KUALA LUMPUR 10 Jan – Keraguan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang dipecat daripada parti, Datuk Dr Hasan Ali terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri sememangnya sesuatu yang harus difahami seluruh rakyat.
Malah kenyataaan tegas Dr Hassan Ali yang mahukan pemimpin yang mempunyai moral bersih untuk diangkat menjadi Perdana Menteri dengan menolak Anwar Ibrahim mempunyai mesej yang cukup berat.
Bagi Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Najmuddin Elyas Al-Hafiz ketika mengulas mengenainya melihat apa yang lahir daripada mulut dan tubuh badan Hasan Ali itu hanya beliau sahaja yang tahu.
Menurut beliau keakraban Adun Gombak Setia yang telah sekian lama mengenali Anwar ketika berada di dalam satu barisan pembangkang memungkinkan beliau tahu segala-galanya.
“Apa maksud sebenar beliau yang menyebut Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mempunyai masalah peribadi dan sebagainya berbanding Ketua Pembangkang berkenaan….Begitu juga kalau tidak silap Hasan ada menyebut kedua-dua pemimpin berkenaan tidak sapu bini orang dan sebagainya.
“Apakah ini gambaran kepada imej bersih Anwar yang dilaung-laungkan oleh pemimpin pembangkang yang lain. Dan saya juga yakin, mungkin ada lagi pemimpin Pas lain yang mempunyai pandangan yang sama dengan Hasan.
“Cumanya mereka tidak berani untuk membuka mulut kalau-kalau akan menerima musibah yang sama sepertimana yang menimpa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Kapt (B) Najmuddin seterusnya melahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap Datuk Dr Hasan Ali, namun tidak mahu mengulas lanjut kerana itu adalah masalah dalaman pihak lawan.
“Cumanya apa yang saya mahu kongsi di sini ialah pembela Islam dipecat manakala pembela kepada soal perpecahan diagung-agungkan…Inilah yang menyedihkan saya dan tidak sepatutnya berlaku.
“Kepada umat Islam dan seluruh rakyat negara ini, renung-renungkan terhadap apa yang berlaku dan jangan lupa renung-renungkan tutur kata Hasan Ali dengan mendalam..Mungkin ada jawapannya,” ujar beliau ringkas. -MediaUMNO
Oleh : Tg Azman Tg Abas @disunting dari : umno online /
disiar pada ; 10 Januari 2012
No comments:
Post a Comment