bismillah

sura

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.


- translation by Abdullah Yusuf Ali

Thursday, 19 January 2012

BR1M ceriakan rakyat berpendapatan rendah

RAWANG 19 Jan. - Seorang nenek gembira menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kerana ia membolehkannya menanggung perbelanjaan persekolahan cucunya.

S. Virama, 70, berkata, dia menjaga cucunya yang berusia lapan tahun itu sejak kematian anaknya dan ditinggalkan menantu yang pulang ke India.

"Saya gembira kerana terpilih untuk bantuan ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian BR1M bagi kawasan Parlimen Selayang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri di sini semalam.

Seorang lagi penerima, Khatijah Yatim, 60, berkata, wang tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan membeli barangan dapur.

"Saya amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan dan berharap ia akan dibuat setiap tahun bagi membantu kami yang berpendapatan rendah," ujarnya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus berkata, untuk fasa satu, sebanyak 2,057 penerima BR1M telah dipilih untuk DUN itu.

"Saya menerima lebih daripada 10,000 permohonan dan bagi yang belum menerima tawaran mereka tidak perlu risau kerana masih ada lagi fasa-fasa berikutnya," jelasnya.

Sementara itu, seramai 1,052 penduduk di Parlimen Bukit Bintang turut menerima baucar BR1M bagi fasa pertama yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1 Malaysia MCA Wilayah Persekutuan, Frankie Gan Joon Zin.

Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah tanda penghargaan kepada rakyat yang banyak menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan negara.

"Apa yang dilakukan kerajaan ini adalah selari dengan gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu Rakyat Didahulukan," katanya.

Penerima di kawasan Bukit Bintang turut menghargai usaha kerajaan itu kerana dapat meringankan sedikit beban kewangan golongan berpendapat rendah.

Bagi seorang warga emas, Mak Cheng Wing, 72, bantuan itu diberikan tepat pada masanya iaitu di ketika dia sedang membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

DISUNTING DARI UTUSAN MALAYSIA @ DISIARKAN PADA 20 JANUARI 2012

No comments:

Post a Comment