang diperintah oleh pakatan pembangkang meskipun pembangkang sentiasa mengutuk projek kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat.
Menurutnya ketika ini sudah ada 142 pengusaha di Selangor yang menyertai KR1M dan PMR1M manakala di Kedah, sudah ada 120 restoran.
Kerajaan BN bertanggungjawab dalam soal kebajikan rakyat dan tidak memilih-milih sesiapa yang mahu menyertai kedua-dua program ini, katanya selepas melawat KR1M di Seksyen 4, Wangsa Maju, dan Restoran Tan yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.
“Kita serius memikirkan bagaimana yang boleh kita buat untuk menolong rakyat, jadi pembangkang kalau dia jadi pembangkang yang bertanggungjawab, dia patut iktiraf usaha begini. Dia patut bersikap untuk membantu supaya rakyat boleh kurangkan beban, bukan memperlekehkan dan mempertikaikan (produk yang dijual di kedai itu),” katanya.
Muhyiddin berkata parti lawan sendiri di negeri yang dikuasai mereka tidak menjalankan apa-apa inisiatif untuk membantu rakyat mengurangkan kos hidup dan menjimatkan perbelanjaan.
“Pembangkang tidak sepatutnya mengutuk usaha begini kerana ia berkait dengan bantuan kepada rakyat, dan kalau betul mereka adalah pembangkang yang bertanggungjawab, rakyat seharusnya dibantu.
“Saya fikir mereka harus bersikap rasional dan adil, jangan sekali-kali memperlekehkan usaha yang dibuat oleh kerajaan yang disertai oleh rakyat seperti pengusaha-pengusaha, peniaga-peniaga yang membuka restoran yang tujuannya tidak lain adalah untuk membantu rakyat,” katanya.
Muhyiddin berkata usaha itu bukan bermotifkan politik, dan pembangkang sepatutnya tidak mempolitikkan soal-soal yang menyentuh tentang kehidupan rakyat.
Beliau mencadangkan supaya diwujudkan data keuntungan dan jumlah pengunjung ke rangkaian kedai KR1M serta restoran 1Malaysia ini sebagai bukti bahawa rakyat menerima baik kedua-dua program itu.
Kepada pertanyan seorang wakil media Indonesia mengenai kejayaan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada peniaga yang menyertai kedua-dua program itu, Muhyiddin menjawab : “Kerajaan seperti juga pemerintah Indonesia tidak boleh berniaga dan ini merupakan usaha sama kerajaan dan pihak swasta untuk membantu rakyat.
“Kita ada pembekal utama iaitu Mydin Store dan peniaga dapat jimatkan harga serta dapat margin keuntungan yang berpatutan.”
Timbalan Perdana Menteri berkata mereka yang terlibat dalam program itu akan dibantu daripada aspek kos barangan dan penyediaan ruang makan yang lebih besar serta bantuan daripada segi kerusi dan meja.
Setakat ini, 1,254 restoran di seluruh negara menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia, dan Muhyiddin berharap jumlah itu meningkat kepada 3,000 tahun ini.
disunting dari umno online @ disiarkan pada 12Januari 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment