bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Thursday, 19 January 2012

SYUKUR , , , ALHAMDULILLAH ...... 5 rang undang-undang dilulus - UNTUK MENJAMIN KEBAJIKAN BERSAMA

KUALA LUMPUR 22 Dis - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang yang berkait rapat dengan hal kebajikan pekerja.

Rang undang-undang yang diluluskan itu termasuk yang dihimpit kontroversi iaitu Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 yang diluluskan secara undi belah bahagian.

Undian itu yang diminta oleh Senator Saiful Izham Ramli menyaksikan 36 anggota Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan (gambar), akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan.

Turut diluluskan adalah Rang Undang-Undang Pencen (Pindaan) 2011 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Tiga lagi rang undang-undang yang dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011, Rang Undang-Undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011, dan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan)(No.2) 2011 diluluskan tanpa dibahaskan. - BERNAMA

DISUNTING DARI UTUSAN MALAYSIA @ DISIARKAN PADA 20 JANUARI 2012

No comments:

Post a Comment