KUALA LUMPUR 19 Jan – Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja untuk menawan Putrajaya, bukan sahaja membuat pembohongan malah cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai kenyataan yang memburukan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan Puteri UMNO, Nordiana Shafie menyifatkan kenyataan pembangkang itu ibarat seperti `menepuk air di dalam dulang’ kerana mereka hanya pandai bercakap sahaja sedangkan banyak perkara yang perlu dibersihkan oleh mereka sebelum bercita-cita tiinggi untuk menjadi pemerintah negara.
“Mereka perlu bersihkan pemerintahan di negeri yang mereka perintah dahulu, tunaikan janji-janji yang dibuat, bersihkan diri daripada pembohongan serta membuat fitnah hanya untuk dapat sokongan.
“Sebelum ingin membersihkan orang lain, bersihkan hati sendiri dahulu, pembangkang hanya pandai mengkritik, semua yang dibuat kerajaan tidak betul sedangkan perkara itu kebaikan rakyat, bersihkan hati kita jika kebaikan yang dibuat dikatakan sebagai kotor atau tidak betul.
“Apakah untuk melakukan pembersihan hanya sekadar bercakap sahaja tanpa sebarang perbuatan, tetapi itu cara pembangkang, mereka sebenarnya tertekan dengan apa yang berlaku sekarang sehingga mengatakan segala kebaikan yang dibuat adalah buruk semata-mata,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, sebelum menuduh orang lain, seharusnya mereka mengukur diri sendiri terhadap apa yang telah dilakukan oleh mereka selama ini, sedangkan BN telah membuktikan kebersihannya untuk membantu rakyat.
“Pembangkang perlu cerminkan diri mereka dahulu, bersihkan diri dari segala masalah bukannya mencari kesalahan sahaja, renungkan apa yang telah dilakukan selama ini, gunakanlah peluang yang ada sebagai pemerintah untuk menunjukkan mereka lebih baik daripada orang lain,” katanya.
Nordiana berkata, dengan beberapa usaha yang dilakukan oleh rakyat, pembangkang kini sudah kekeringan idea untuk berpolitik, mereka merasa tertekan apabila rakyat telah kembali menyokong BN selepas ditipu oleh pembangkang ketika pilihan raya lalu.
“Pembangkang harus membersihkan kekalutan bukan sahaja di negeri yang mereka perintah tetapi bersih masalah dalaman parti sebelum ingin membersihkan orang lain, mereka seharusnya membersihkan diri dari segala pembohongan dan menerima kenyataan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah untuk kebaikkan rakyat.
“Tidak perlu membuat kenyataan yang mengelirukan atau pembohongan untuk menutup keburukkan yang berlaku, terimalah dengan hati bersih dengan apa yang dinikmati adalah hasil yang dibawa oleh Barisan Nasional,” katanya.
Menurutnya, semakin dekat dengan pilihan raya, bermacam-macam lagi yang akan diperkatakan oleh pembangkang dalam usaha untuk mendapatkan sokongan, memburuk-burukkan kerajaan sememangnya sudah menjadi modal wajib pembangkang. -MediaUMNO
DISUNTING DARI UMNO ONLINE @ DISIARKAN PADA 20 JANUARI 2012
No comments:
Post a Comment