In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.
- translation by Abdullah Yusuf Ali
Thursday, 19 January 2012
SUBSIDI : 433 sindiket seleweng subsidi petrol, diesel tumpas- SINDIKIT JUAL MINYAK SAWIT MACAM MANA NAK MULA CERITA ?
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah berjaya menumpaskan 433 sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyelewengan subsidi diesel serta petrol di sempadan tanah air sejak Januari hingga November lalu.
Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, ia melibatkan jumlah rampasan sebanyak 579,586 liter bernilai RM1.095 juta.
"Kementerian memandang serius penyelewengan yang berlaku di sempadan. Oleh itu kementerian telah bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk meletakkan seramai 317 anggota Rela di stesen minyak di sempadan iaitu di Kelantan sebanyak 45 stesen, Perak 2 stesen, Kedah 11 stesen dan Perlis sebanyak 4 stesen.
"Di samping itu, kementerian turut bekerjasama dengan Imigresen dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) bagi mengawal penyelewengan tersebut," katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Pau Chiong Ung yang ingin tahu tentang kegiatan penyelewengan subsidi diesel dan petrol di sempadan tanah air.
Menjawab soalan asal Chiong Ung yang meminta penjelasan mekanisme menentukan harga minyak setiap bulan, katanya, kerajaan mengunakan Auto Pricing Mechanisme (APM) yang mengambil kira kos produk dan faktor lain seperti kos operasi syarikat minyak, margin keuntungan syarikat minyak, margin keuntungan pengusaha serta cukai jualan.
"Mekanisme yang digunakan untuk menentukan harga minyak setiap bulan hanya terpakai untuk produk RON 97 sahaja kerana produk tersebut dikategorikan sebagai manage float yang mana kerajaan akan menilai keperluan berdasarkan kenaikan atau penurunan harga pasaran dunia.
"Bagi produk RON 95 dan diesel, kerajaan akan mengkaji keperluan kenaikan dan penurunan harga enam bulan sekali dengan mengambil kira keadaan inflasi dan ekonomi Malaysia ketika itu," ujarnya.
Lian Hoe berkata, dakwaan yang mengatakan harga minyak hanya berubah ketika harga minyak meningkat dan kekal apabila harga tersebut turun adalah tidak berasas.
"Pada tahun 2008, kerajaan telah menurun harga minyak secara berkala untuk RON 97 dan begitu juga pada 16 Jun 2011," katanya.
DISUNTING DARI UTUSAN MALAYSIA @ DISIARKAN PADA 20 JANUARI 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment