bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Thursday, 19 January 2012

Ada niat jahat - Razak >>> FAKTOR PERSEKITARAN MESTI DIAMBIL KIRA

PETALING JAYA 19 Jan. - "Ada niat jahat daripada saksi pertama iaitu suami kepada tertuduh pertama (Selamah Sahudin) untuk memerangkap saya dan isterinya.''

Demikian kata pelakon Razak Ahmad hari ini semasa membacakan hujahan bertulis berhubung kes khalwat yang dihadapinya di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Menurut pelakon itu lagi, kejadian itu sengaja diada-adakan sedangkan tidak wujud perkara-perkara tidak bermoral seperti yang didakwa ketika mereka ditangkap.

Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 45, hadir ke mahkamah seorang diri untuk mengemukakan hujahan bertulis di akhir kes pembelaan.

Difahamkan, peguamnya Mohammad Azman Karim tidak dapat hadir kerana ada urusan di Pulau Pinang.

Dalam hujahan tersebut, Razak turut menegaskan bahawa tujuan utama dia ke stor tempat menyimpan pakaian di Seri Kembangan itu dengan niat mencuba pakaian yang ditaja oleh wanita terbabit.

Justeru itu, tidak wujud satu kelakuan atau perbuatan tidak bermoral sebaliknya yang wujud hanyalah pertemuan di antara orang yang ditaja dan orang yang menaja.

"Takkan nak cuba pakaian di kawasan orang ramai, perbuatan itu lagi tidak bermoral," katanya.

Menurutnya lagi, mahkamah perlu mengambil kira bahawa golongan artis sepertinya mempunyai waktu yang tidak tetap dan jadual kerja yang tidak menentu.

"Walaupun waktu ketika kejadian dilihat tidak relevan untuk mencuba dan mengambil baju yang ditaja, namun ia relevan untuk golongan seperti saya yang jadual waktunya tidak menentu," jelasnya.

Razak didakwa berada bersama Selamah, 45, dalam keadaan yang menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.

Ketika pertama kali didakwa pada 14 September tahun yang sama, pelakon itu memohon dibicarakan tetapi Selamah didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan selepas mengaku melakukan perbuatan itu.

Jika sabit kesalahan, Razak boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Wan Mahyuddin kemudiannya menetapkan 1 Mac depan untuk giliran Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli mengemukakan hujahan bertulis.

DISUNTING DARI UTUSAN MALAYSIA @ DISIARKAN PADA 20 JANUARI 2012

No comments:

Post a Comment